wajib klik!

Tuesday 15 December 2009

home alone~


ai dah lama tak publish apa apa kat sini


ai bizi. betul. tak tipu. cafe world ai dekat fesbuk tu pun orang lain yang tolong renovate.


ada banyak benda dah jadi, tapi so far ni alhamdulillah semua dah setel.


ada banyak benda gak yang ai nak share, tapi tak habis menaip, ai dah save dalam draft, dan sign out. tak ada feeling lagi. lagipun semua cerita gila punya panjang kalau nak taip. dah lebih kurang macam karangan masa exam je rasa.


nantilah, kalau feel tu dah mari, ai sambung tulis.


yang paling penting sekarang ni, ai sorang sorang dekat rumah.


tiba tiba ai rasa macam seram je. tapi dalam hati ai kata; aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku sudah lah. ehhehehehhee...


okaylah, ai mengaku ada masa ai penakut. sampai IKLAN cerita seram pun ai cepat cepat tukar chanel. tu baru iklan, sudahnya ai mengadap kartun je malam tadi. eh, ada kartun-untuk-tontonan-dewasa-sahaja dekat tv kan? ada aksi aksi ghairah. hahhahaha...tapi ai tengok gitu gitu je.secara tak sengaja masa part awek dia menari selak baju. nasib baik ada censored tang dada tu. tapi masa awek dia dok tertonggeng tonggeng takde censored lak. sabar je laa.. ai bukak tv pun sebab nak bagi rumah tak sunyi padahal ai tak tengok pun. ai dok basuh baju la, sapu sampah la, kemas rumah la, sidai baju la, basuh pinggan la...ai kan rajin. hahhaha...padahal dah tak sapa yang nak tolong buat semua tu. hehehhe



dah...dah...ai nak buat iklan mencari rakan serumah ni.


tak sanggup nak kemas rumah sorang sorang...ehh...tak sanggup nak duduk sorang sorang. seram.


daa~

Sunday 22 November 2009

masalah rumah dan tangga kami

ai kasi tengok gambar dulu. nanti free ai cerita ye.

ai jumpa dalam wallet pink tu. ni pil perancang kan?

ikut hati ai memang nak terbalikkan tv tu. tapi sabar...sabar....kalau apa apa jadi, ai jual je tv tu

sesi menyelongkar. ai baca 3 buah diari. peduli apa! sapa suruh cari pasal kan

ni pun ai jumpa. ada resit hotel skali.

disepak oleh Miss-E. Dah geram sangat la tu. ai ketawa je.

dan kami tinggalkan bilik tu besepah macam ni.

mungkin dia ingat ai diam, ai tak banyak cakap jadi dia boleh buat apa dia suka.

sekarang tunggu dia balik je ni. dah tiga hari dia tak balik.

**ai dah lama tak gaduh ni. memang sengaja tempah penyepak la.

Wednesday 18 November 2009

hari hari yang memenatkan


Sabtu dan ahad lepas, kerja. Sampai malam.



Isnin, pagi ke KLCC. Roadshow. Distribute medical card. Sesi pertama. Sesi kedua. Petang, Etiqa. Roadshow. Distribute medical card. Angkat kotak!



Selasa pagi, Damansara. Sesat sesat sekejap. Partner, si-perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki marah marah. Parking full. Semua tak breakfast. Semua lapar. Semua marah. Cancel distribute medical card. Balik ofis, angkat kotak. Level 3!



Hari ini, Damansara lagi. Open table for the medical card. 11am to 2.30pm. Tanpa duduk! Tak sempat duduk pun. Distribute 1k++ medical card. Handle complain. Bla..bla..bla...Tak sempat lunch sampai pening kepala. Kaki menggigil. Kena ketawa dengan partner sebab turun tangga dah macam parkinson. Cis!



Sekarang. Still running the machine. Need to courier the medical card to Bintulu tomorrow.



Sakit belakang. Sakit bahu. Sakit kepala. Sakit pinggang. Sakit hati. Sakit jiwa!



**Rasa mahu pengsan! Ada siapa siapa nak suggest rumah urut?


Monday 9 November 2009

Dak Pari Pari dan Para Para-nya


Ai pergi gak kenduri si pari pari tu.


Tak payah susah susah nak baling dadu untuk decide nak pergi ke tak. Sebab lelaki-yang-ngorat-ai sibuk nak pergi me-rewang kat rumah sepupu dia. Kenduri hari Ahad. Jadi sebelum ai di heret sama, baik ai cari alasan munasabah untuk tak pergi tolong tolong kat rumah sepupu dia tu. Hahhahaha...Ai bukan malas la. Ai pemalu je. ;)


Tengkiu juta juta tembikai untuk kakak mimi meow meow (kak, sory la ya, kalau orang nama mimi ai memang otomatik tambah meow meow kat belakang tu. mimi meow meow...comel kan? hahhaha)


Gambar tak ada la. Ai lupa tukar bateri kamera. Gambar yang kat henpon tu. addehhhh...kabur la. x cantik.


Untuk Pari Pari : Enjoy hadiah tu. Penat tau ai dengan lelaki-yang-ngorat-ai pilih tu. Siap bertekak pasal kaler lagi. hahhaha... Kad tu tulis dalam kereta. Tu yang senget benget tu. Apa apa pun...Selamat Pengantin Baru!


Monday 2 November 2009

ai memang tak suka orang yang tak dikenali jerit jerit panggil ai


biasanya ai akan basuh baju waktu pagi.



sebelum pergi kerja, ai akan sidai dekat balkoni.



pagi tadi ai basuh baju.



pakai seluar kerja dan singlet kemudian sidai baju dekat balkoni.



ai perasan, ada 3 orang anak dara tengah berendam dalam swimming pool depan apartment ai tu.



sebab tiga orang anak dara tu biasa biasa je, maksud ai, kalau diorang tu gila sampai berendam pakai bikini, nak jugak ai toleh toleh. sebab luar biasa kan. bukan sebab ai gatal tau! so, ai pandang tak pandang aje lah.



tiba tiba ai perasan yang sorang tu lambai lambai.



kemudian yang sorang lagi lambai lambai juga.



ai buat buat tak nampak. sebab confirm ai tak kenal. ai takut diorang yang silap orang. so, ai taknak la malukan diorang.



tak cukup dengan lambai lambai, yang sorang lagi tu jerit.



"kaaakkkkk!!"



ai buat tak nampak.



jerit lagi!



"kaaaakkkkkkkkkkkk!!!!"



lagi la ai buat tak dengar. ai malas nak layan. nanti lambat sidai baju, lambat pergi kerja.



tapi tiga anak dara tu memang tak paham yang ai memang taknak layan diorang.



"kaakkk...kakak sidai baaaajjuuuuuuuuuu!!!"



prakkk...



penyidai baju murahan made by palstik ai runtuh!



*cxdaesacxvacxvhjasxsnmbx...nasib baik penyidai je. kalau terplanting kat bawah? memang ai turun benam kepala diorang sorang sorang dalam pool.


Monday 26 October 2009

mimpi


kawan ai pernah kata, ai lupa kawan yang mana satu.


dia kata apa yang kita mimpi tu akan jadi sebaliknya.


contohnya kalau kita mimpi kita tak dapat beli rumah baru maknanya di alam realiti kita akan dapat beli rumah baru.


malam tadi ai mimpi.




ai kahwin.




ai pregnant.




ai sakit perut.




ai nak bersalin.



kalau ikut teori mimpi kawan ai tu...?




**huuwwwwwwaaaaaaaaa....rasa nak ingat balik siapa kawan ai yang bagi teori ni dulu. rasa nak pergi marah dia. merosakkan mood pagi isnin yang indah permai ni je! zcxzdfdsxczxdszx

Friday 16 October 2009

kamu rasa tak?


ai sekarang ni rasa malas nak ber-belog.


taip dua tiga ayat. lepas tu delete.


tak pun taip panjang panjang lepas tu tak publish.


apesal ntah. takkan sebab ai bunuh lipas dengan botol lotion malam tadi kot. haiiisshhh...~~


Wednesday 14 October 2009

versi indie


hari yang ai eksiden haritu ai memang on the way nak balik rumah mak.



ada acara penting mak kata.



habis buat report dekat balai, dengan kondisi kereta yang asyik bercakap je, ai memang malas nak balik. ingat nak parking je kereta tu elok elok, lepas tu tidur.



tapi sebab bukan mak saja yang call ai, ayah pun call sekali...jadi ai fikir memang tak patut kalau ai tak balik.



takpelah lambat sikit, janji ai balik. sebab..





kakak ai nombor-tiga, yang berkhidmat untuk negara tu nak bertunang!



ai ingat ada la kenduri kendurinya.



tapi





macam kat atas tu, versi indie..




bakal abang ipar ai datang sorang! lone ranger betul.



sendiri datang, wakilkan diri sendiri, meminang kakak ai untuk diri dia sendiri.



ada sebab sebab kukuh kenapa dia tak ada wakil.



apa apa pun, kakak ai dah tunang. masaklah ai lepas ni. salah satu alasan ai biasanya sebab kakak tak kawen lagi. ni dia dah tunang, mak ai jeling jeling ai pulak.



**kakak ai nampak gemuk dalam gambar. tak sampai hati nak letak kat sini. hahahha


Monday 12 October 2009

10.10.09


caldina depan ai brek emergency.


ai brek.


kancil belakang ai brek


tapi


iswara merah belakang kancil tu tak sempat brek.


iswara langgar kancil


kancil tu sondol ai pulak.


nampak macam tak teruk.


ai on the way nak balik rumah mak tu.


sepanjang jalan ke rawang, bonet kereta terbuka. walaupun dah ikat dengan tali, tapi sebab jalan tak rata, ikatan tu longgar.


kereta ai guna alarm yang bercakap tu.


jadi, sepanjang jalan, dengan double signal yang menyala, bonet yang ternganga


kereta ai berbunyi



please check your door! please check your door! please check your door!



sangat memalukan!

Thursday 8 October 2009

kakak jajazuzu dan pasangannya?




Kad kawen makhluk perasan pari pari tu dah sampai. beriya iya dia sms tanya dah sampai ke belum.




dah sampai la Anim oii...jangan risau. Saja malas nak reply sms tu. Biar saspen sikit. hahahhaa



Tapi..






Refer kat peta belakang kad tu...






dari Shah Alam takde pun!






taknak pergi la. Tak tau jalan! hahahhahaha

Monday 5 October 2009

selamat hari Jajazuzu



SMS pertama 12 tengah malam tadi dari adik-lelaki.



SMS terakhir? belum lagi. tengok la 11.59 malam nanti.



dah macam macam wish yang ai dapat. moga panjang umur tu biasa la. murah rezeki tu lagi la dah biasa. yang wish moga cepat dapat jodoh pun ada. haiiiisshhh~~




sebelum ni, kalau orang tanya umur, ai jawab 25 setengah. yelah, sebab tak sampai tarikh lagi kan.




sekarang?



setengah tu dah takde.



**nak belanja ai kek? sms ai. hahahhahaha


***sms paling melampau dari perempuan-jiwa-kacau : selamat hari lahir yang ke 27! 27? DUA PULUH TUJUH? giler! ai terus call dia, maki hamun sikit, baru 26 la!!

Friday 2 October 2009

padah jadi DEGIL



dulu dula, ai kena penyakit bibir yang membuatkan bibir ai jadi kering tahap melampau sampai nak mengecut jadi asam keping walaupun dah minum air lapan gelen sehari sampai sekejap sekejap kena pergi toilet.



warna bibir yang tak berapa nak pink ni langsung jadi gelap sampai semua orang ingat ai penghisap rokok tegar yang setiap jam akan hisap rokok tanpa henti kecuali tidur.



doktor nasihatkan ai jangan pakai apa apa jenis lipcare ke lip-ais ke lip balm ke atau apa apa jenis lipstik tak kira la beli mahal dekat butik ataupun beli murah murah dekat uptown. doktor kata JANGAN!



doktor bagi ai ubat sapu yang kena calit dan sapu ke bibir guna jari. oleh sebab ramai yang takut takutkan ai dan kata abisla, nanti bibir kau bengkak lepastu besar dan sakit, jadi ai tiba tiba langsung jadi rajin dan tiap tiap hari akan calit ubat dan sapu ke bibir guna jari. nak tidur pun ai sapu dengan harapan supaya bibir ai cepat baik.



ai dah lama tak pakai ubat sapu tu sebab bibir dah macam ok sikit, tapi memang nasib tak berapa nak baik, warna bibir yang gelap tu tak mahu hilang. langsung membuatkan ai jadi perokok tegar dengan warna bibir yang gelap. haiishhh~



hari kelamarin sebab kerja banyak dan asyik main facebook je sampai leka, ai langsung lupa nak minum air. bibir ai kering dan dengan tak fikir kesan buruk, ai main ambil je lipcare dan terus sapu ke bibir.





hari ini?






bibir ai kembali sakit dan kering. sama macam mula mula dulu!



*kzdsddffhdjksgfgakfjsdbvhjasfjkdk! rasa nak marah diri sendiri! doktor dah kata JANGAN tapi degil nak pakai balik. Padan muka JA! dah la esok nak pegi beraya. kadljakdhjafhjafhjasdgfjv


Tuesday 29 September 2009

skill meminta hutang


Pagi ni partner ai, si perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki tu bising dekat ai. Dia kata, dia tengah SMS sorang perempuan yang pinjam duit dia. Katanya, SMS tu delivered, tapi si perempuan tu senyap. Tak balas.



Tiba tiba ai teringat, ai ada bagi orang pinjam duit! Tingggg!! Langsung mata ai ada simbol RM, RM, RM dan RM...



Ai tanya pada perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki, macam mana dia minta hutang? Sebab, sumpah ai memang tak pandai nak minta hutang. Teringat kat kes perempuan yang beli handbag dekat ai dulu. Ai desak housemate dia yang mintakkan duit tu. Perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki kata kat ai, SMS je banyak banyak kali kalau takut nak cakap. Sekurang kurangnya SMS dia tak dengar suara kita.



Jadi ai beranikan diri. Ambil handphone-jenama-barangan-letrik ai tu dan terus karang SMS.



Si-penakut-minta-hutang : Weh, nak tulis apa ni?


Perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki : Katalah kau nak mintak duit kau balik.


S-P-M-H : Takut la weh


P-Y-M-J-L : Kau nak duit kau ke tak?


S-P-M-H : Nak la!


P-Y-M-J-L : Tulis....saya nak guna duit. Tolong bayar sikit bulan ni! Nak mintak hutang kena tegas Ja. Kalau kau mengada ngada, siapa nak bayar!


S-P-M-H : Mana ada aku mengada!


Dan ai taip begini,















Selamat hari raya. Sihat? Emmmm...nak guna duit la bulan ni.









Lepas SMS sent, cepat cepat ai off handphone. Ai takut!



Thursday 24 September 2009

berita dari kampung


*kampung sangat panas. ai cuba cuba bodek bonda, nak buka puasa pukul 12 tengahari tapi kena marah. lepas tu pura pura tidur depan tv. konon konon merajuk.



*raya pertama beraya rumah makcik makcik. dan sorang makcik-mulut-paling-laser kata kat ai


"zura, nak tak kalau anjang kenen kenenkan kau dengan anak anjang?" ai senyum senyum je sebab bonda ai tu cepat cepat jawabkan bagi pihak ai, "takdenya si adi tu nak dekat zura ni" SABAR JE LAH!



*sumpah ai tak ingat makcik sedara mara pakcik ai tu semua. bila bonda kata "ni lah zuraa...." diorang akan jawab "laaaaaaa....dulu kecik je" memang lah. takkan la ai nak jadi kecik sampai bila bila kan? apa laaa...



*ai dah kembali menjadi gemuk. sia sia je diet-sahur-dan-buka-dengan-megi ai tu. sebab semua, SEMUA rumah yang ai pergi mesti hidangkan air GAS!



*rumah arwah nenek ai banyak semut! simpan kek lapis dalam peti ais pun ada semut. sabar je laaa...



*ai hampa. duit raya, 1 sen pun ai tak dapat. sebab bila ada yang nak hulur hulur bonda ai kata tak payah, zura dah besar. tapi ai dapat banyak pujian "umur macam 19 tahun!" hehhehehe...



*ai kehulu kehilir dengan bonda. ai tiba tiba jadi pendiam sebab bonda ai mesti duduk borak borak dengan makcik pakcik nenek atuk. mana boleh menyampuk orang orang tua bersembang kan? dengar je la...



*gambar dari kampung. sebab sangat panas, tak banyak gambar yang ai snap.


*hari ni ai sepatutnya CUTI. tapi ada sebab kukuh kenapa ai kena kerja.


tengok. partner ai si perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki dah tak betul. dia tengah pura pura ajar monyet tu memandu. kesiaannnn....sebelum dia hampir hilang akal, baik ai mula bekerja.



*lelaki-yang-ngorat-ai pergi indon. jangan dia pergi ngorat anes monika sudahlah. ai bom rumah dia nanti

Wednesday 16 September 2009

selamat hari raya



hari ni last day ai kerja.



esok dah start cuti.



flight esok malam pukul 10.30. mintak mintak MAS tak delay la.



ai nak mintak maaf banyak banyak ni. kot la ada apa apa yang ai tulis dah buat kamu kamu semua terasa. sorry ya.



ai single lagi, so siapa siapa yang dah kawen tu sila sediakan duit raya untuk ai. balik dari kampung nanti kalau free, ai singgah rumah yang ada sediakan duit raya untuk ai tu. hehehhehehe



ai cuti tak lama. tapi ai bajet mesti gila bosan punya la kat kampung tu. dah lama ai tak balik. last balik 9 tahun yang lepas. 9 tahun lepas pun makcik pakcik dah heran tengok ai dah besar. raya ni silap silap makcik pakcik paksa ia kawen pulak. haissshhh...dah la ai sorang je yang follow mak ayah. adik beradik lain semua raya kat sini. kakak yang dah kawen tu raya rumah mentua la. kakak ai yang single dengan adik lelaki dan adik bongsu beraya sendiri sendiri. kitorang memang dah biasa raya camni. raya tak cukup anggota family. tu yang tak berapa nak kisah sangat tu kot.



tapi yang buat ai rasa geram, tahun ni punya raya la kawan kawan ai nak buat pesta makan makan la. pesta mercun mercun la. tak dapat nak join! dengki diorang tu. takpe...harap harap ikut mak ayah balik kampung ni dapat collect duit raya banyak banyak. peduli apa, ai kan single...



ok. kerja banyak. semua nak kena siapkan hari ni. nanti kesian pulak kat partner ai si perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki. harap muka je ganas dia tu. tapi membebel macam mak nenek. takpe. nanti nak balik ai mintak maaf lagi dekat dia...




SELAMAT HARI RAYA!




**tapi ai selsema ni. asyik bersin je. boleh je naik flight kan?

Monday 14 September 2009

rahsia ai menjadi selim...



hari bila ntah, ai pergi jumpa adik ipar tak jadi dan biras tak jadi ai. borak borak pung pang pung pang....



masa nak balik si biras tak jadi ai tu tegur...



"Ja, ko dah kurus. giler kurus la..."



sekarang ai nak berkongsi rahsia ai menjadi kurus.



pari pari, ambik pen dan kertas. salin nih! hahahhahahah...



ai bersahur dengan air suam dan mee segara cap mamee perisa kari yang di rendam dengan air panas.



berbuka?





berbuka puasa dengan....





air kosong...





dan...





mee segara cap mamee perisa kari yang direbus di dalam kuali.



**gastrik hampir hampir menyerang, tapi mampu dikawal. telan ubat cepat cepat.



***tengok betapa malasnya ai nak keluar ke bazaar ramadhan. sanggup berbuka dan sahur makan megi. ni lagi satu alasan bernas untuk bagi dekat mak kalau mak tanya bila nak kawen...ekkekekeke..

Thursday 10 September 2009

jawapan mari teka menu sahur



semalam aku keja sampai lewat malam. hampir tengah malam.



balik kerja singgah jumpa lelaki-yang-ngorat-aku.



dia lapar. kesian. temankan dia pergi makan sekejap.



balik lewat sikit sebab lepas makan, dia gatal nak pergi cari cd nirvana pulak. nirvana ada nyanyi lagu raya ke? ntah apa mood ntah lelaki tu sampai tengah malam bulan puasa ni dia nak cari cd nirvana.



balik rumah, dah sunyi tapi terang benderang. sliding door terbuka luas. langsir terselak habis. laptop masih on atas meja study. tapi meja makan bersih.



budak budak ni kalau nak tidor, main tidor je. bukan reti nak tarik langsir, nak tutup sliding door. nasib baik rumah tingkat dua. kalau ground floor? ishh..ishhh..issshhh...



siap mandi aku terus tidor. tapi sebelum tidur minum air suam siap siap. baca niat puasa sekali.




pengsan




sedar sedar dah pukul 7.30 pagi!




menu sahur?






aku syak mihun goreng sebab aku nampak ada pinggan mihun goreng atas meja.





**tu la ja! sapa suruh balik lambat. kan dah tak sedar orang kejut sahur. padan muka!

Wednesday 9 September 2009

mari teka menu sahur!


Makhluk rajin yang selalu jerit sambil ketuk pintu bilik aku macam nak kasi roboh untuk kejut sahur ialah Miss P.



Selalunya yang jadi tukang masak ialah Miss P juga. Sebab Miss E dengan Miss S tengah bizi macam semut api siapkan asignment masing masing.



Miss P dah abis exam. Tapi aku musykil kenapa la dia tak balik kampung. Dia lagi suka kot jadi tukang kejut aku bangun sahur. Hahhahaha...



Malam kelmarin, Miss P masak telur dadar. Telur dadar kosong yang di lempengkan Dan Ikan goreng serta yang wajib nasi putih. Bersama sebotol kicap-jenama-apa-ntah aku syak hak milik Miss E.



Malam semalam, Miss P masak telur dadar. Telur dadar lagi? Kali ni advance sikit. Ada cili potong dalam telur dadar tu. Nasi putih dan ikan goreng masak kicap.



Malam ni.....




Kamu agak agak Miss P nak masak apa?




Mari kita main teka teka.






**Aku teka, telur goreng masak kicap dengan ikan goreng masak cili!

Tuesday 8 September 2009

kakkk...oooohhhh...kak ja! bangun sahur!



hari hari, kalau tak ada tukang kejut bangun sahur, memang aku tak bangun.



aku paling tua dalam rumah tu.



paling sibuk.



paling selalu balik lewat.




paling selalu jadi orang terakhir bangun sahur. kalau diorang kejut. kalau tak, sahur air liur je.




paling tak pernah buka puasa dekat rumah tu.



paling tak pernah bangun masak untuk sahur!




**ehhehehe... ni alasan baru nak bagi kat mak ni. kalau mak tanya bila nak kawen, aku jawab la "bangun sahur pun tak lepas lagi, camne nak kawen!"



Saturday 5 September 2009

tolong lah ai...tolong lahhhh...



ai ada save satu file excel. data baru download.



tapi sebab kecoh sangat nak balik, jam dah pukul 10.30 malam hari khamis haritu, ai klik je button save tu.



tapi ai tak perasan pun nama file tu apa, dan save dekat mana.



data dah download TAK AKAN ada lagi dalam sistem....



sekarang, pada petang sabtu yang indah ni...ai tengah bukak bukak semua file dalam pc. gila banyak! takkan nak cek satu satu kot.



ai dah try guna search companion untuk search file tu.....



tapi...




sekarang ai rasa nak nangis!



tak jumpa!!!



ai baru je start puasa balik hari ni. takkan nak kena buka puasa dekat opis makan gula gula lagi kot.....~~~




**yelah, ai ngaku ai kadang kadang sangat cuai!


***ke ada cara lain yang cepat dan berkesan untuk cari file tu?


Thursday 3 September 2009

tahun tidak sihat



Selain dari kena tinggal puasa sebab wajib, tahun ni TERpaksa kena tinggal puasa sebab tak sihat.




GASTRIK tahap KRONIK!




**naik muntah dah hari hari kena minum susu.



***Jenuhla nak kena ganti puasa ni. Haiiihhh~~~


Thursday 27 August 2009

hari pertama berbuka puasa



Hari pertama berbuka puasa mesti semua orang teruja kan?



Tapi ai tak pun...



Ai berbuka dalam kereta, dekat parking sebuah pasaraya besar.



Tanpa minuman.






Ai berbuka dengan sebiji gula gula hudson kaler ungu....





**kalau hari hari buka puasa makan gula gula, tak sampai seminggu tentu ai tinggal tulang je kan?


Wednesday 26 August 2009

angker


Bayangkan..............



Ketika anda hendak pulang dari kerja...



Malam. Hampir tengah malam.



Jalan sunyi, lurus dan sedikit berbukit.



Lampu jalan boleh dikira dengan jari tangan. Kurang dari sepuluh.



Kiri kanan hutan dan bukit. Hanya ada 3 simpang ke kawasan perumahan elit.



Langit gelap tanpa bulan dan bintang.



Angin bertiup agak kencang.



Tiada kenderaan lain di belakang kenderaan anda. Jika lihat dari cermin pandang belakang, GELAP!



Dan tiba tiba



Ada asap. Putih.



Semakin lama semakin banyak. Bersama tiupan angin kencang....




Sila bayangkan.....












**Kurang asam punya lori 3 tan! geramndhaukdggasjvdhasfdmarahkajskajsklajskl Buat aku cuak je. Asap lori dia stail asap dalam cerita seram. Nasib baik aku tak penakut


menaip dengan pantas!



Hai semua!



Selamat berpuasa.




masih SUPER bizi lagi ni. Superman pun tak bizi macam ai tau...




Monday 10 August 2009

bizi macam keretapi


mesin ada satu. SATU!



kad yang nak print ada 4 ribu lebih.



data yang hari hari dapat dari client? BANYAK



Yang nak kena masuk sistem. Tak banyak sangat. Tapi komplikated.



Yang nak kena cek one-by-one. Tak banyak gak. Tapi tak cukup masa.



Yang nak kena re-print? BANYAK!



Policy holder yang asyik call tanya pasal kad? SETIAP JAM!



Yang kena hadap, setelkan, buatkan, sepakkan mesin yang dah bengong ni?




S-A-Y-A! Sorang sorang!



Partner saya? CUTI CUTI MALAYSIA KE SABAH!



**mesin yang satu ni asyik buat hal. sekarang saya sedang menaip sambil PIJAK mesin itu. Asyik sangkut je....hjdajasifgiausfjkcbuiasgfshajkguiasgdfukasgduk banyak keja dia nak sangkut sangkut pulak.

Wednesday 5 August 2009

semua orang tak nak jumpa ai. apa salah ai?




takkan sebab ai...




batuk batuk




selsema




pening kepala




dan




demam!







**mc 2 hari. doktor kata kalau hari ketiga masih demam, terus pergi hospital. tapi hari ketiga ai dah sihat. tak ada virus!


Friday 31 July 2009

jawapan mari main teka teka


Ok lah, ai bagitau la berapa banyak duit belanja yang ai dapat jumaat lepas.




Semua orang salah teka. Ai ingat nak bagi hadiah. Tapi takde pemenang. So, hadiahnya terpaksa la ai pulang balik dekat kedai tu.




Duit belanja yang ai dapat..................














tak banyak. Sikit je tau. Sebab tu ai tak jadi nak senyum lebar.








Ringgit Malaysia Tujuh Sahaja!



Sekeping duit lima ringgit dan dua keping duit satu ringgit. Duit balance dia beli rokok! Sabar je la...




Ok lah, ai nak tampal setem dekat surat ni. Ada ratus ratus surat ai nak kena tampal setem. Bai Bai....


Wednesday 29 July 2009

sejuk macam dekat kutub


kalau tak lama lagi rupa ai dah macam beruang kutub versi bulu coklat tua yu ol jangan tanya tau.




diam diam je tau.



janji!





**ofis baru sejuk nak mati. nasib baik ai perempuan. ai bermanja manja pinjam jaket dekat perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki. hiihihihihihh...



***kerusi ai pun dia yang tolong angkatkan. hiihihihih...hero habis!


Friday 24 July 2009

mari main teka teka


Semalam malam ai jumpa lelaki-yang-ngorat-ai.



Ai sengaja je tak isi minyak kereta. Ai kata tak sempat. Hehehhehehe..



Lepas tu, lelaki-yang-ngorat-ai isikan minyak kereta. Bijak tak taktik ai tu? Hehhehehe..



Lepas tu ai cakap slow slow je. Lemah lembut macam tak cukup makan. Ai buat muka sedih sekali. Buat muka takde duit.



Lepas tu masa nak balik, lelaki-yang-ngorat-ai hulur tangan...




Ai ingat dia nak salam.




Sekali...




"Nah, duit belanja untuk esok...."




Ai sengih sengih. Duit tu gulung gulung. Lipat lipat. Ada 3 helai. Eh...helai ke keping ha? Keping la kot. Ada 3 keping.



Ai buka lipatan duit tu. Ai baru je nak senyum lebar sampai telinga. Tapi tak jadi la. Ai senyum separuh lebar je.




Cuba kamu teka. Berapa duit belanja yang ai dapat?




Hehhehehhe....




**walaupun kadang kadang perangai lelaki-yang-ngorat-ai tu menyakitkan hati. tapi kadang kadang dia baik hati. tak sampai hati ai nak lari. hehhehehe....eh...setiap ayat ada hati kan? hehhhehheehhe...



***hari ni hari jumaat. cukup sopan tak gaya ai menulis? hehhehehe....




Thursday 23 July 2009

anak dara rajin


Pergi rumah kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh. Nampak buah rambutan, durian dengan cempedak.


Ambik plastik, ambik suratkhabar. Bungkus cempedak dengan rambutan.


Rambutan - makan dekat opis dengan stesen-kerang.


Cempedak?


Bawak balik rumah. Nak goreng.


Balik kerja?


Cempedak letak kat dapur.


Masuk bilik. Bukak baju. Ambik towel.


Masuk toilet. Mandi manda.


Keluar toilet, masuk bilik, pakai baju tidur.





.






.






.






.




.




Tutup lampu bilik dan terus lompat atas katil.





**Esok lusa la goreng cempedak tu. Tahap kerajinan baru 15% ni.

Tuesday 21 July 2009

bizi macam semut api

1. Nak ajar kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut semua kerja kerja aku

2. Nak filing balik semua dokumen yang bersepah atas meja

3. Nak delete semua file file personal dalam PC

4. Nak susun atur semua file, biar senang dioarang nak cari nanti

5. Nak buang semua kertas kertas mengarut yang tak guna atas meja, bawah meja, tepi CPU, atas CPU

6. Nak clearkan drawer

7. Nak kutip semua barang-yang-wajib-bawa-balik rumah.

8. Nak get ready untuk tinggalkan ofis ni

9. Nak get ready untuk say hai dekat ofis baru

10. Nak merajuk dengan-lelaki-yang-ngorat-aku. Dia tido sampai tak dengar bunyi henpon. marahjdghdgjhasagdjashdhlaskhdlsalksadjasd

Friday 17 July 2009

tak salah kan?


Kalau aku balik keja, bawak keropok lekor.


Pastu aku offer Miss-P dengan Miss-E. Miss-S takde. Pergi konvo akak dia.


Miss-P tengah lipat lipat bintang kertas. Nak bagi boipren la kot.


Miss-E dok ngadap laptop je. Ntah buat keja sekolah ke chatting je tu.


Tapi.....






Aku makan habis keropok lekor tu.


Pastu aku makan skali gak buah mata kucing yang Miss-P beli. Hehhehehhe





**Aku dah offer, nasib la sapa suruh terhegeh hegeh.


***Tak rasa bersalah sebab aku kan nak puasa. Tu kira sahur tau! Ekekkekekeke...


Wednesday 15 July 2009

Apa yang penting?



KERJASAMA!



Tapi adik adik kena faham, akak keja sampai malam. Jadi terima kasih banyak banyak la sebab kemas ruang tamu, alihkan semua tiang katil yang tak guna tu. Susun atur balik dapur, buang semua benda tak guna.



Sampah yang penuh satu plastik haritu tu, kesian adik adik angkat sama sama kan? Mesti berat nak bawak turun dari tingkat dua kan? Akak terus masuk bilik air, berus tuala. Mandi mandi dan keluar.



Akak bukan ada niat nak ngelat pun, tapi dah alang alang akak pakai singlet je. Malas akak nak tukar baju. Dah lah akak baru balik keja. Penat tau.


Lagipun akak kan KAKAK! Kakak kena banyak berehat lepas penat kerja. Jadi tugas kemas rumah lepas ni adik adik yang handle ye.



**Miss-P, Miss-E dengan Miss-S buat acara gotong royong kemas rumah. Bagus gak ada ramai ramai kat rumah tu, tak la serabut je.


***Paling best, bila part diorang masak masak pastu suruh aku makan. Hehhehehe...Tapi aku tak makan tau. Aku bizi. Tak sempat.


Tuesday 14 July 2009

MC adalah cuti sakit. Untuk berehat rehat di rumah..

Bukan untuk ;

Keluar masuk kedai di Kelana Jaya.

Berjalan jalan di Giant Kelana Jaya.

Berjumpa dengan rakan baik, perempuan-banyak-skandal dan skandal nombor satunya.

Dan kemudian pergi mandi air terjun bersama sama.

Belajar berenang di kawasan air terjun.

Balik dengan perut lapar. Opss...singgah makan nasi lemak dan char keow teow.

Meredah jalan yang jem.

Ohh...masih awal.

Singgah di Summit USJ untuk sesi kara-ok. 10 lagu free 3 lagu. Nyanyi sampai tekak perit.

Hantar pulang perempuan-banyak-skandal dan skandalnya.

Dan kemudian pulang ke rumah dengan badan yang letih.

***Ya, semalam aku MC. Tak plan pun. Tetiba rasa malas, pergi klinik, dan dokter bagi MC. Hari ni badan penat lagi. Padan muka!

Friday 10 July 2009

Oh, sumpah aku tak selesa!


Rumah bujang ke-3 aku dekat sebelah kampus. So, memang area student la situ. Rumah tu aku share dengan Miss-P, student PTPL. Dia ambik master bedroom, aku ambik small room. Medium? Kosong.


Tinggal berdua je. Aku buat hal aku, dia buat hal dia. Aku bangun pagi, dia tak bangun lagi. Aku balik kerja malam, dia dah tidur. Aku sidai baju, dia yang tolong angkat letak atas katil. Jumpa? Jarang jarang. Kadang kadang je terserempak.


Bilik air sorang satu. Dia dalam bilik. Aku guna yang dekat luar. Rasa sangat sangat privacy. Mana mana baju yang aku tak spin, aku akan sidai dalam bilik air dulu. Bra pun gitu gak. Aku memang tak spin. Karang patah abis dawai dia. Lagipun bukan ada sapa yang guna pun. Aku sorang je. Nak mandi lama lama? Pun tak heran.


Petang semalam Miss-P sms.


As'kum kak. Bilik tgh tu dh ada org msk. 2 org. Kang akak jgn terkjut lak balik mlm nnti ada org lain dlm umah tu


Balik malam tadi memang ada 2 orang minah tu. Dalam bilik, tengah kemas kemas barang. Aku terus masuk bilik. Simpan simpan barang and terus mandi. Dalam toilet dah ada barang diorang. Besfren kot. Bakul mandi pesen sama. Shower pun sama brand. Kaler je lain lain. Abis barang barang aku kena tolek tepi sikit. Aduhh..rasa geram pun ada gak. Sebab aku memang pantang kalau orang lain main alih alih barang aku. Tapi takpe la. Rilek dulu.


Masa kat dapur, nak minum, aku terserempak dengan sorang. Dia senyum, aku senyum. Sory la, aku tak pandai nak beramah mesra. Janji kau tak usik barang aku lagi dah la.


Tapi part paling tak best ialah


KENA REBUT TOILET WAKTU PAGI!


Apa rajin la budak budak ni bangun awal pagi. Miss-P selalu bangun time aku nak keluar pergi kerja. Ni, aku terjaga je, dah dengar bunyi orang mandi. Kena tunggu la pulak. Lepas dia keluar, aku laju laju masuk dalam toilet. Pedulik kan yang sorang lagi tu. Nasib ko la dik. Akak nak redah jem pagi pagi ni. Kena la siap awal. Aku keluar toilet je, yang sorang lagi masuk. Sungguh la aku rasa tak best. Kalau terjaga lambat memang naya la aku. Nak mandi kena tunggu turn.




**So far ni aku tak rasa nak tegur budak berdua tu. Sebab aku rasa diorang dah ambik privacy aku. Tak baik kan? Hehhehehehe...


Thursday 9 July 2009

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian PADAN MUKA


Semalam berbuka dalam kereta je. Minum air jambu. Dan sebungkus Mamee yang dikongsi dengan seorang lelaki tidak romantik yang juga tidak berpuasa.


Perut penuh dengan air jambu. Tak rasa lapar lagi. Pergi jalan jalan dekat sungei wang.


Balik baru singgah makan. Itupun hanya char koay tiew bersaiz kecik.


Dan teh o ais limau.


Balik rumah tak makan. Kemas kemas dan terus tidur.


Jam loceng bunyi pukul 4.30 pagi.


Bangun. Minum air masak. Malas nak makan. Baca niat. Tidur balik.



Sekarang?




LAPAR SANGAT! Nampak biskut kraker pun rasa macam nak telan dengan plastik plastik dia sekali.



**Oh...sabar. Sabar... Ada berapa jam je lagi ni.


Wednesday 8 July 2009

menngantukk...mengantukkk...dan mengantuk lagi..~~

Kenapa kalau ai berpuasa di bukan bulan Ramadhan mata ai asyik mengantuk je?

Lagi satu, tolong la jangan pos entri gambar makanan ke minuman ke ya. Cerita pun tak payah la. Lagi bagus. Lagi lagi akak yang nama mimi tu. Walaupun pengat pisang ai tak suka, kalau dah puasa, semua benda nampak nyumm..nyummm tau.

Haaaiishhh....Mengantuk!

**Ai tengah ganti puasa ni. Ni si rakan-sekerja-menjengkelkan tengah makan nasi sebelah ai. Bau kari menusuk perut. Batal puasa tak kalau ai sedut lama lama? Hahhahahaahhaa

Tuesday 7 July 2009

"Adikkkk...mana anak tiri U...?"

Rumah Daddy tanpa kucing ibarat rumah kami tanpa televisyen. Sunyi. Sepi. Hambar.

Sebab banyak sangat kucing, jadi kami ada macam macam koleksi nama kucing. Sampai ada sekor dua kucing tu ada dua nama sebab masing masing berebut nak bagi nama kucing.

Masa kecik kecik dulu yang aku ingat, ada sekor nama Apai. Yang ini otai gile. Pergi mana mana pun mesti kucing lain dah lari dulu. Masa pindah rumah pun kitorang angkut dia sekali. At last mati sebab tua.

Lepastu ada Dooreena. Yang ini parsi. Hilang, orang curi. Kitorang dah agak, ada orang akan curi tapi sebab kalau tak biarkan dia keluar, dia nak menggatal dengan anak dia sendiri. Mana boleh kan? Sumbang mahram nanti. Ekekkkeke...so, Bonda lepaskan je kat luar. Lastly, hilang.

Doreena ada banyak anak. Pesen kucing parsi duduk dekat kampung memang asyik nak menggatal je kerjanya. Anak dah besar sikit, dia bunting balik. Tapi banyak bagi kat orang je. Yang tinggal cuma sekor. Jantan yang bernama Jack. Pastu, Anne - Daddy jual dekat orang. Orang tu yang beriya nak beli sebab Anne mata dia sebelah biru, sebelah hijau. Yang lagi sekor, Jill, mati masa kecik. Perasan tak nama diorang, Jack Anne Jill. Aku yang bagi nama tu. Heeehehhe...

Lepas tu ada banyak banyak lagi kucing. Ada banyak banyak nama. Ada Comel, ada Clement, Mimah, Oren, Pipi, Black, Abu, Momot bla bla bla.....hilang ingatan dah ai ni. adehhh...

Tapi kalau nama melayu tu maknanya Bonda la yang bagi. Kalau nama ala ala pelakon Hollywood tu, Daddy yang bagi. Kalau nama pelik-mengarut tu, kami adik beradik yang bagi.

Sekarang dekat rumah Daddy kalau tak silap ada lebih kurang 9 ekor kot. Yang ada sekarang, Bujang, Comel, Fraser, Banu, Bedah, Mawi, Ekin, Ain, dan Tommy

Tommy paling nakal. Dia jarang keluar rumah. Jadi, pasu pusu bunga, perhiasan dalam rumah la jadi mainan dia. Lagi lagi kalau dia je yang tinggal dekat rumah, silap silap langsir rumah pun dia tarik tarik sampai rabak. Kitorang semua sayang dia. Sampai kalau call siapa siapa yang ada dekat rumah Bonda mesti tanya dia. Sangat nakal dan comel. Aku nyaris nyaris nak gigit kepala dia dulu.

Tapi....satu hari tu, masa balik rumah Bonda aku cari dia.

"Tommy mana?"

"Daddy dah bagi dekat orang.." Bonda

Ohh...aku sangat sedih. Bonda kata dah tak larat nak layan dia. Kalau orang tidur pun dia naik atas badan orang, gigit gigit kaki orang. Sampai nak tidur pun tak boleh. Apa nak buat. Takkan nak pergi ambik balik. Buruk siku nanti, kata Bonda.

Sekarang kalau call Bonda dah tak tanya pasal kucing pun. Siapa aku nak tanya? Mawi tu? Nama pun aku tak suka. Ni semua adik-perempuan la yang letak nama. Fraser? Kurus sangat. Penakut pulak tu. Banu? Bedah? Yang ini semua dah beranak pinak. Dah tak suka nak main main. Bujang? Dia dah tua. Nak dukung pun berat gila. Ain dengan Ekin tu lagi lah. Dah remaja. Kerja nak cari jantan je kat luar...

Haihhhh~~ Rindu dekat TOMMY. Tu gambar porofile tu la Tommy.

Selalu je berangan ada abang-hantar-kurier bagi parcel dekat aku. Bila bukak ada anak kucing macam ni

tak pun yang macam gini

dah la gemuk. bulu tebal pulak tu kan? rasa nak picit je sampai penyek.

tapi kalau dapat yang gini pun ai terima je

kelabu tua mata biru. tak cepat kotor bulu dia. hehhehe

yang ini pun ok

gemok. kontot. katik. tembam. sure buat jadi bantal peluk ni.

masa google jumpa gambar ni pulak

hahhahhahaha...kiut.

**"Adik...mana anak tiru U?" - Daddy suka kata gini kat Bonda kalau nak tanya pasal kucing. Daddy panggil Bonda, Adik. Anggap semua kucing kat rumah tu anak tiri dia. Bonda lak suka jawab "Ohh...Diorang semua pergi funfair kat pekan Rawang" Hahahhah...Lepas tu mula la semua orang start mengarut pasal kucing.

***Tadi SMS dengan adik-perempuan. Dia kata : Kalau kau nak bawak balik memeng baru, kau spray warna pink terang siap siap. Mesti comel

****Baik aku spray kaler pepel je. takpun hijau pucuk pisang ke. lagi cantik kan?

******Memeng = Kucing

Monday 6 July 2009

lelaki tidak romantik memang tidak pandai membeli jiwa (ambil hati ler)





"Awakkkkkk...saya comel tak?"




.



.



"Awak tak comel, tak cun. Cantik pun tak...." kata lelaki-yang-ngorat-aku. Ya, dengan muka seri-yus.



.




. **hampes kan? boipren baru SATU!


Friday 3 July 2009

cangkung atau duduk?


Dulu dulu aku lebih suka guna tandas cangkung. Dah terbiasa dan sangat kekok dengan tandas duduk.



Dan sekarang sekarang aku lebih suka yang duduk. Sebab dah terbiasa jugak. Dekat ofis, dekat rumah sewa, dekat shoping kompleks...semuanya tandas duduk.



Aku rasa tandas duduk lebih rileks. Sambil duduk boleh membaca, boleh taip sms, boleh berus gigi (ada orang penah buat ke) dan bolehh....



.


.


.


TIDUR!



.



.


**semalam sangat penat. aku tertidur dalam toilet. nasib baik tersedar...keheehekehehhehe...buruk perangai kan?

Thursday 2 July 2009

rakan sekerja yang menjengkelkan


Dia sangat suka tanya soalan-pelik-lagi-mengarut kat aku.



Semalam petang dia tanya soalan ni dekat aku






"Ja, berapa jam perjalanan dari US ke UK ha?"





Oh Tuhan....! Sabar sajalah...Sabar Ja....hujung bulan ni kau nak berhenti dah.




**Ada banyak lagi soalan mengarut yang dia pernah tanya. Kalau kamu yang kena tanya mebi kamu akan rasa macam nak luku kepala dia laju laju.


Wednesday 1 July 2009

rasa muda....


Masa gath haritu, semua semua orang yang ada anak aku panggil akak.



Tapi aku rasa mebi ada je yang sebaya dengan aku.




Tak kisah kan? khihkihkhihkhkhh...




**bila ada sama sama dengan orang yang dah kawen ni, aku auto rasa macam budak inesen yang baru abis sekolah. hahahhahah...dasar perasan muda!


Tuesday 30 June 2009

trivia : 1 world 1 soul gath...

  • ekceli memula tak tau pun pasal gath ni. my bff cik jeeLa yang bagi info dan ajak join sekali

  • kamera tertinggal dalam dashboard keta. pasal tu lah snap pic guna handphone cap barangan letrik tu je.

  • sumpah aku pemalu! sorry la ye kalau tak tegur tegur tu.

  • sandwich-telur-tak-berapa-sedap dalam bekas kuning tu aku yang bawak. gile gigih buat pukul 2 pagi tau!

  • aku pergi single je. lelaki-yang-ngorat-aku tak jadi follow sebab awal pagi sangat, dia malas bangun. hampeh kan?

  • aku nyaris nyaris tak pegi sebab lupa beli hadiah. aku sms cik jeeLa awal awal pagi tu, masa buat sandwich. kata taknak pergi. dia reply balik pukul 6.45 pagi - DAH JANJI. KENA PEGI GAK. AKU ADA HADIAH LEBIH. - so, sebab tu la ada 2 hadiah saiz yang sama, wrapping yang sama.

  • Thanks ye untuk semua semua hari tu. Best!

  • Balik dari gath aku singgah rumah lelaki-yang-ngorat-aku. Dan hadiah hadiah yang aku dapat semua dia yang bukak. Dia yang eksaited lebih!

  • Opss...La, haritu kita janji nak share hadiah pertandingan cari barang tu kan? Hadiahnya body spray la darling. Share ye? Hari ni aku pakai, esok kau pakai, lusa pulang balik kat aku, tulat aku pass balik kat ko...ekekkekekekeke...Sehari boleh spary 3 kali je tau. Hahahha

  • Dan ni gambar gambar yang tak seberapa. Ada dari handphone aku, ada yang dari blog orang lain.

sesi mari bergambar berasama sama. ntah apa pesen ntah aku senyum tu. langsung tak comel

kak ayu, thanks untuk hadiah mug tu ye. macam tau tau je rumah bujang ai tak cukup mug. khikhihkihkh
dua mak dara mengapit anak dara. tengok, mak mak sebok nak tangkap gambar sampai anak anak terpaksa pandai pandai cari sudut nak menyelit. ekkekekekek...

banner

jajazuzu tau. bukan jazujuaza ke juzajuzu ke zazajuju ke zazujuja ke. JAJAZUZU
cik jeeLa je. takde a.k.a. pasal tu bila orang tanya dia a.k.a apa dia blur blur. hahhahahahha...nasib la La oiii..langsung jadi cik jeeLa a.k.a mamabetty. hakahkahak
kami yang pemalu. nak nak si anak dara tu. bukan anak dara baju kuning tu! anak dara baju pink tu.

betty sengaja je buat muka tension time tangkap gambar dengan achik. dah la pandai tahan nangis. lawak je...

***nanti nanti ada gath lagi jemput lagi ye. dahh...dahhh...nak balik ni. nak pergi stesen-kerang, nak ambik gaji. hehhehehe...daaa...~

Monday 29 June 2009

dahh...dahhh...pegi beli sinar harian sekarang


aku bizi nih.


tapi kalau kamu tak bizi pergi beli sinar harian sekarang.



beli je. pastu cari la, kalau kalau terjumpa gambar aku. hehehehhehe


ni aku jumpa kat blog akak suziey. akak, ai curik gambar sikit ye. hehehhe



*ntah apa rupa ntah aku dalam gambar tu. banyak giler kamera. tak tau nak pandang mana satu.



**tak banyak gambar yang aku sempat snap. aku kan pemalu. balik balik gambar aku, gambar cik jeeLa, gambar betty. sungguh aku pemalu. tak tipu!


***next time ada masa sambung balik cerita ye. keja banyak ni. daaa..~



Saturday 27 June 2009

perasaan serba salah memang sangat tidak best!

Aku dah dapat kerja lain. Dekat sikit dengan rumah. Tak payah nak redah empat trafik light lagi pagi pagi kalau nak pergi ofis. Tak payah nak redah jem. Tak payah susah susah nak pakai seat belt kalau lalu depan pakcik uniform putih yang jaga lalu lintas tu. Bukan takut beb, hormat. Aku kan tengah berusaha menjadi perempuan-sopan-baik-hati-lemah-lembut-serta-berhemah!

Kerja yang aku dapat ni perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki yang tolong aku. Sebab tu ofis dia. Dia dah ugut bos dia awal awal, dia nak kawan dia gak (aku la tu) untuk jadi assistant dia. So, gaji first nanti memang kena belanja dia makan pizza la gamaknya. Dia dah pesan awal awal. Entah ikhlas ke tidak dia tolong aku tu. Dia tu pun bukan betul jugak. Entah entah dia dah ada plan nak buli aku. Takpe....aku lagi tinggi dari dia. Walaupun rambut dia pendek, hisap rokok, dada leper, ada makwe...tiap tiap bulan dia sama jugak macam aku, datang bulan. Jadi kederat dia dengan aku lebih kurang je. Setakat nak sekeh sekeh dia tu, sambil pejam mata pun boleh.

Semalam aku dah hantar surat resign. Bos aku terkejut. Dia sengaja buat ayat bagi aku rasa bersalah. Benci sungguh la. Buat aku rasa macam nak tarik balik surat resign tu. Tapi bila fikir fikir balik, tak apelah. Aku dah bosan jugak dengan bos aku tu. Pagi ni, dia kasi tambah peratus kebosanan tu lagi. Sekarang rasa menyesal tu dah hilang. Rasa bersyukur pulak sebab tak lama lagi nak berhenti. Yeahh!!

Masa tengah best best tadi, telefon tangan cap barangan letrik aku tu bunyi bunyi.

Aku jawab..

"I call dari AMC. Temuduga u berjaya. So, macam mana? Bila u boleh mula kerja?"

Ok. Rasa serba salah datang balik.

**Awal awal taknak call! Bila aku dah dapat kerja lain baru terhegeh hegeh nak offer. Benci la!

Friday 26 June 2009

percubaan pertama

Semalam, mood tengah mengada ngada datang, Aku ambik henpon cap barangan letrik aku tu dan taip SMS

B.....tetiba org ngidam nak minum air barli la

Dan aku send kepada lelaki-yang-ngorat-aku a.k.a abang rambut ketak ketak. Aku memang tak pernah nak mengada ngada dengan dia. Tak penah mintak apa apa pun kat dia. Ini la percubaan pertama aku. Saja nak tengok, dia layan ke tidak kalau kalau aku buat perangai mengada aku. B tu pun aku saja je panggil dia gitu. Sebenarnya aku dengan dia tu ber saya-awak je.

Takde SMS balasan. Dia memang gitu. Bukan suka reply SMS aku pun. Tak romantik langsung.

Petang, pukul 5 aku call dia. Remind dia untuk ambik aku balik kerja. Dia tu pesen kalau dah buat kerja lain sure dia lupa kat aku. So, masa call tu aku sempat kata nak air barli. Nak air barli. Nak air BARLI!

Dengan harapan masa dia ambik tu, dia akan hulur satu bungkus air barli sambil senyum senyum.

Tapi...

Kamu semua memang dah boleh agak kan? Dasar lelaki tak romantik memang gitu. Dia tunggu aku depan ofis dengan rambut ketak ketak tak berikat sambil sengih sengih dan berkata :

"Panas la awakk...."

Hampeh kan?

PERCUBAAN PERTAMA GAGAL!

Wednesday 24 June 2009

marah hingga rasa mahu bunuh!

OK. SANGAT SANGAT MARAH NI!

Bukan dekat kamu la.

Aku baru pertama kali hendak perbaharui cukai jalan kereta, atas nama sendiri. Sebelum sebelum ni semua kereta atas nama adik-lelaki, Daddy atau pun kaum keluarga yang lain.

Dan tiba tiba, pihak yang menguruskan cukai jalan kereta aku itu call. Dan berita yang paling buat aku rasa nak marah petang ni, sampai tak sanggup nak tunggu esok ialah ;

"Cik, yu pun road tax ha, kita tadak boleh renew lor. Because ha, yu ada saman lor. Yu kasi setel itu saman dulu baru boleh kasi renew"

SAMAN?

Saman apakejadah pulak ni?

Dan bila aku cek secara atas talian, aku makin makin marah sebab aku jumpa ini :

Ciskkejjhjhdnvahshgavsbvbzxdasbanganga,.adsmahfdbfnvahfg afhgafabd!!!!!

SAMAN TU DAH SETEL LA!

Aku naik court dan lepas keluar dari court tu aku terus pergi kaunter dan bayar saman. Tahun 2006 tu!

Dan bila aku mintak advise dari miss-jiwa-kacau, dia suruh aku call mahkamah, mintak bukti pembayaran.

Aku call.

Dan, paling tak best bila perempuan suara slow yang melayan panggilan tu kata begini :

"Cik ada no kes tak?"

Tahun bila punya kes tu? Giler hebat la otak aku kalau aku masih ingat nombor kes!

"Alamakkk...tak ada ye? Susah sikit la macam tu sebab kita rekod by manual tau. Dalam buku je. Sekarang ni kena cek balik la satu satu"

GAggaggagsgsbvanfsvdavdjhasmdbajsfdkjanflajfahsfnasnflkhashnd,adasd

OK! Aku betu betul rasa nak marah!

Punya hebat teknologi sekarang, pakai buku je? Duit aku bayarr saman tu buat buat la pegi set up satu sistem yang canggih, yang senang nak search.

Road tax aku mati 26/06 ni. JUMAAT NI!

jkgsajkdkjafjhdfljgrjsdlkgfbsdlgh;lsblkjgjakghlk;n;gaghajMARAHNYAAAAA!!!!!

**Aku rasa nak gigit gigit lelaki-yang-ngorat-aku sebab aku tengah marah, dia banyak tanya pulak!!!hgakjasgdbafafladfbazxxzassd

*****EDIT : Ehhh, cuba korang tengok. Aku baru perasan. Dekat kolum diskaun amount tu tulis RM400. Pastu kat kolum Remarks tu tulis TIADA. Tu kira saman dah setel ke hape tu?

********Huuwaaaa...mati la aku kalau road tax takde. Jalan nak balik rumah selalu ada road block!

sahabat yang baik ialah sahabat yang selalu ada untuk kita. tidak kira susah atau senang


"Ja, kau katne?"


"Ja, call aku jap"


"Ja, urgent ni! Call aku jap"


"Jaaaa.........."


Aku tak kisah kalau sahabat sahabat aku tengah susah hati. Tengah cari seseorang untuk meluahkan hati dan perasan. Aku ada. Cerita la apa kau nak cerita darling. Jangan kau cerita sambil pukul tumbuk sepak aku sudah lah.


.


.


Tapi. Si perempuan-banyak-skandal ni tengah buat aku geram. Aku dah nasihat dari dulu dah. Yang pergi gatal sangat nak ada boyfriend banyak banyak tu apahal? Dasar tak puas dengan sorang betullah!


.


.


Ni bila dah tekanan, dah kantoi, dah pening tak tau nak buat apa...baru nak dengar cakap aku.


.


Kalau aku kata padan muka banyak banyak kali patut tak?


Tuesday 23 June 2009

petua meluruskan rambut


pandang luar tingkap sambil tangan kanan main main dengan rambut sendiri.


jalan jem.


radio kuat.


si pemandu merungut rungut.


dan tiba tiba..


"buat apa main main dengan rambut sendiri?"


huh? terkejut


"main main rambut orang lagi best la. cepat! main main rambut orang!" sambil tarik tangan kanan dan letak dekat rambut dia.


senyum je. malas nak layankan sangat. pegang pegang rambut si pemandu lebih kurang.


"mulai hari ini awak kena main main rambut orang. usap betul betul lah!" marah sebab main pintal pintal rambut dia.


"usap lembut lembut. hari hari kena buat tau. nanti rambut orang mesti lurus" sengih sengih


hah?


auto gelak.


"lurus? kahlkahkahkahkahkah....banyak la awak punya lurus! "



***rambut dia lagi panjang dari aku. tapi stail tak lurus la. aku bajet kalau dia biar lagi panjang tu, tak lama lagi nak sama pesen dengan rambut abang nas melodi tu. stail ketak ketak. kehehhehehehehe...ada hati nak rambut lurus la tu.khehekehehkekehekeh...


Monday 22 June 2009

dasar kelam kabut, cepat panik, cuai, gelabah dan yang semakna dengannya


aku pergi interview. hari sabtu. 10.45 pagi.


pukul 8, sudah ada orang call. wake up call. bangun cepat, nanti lambat, katanya.


aku golek golek dulu atas tilam lepas tu baru bangun.


mandi mandi. cuci rambut. keluar bilik air dah dekat pukul 9.


tengok handphone ada 2 misscall. ada 1 message.


budak stesen-kerang yang sms. sms marah marah. tanya kenapa aku lambat. padahal aku dah set baik punya dengan budak lain. aku tak nak masuk kerja, budak tu akan ganti. ini lah masalahnya kalau pekerja sambilan yang kalau tak datang kerja ibarat stesen-kerang tu tak mampu nak beroperasi. bosan!


balas lebih kurang dan terus buat tak tau. aku partime je. kalau tak datang pun sepatutnya takde masalah.


masa dah rugi 15 minit kat situ. baju tak gosok lagi. sijil sijil tak susun lagi. rambut tak kering lagi. haiishh...~


dekat 10.10 pagi baru keluar dari rumah. nasib baik jalan dah hafal, kalau tidak lagi kelam kabut.


sampai tempat interview pukul 10.30pagi.


pintu ofis tu kunci. kena main tekan tekan loceng dulu. ada suara orang je. cakap nak interview, dan dia kata ok.


masa tengah tunggu tu, tunduk bawah. baru perasan, tak tukar kasut! pakai selipar je. aduhhhh...


nak pergi kereta tukar kasut ke tak?


nak tukar ke tak?


nak tukar ke tak?


nak tukar ke tak?



tukar la!


baru dua langkah nak pergi kat kereta, pintu ofis dah terbukak.


aiseymennn....



***masa nak naik tangga, amoi yang bukak pintu ofis tu tengok kaki aku. ciskek sungguh. kantoi aku pakai selipar pink!


Friday 19 June 2009

siapalah yang sabotaj aku ni


Aku cek email. Skali ada email dari jobsmalaysia. Ada jawatan yang dipadankan untuk aku.


Memula tu nak buat tak kisah je sebab biasanya aku tak berkenan dengan jawatan yang diorang padankan. Tapi sebab dah lama tak log in akaun aku kat situ, aku bukak la.


Pastu aku cek la bakul masuk aku. Cek status permohonan.


Pastu aku gila terkejut sebab...


.


.


GILA! Bila masa aku apply kerja operator pengeluaran ni?


Aku klik nama kampeni.


Kampeni tu kat BUKIT BERUNTUNG, RAWANG!


Sekarang aku nak call kakak kakak dengan adik adik aku. Sapa la yang tau paswed jobsmalaysia aku nih. Haiiisshh~


Ehh...jap jap. Woi La! Aku ada bagi paswed aku ni kat ko ke? Bukan ko yang sabotaj aku kan? Kalo ko la La, memang nak kena sekeh la. Ko tu bukan betul. Serik dah aku ko apply-kan jawatan mengarut untuk aku kat SPA dulu! Cis!


**Ni kalau kilang tu call aku panggil interbiu camne nih?


***Kalau dia offer keja 9am - 5pm + sabtu ahad cuti + gaji 3k sebulan, aku nak! Ekkekekekek


Thursday 18 June 2009

ntah apa perangai la depa ni


Apesal ha?


Kalau ada motor banyak banyak berhenti tepi jalan mesti semua orang slow, nak tengok tengok.


Camtu gak kalau ada kereta berhenti tepi jalan.


Eksiden jangan citer la. Boleh buat jalan jem.


Tengok sekali lalu je dah la. Ini yang pergi betul betul slow lembap macam siput tu apesal? Kecoh betul la.



**Pagi tadi, nyaris nyaris aku tersondol Myvi putih depan aku. Dia brek betul betul punya brek. Stail nak berhenti sebab kat sebelah kiri jalan ada 7 - 8 motor parking macam ada something. Eksiden ke rosak ke aku tak tau la. Sampai berasap tayar si tengkorak tu. MAngkok betul!


***Opss...si tengkorak tu dah takde lambang tengkorak. Adik-lelaki tukar bonet jadi kaler hitam. Tapi bunyi makin bising. Ekzos stail nak pergi perang.


Wednesday 17 June 2009

kalau anda comel baik hati sopan bertatasusila, sila amalkan ini


TOLONG LAH....


Kalau kamu kena singgah ke mana mana stesen minyak, sila LIHAT NOMBOR PAM.


Sila beritahu juruwang NOMBOR PAM dan BERAPA JUMLAH yang kamu hendak isi.


Apa kamu ingat staf stesen tu tahu kamu berhenti dekat pam berapa? Kamu ingat dia tahu kalau kamu hulur RM100 tu sebenarnya kamu hendak isi RM2 je? Kamu ingat staf dekat stesen tu takde pelajaran? Kamu ingat tahap SPM je ke? Kamu ingat kamu bawak kereta, nak isi minyak, si staf stesen tu tak bawak kereta jugak? Kamu ingat dia ahli nujum ke? Kamu tak cakap dia dah tahu. Tolonglah jangan berlagak bodoh sombong.




Ai paling suka kalau ada pembeli minyak berkata begini dengan jelas :


"DIK, PAM (nombor pam) LIMA PULUH YE"


Kalau tak sebut dik tu pun takpe.


Apa yang penting?


.


.


Bukan kerjasama la!


.


Yang penting NOMBOR PAM!


Tuesday 16 June 2009

diBuLi!


"Ini telur. Ini ayam, hotdog, nugget. Bawah tu megi, sardin, beras, minyak masak, makanan dalam tin" Sambil menuding itu dan ini.




Angguk angguk kepala tanda faham.




"Tu periuk, kuali, sudip"



Angguk angguk lagi.



"HA! Apalagi? Cepat la masak!" Sambil melangkah ke ruang tamu.



Tak sampai 1 minit, ruang tamu dah bising. Main game!


Aku?



Keletang keletung sorang sorang kat dapur.



Kurang asam sungguh! Padahal aku baru balik kerja pukul 11 malam. Diorang pukul 6 petang dah balik kerja, melepak kat kedai makan.







**"TAK ADIL!!" jerit dalam hati je. Sebab nanti ada orang kata derhaka.



Saturday 13 June 2009

rupa rupanya seronok jugak ye?


Kereta pertama yang aku pandu sah sah la kereta kancil sekolah memandu. Dan sah sah la ia manual.


Kereta kedua pulak, kereta lama Daddy. Manual jugak. Nissan Sunny kaler biru yang sampai sekarang aku sayang. Daddy kata nak jual pun aku tak bagi. Itu la kereta yang aku mula mula bawak masa lepas dapat lesen. Kereta tu jugak la yang aku guna masa pergi interview. Kereta tu jugak la yang buat hal kat tepi highway sampai ada pakcik teksi gatal offer nak hantar aku balik. Kereta tu jugak la yang aku guna ulang alik pergi kerja. Kereta tu jugak la yang aku accident sampai masuk longkang. Gile banyak memori sampai tak sampai hati nak jual. Sampai kalau apa apa hal yang berkaitan dengan kereta tu, Bonda dengan Daddy mesti tanya aku dulu. Dan sekarang kereta tu dalam proses pembaikan. Dan Daddy suruh aku pilih, warna apa nak spray.


Kereta kedua ialah Honda. Honda Jerung kata adik-lelaki. Manual gak. Yang ini asalnya kereta adik-lelaki. Kitorang gilir gilir pakai. Sampai la satu part tu adik-lelaki ambik terus. Dan aku merempit ke tempat keja. Kereta ni tak lama sangat aku pakai. Sebab malas nak hantar dekat kem. Dan malas nak pergi ambik jugak. Dan tiba tiba satu hari tu adik-lelaki call.


"Zura, aku tukar Honda tu. Nanti kalau Alip (besfren dia) hantar kat ko Satria ko ambik kereta tu. Ambik je. Tengok nombor plat dengan road tax. Kalau ok, ambik je"



Heh? Gile senang diorang ni tukar kereta kan? Sabar je lah.


Dan start itu la aku kemana mana dengan si Tengkorak tu. Manual lagi. Bising lak tu. Pantang ada road block, memanjang asyik kena tahan je. Tapi si Tengkorak tu memang best. Suka sangat bawak Tengkorak tu laju laju sampai setiap kali balik Rawang mesti Bonda sound jangan bawak kereta laju laju. Tiba tiba rindu pulak dekat Tengkorak. Haiih~


Dari mula memang aku tak berapa suka kereta auto. Mengantuk je. Aku rela lenguh kaki masa jalan jem dari mengantuk bawak auto. Aku dengan kereta auto memang tak boleh masuk. Sekali sekala kalau bawak Kenari auto Miss-Jiwa-Kacau, mesti aku kena gelak. Yelah, kaki kiri asyik nak pijak pijak clutch je. Tangan pun asyik nak pegang gear je. Pastu bawak stail tersengguk sengguk sebab tak pandai nak kontrol minyak dengan brek. Brek pun mesti stail mengejut mengejut je. Ahahhahahha....


Pastu suka je kutuk Miss-Jiwa-Kacau. Yelah, dia tu mana pandai sangat bawak kereta manual. Nak nak part trafik lite dekat atas bukit. Memang gelabah la dia. Sampai ada satu hari tu, dia sanngup pusing jauh semata mata nak elak trafik lite atas bukit. Sabar je lah. Dah banyak kali ajar pun masih tak konfiden.


Sekarang, setelah si Tengkorak kembali ke pangkuan adik-lelaki, aku terpaksa bersama Incek Wira pulak. Dahla warna putih, warna yang paling aku tak berkenan kalau nak beli kereta sebab aku sangat tidak ada masa untuk membasuh selalu. Auto pulak tu. Dan orang pertama yang gelakkan aku dan tepuk tepuk bahu aku adalah Miss-Jiwa-Kacau. Perli la tu. Nasib baik besfren, kalau tak memang aku nak tepuk tepuk je dahi dia.


Dah lebih sebulan aku dengan Incek-Wira ni, aku rasa seronok pulak. Best jugak bawak auto kan? Nak pergi KL? Jalan jem? Dah tak heran dah. Hahhahahah...



**Hari ni Incek-Wira sangat sangat kotor. Badan putih dia tu dah ada dot dot hitam. Gile takde masa nak bawak pergi mandi buih. Kesian dia...


Friday 12 June 2009

Iya ke?


Dia memandu.


Aku disebelah.


"Jadi awak ni Pak Usu la ye?"


"Ha'ah" Sambil senyum comel.


Bulu mata melentik. Rasa nak gigit gigit je.


"Saya Achik"


"Achik? Eh...Achik memang selalu kahwin lambat tau!"


"Hah!? Awak jangan la kata macamtu"


"Iye......~"


"Kalau Achik nak kahwin dengan Pak Usu, lambat jugak ke?" Sambil kelip kelip mata, buat muka comel.



"Emm...Entahla..." Angkat bahu sambil senyum comel jugak.


***Iya ke Achik selalu kahwin lambat? Hhhmmmm...~

Thursday 11 June 2009

kali pertama saya tahu ada lelaki sukakan saya...


Saya berbaju kurung putih berbunga oren. Bertudung, ikat di depan. Saya bersimpuh berhampiran dinding, bersebelahan meja.


Sedang menunggu adik lelaki menghabiskan bacaannya.


Saya duduk sendiri sambil memerhati.


Di hadapan saya ada dua tiga orang lagi yang sedang membaca.


Oleh kerana saya duduk sambil memerhatikan dua tiga orang yang sedang membaca itu, saya fikir dua orang lelaki yang sedang berbual di sebelah meja sana tidak perasan saya mendengar perbualan mereka. Kami hanya dipisahkan dengan sebuah meja. Mana mungkin saya tidak dengar bukan?


Tapi saya pura² kusyuk melihat dua tiga orang yang sedang membaca di hadapan.


"Banyak² budak perempuan dekat sini kau suka siapa ye" Si Rambut Kerinting


Tiba² ustaz bersuara. Dan saya hilang fokus. Jadi apa jawapan bagi soalan itu saya tidak dengar.


Yang saya dengar selepas itu..


"Gila kau! Dia darjah lima lah!" Si Rambut Kerinting.


"Tapi aku suka dia jugak" Si Rambut Lurus


"Dia lagi tua la. Dia macam kakak!" Si Rambut Kerinting.


"Tapi aku suka jugak la. Dah kau tanya, aku jawablah!" Si Rambut Lurus


Saya pura² menoleh. Mereka berdua terus diam.


Pulang hari itu, seperti biasa Si Rambut Lurus akan melambai² sambil tersenyum.


Oh ye, Si Rambut Lurus dan Si Rambut Kerinting itu masing² berumur 9 tahun. Ya, mereka darjah tiga!


.


Dan di situ, di tempat saya mengaji itu, hanya saya seorang darjah lima. Hanya saya seorang yang berumur 11 tahun. Hanya saya.



Soalan pada hari ini : Cuba teka siapa saya?