wajib klik!

Friday 31 May 2013

Cry :`(


On the way to office this morning. Singgah sekejap dekat Petronas sebab nak withdraw duit. Then continue drive. Partner kat sebelah. Seat rendah, peluk bantal. Tidur atau pura-pura tidur, I don’t know. Tapi I rasa dia pura-pura tidur tu. Dia memang selalu macam tu. Unless dia betul-betul penat. Semalam dia balik agak lewat. Tapi agak awal jugak sebab dia pergi kerja after Maghrib, pukul 11.30 dah balik.


So, keluar dari simpang Petronas, I nampak one guy di tengah-tengah pembahagi jalan. Tapi bukan tu yang I heran. Dekat kaki lelaki tu, ada 2 ekor binatang. Sebab agak jauh, I tak sure anjing or kucing. Tapi bila semakin dekat, baru perasan, ohh..anak anjing. Warna hitam. Sedang riang melompat-lompat dekat kaki lelaki tu. Then suddenly lelaki tu lari, melintas jalan. And guess what? Anak anjing tu pun lari ikut lelaki tu. TAPI..anak anjing yang pertama kena langgar. Melambung, terheret dan digilis dua buah kereta. Paling I perasan Kelisa warna kelabu. Oh Tuhan, kenapa pagi-pagi Jumaat ni I kena lihat semua ni. Yang kedua, yang agak lambat lari cepat-cepat patah balik naik atas pembahagi jalan.


Being me yang sangat sensitif, I nangis. Tak boleh tahan. Sebab I nampak anak anjing tu main-main. Tak lama lepas tu, I nampak jugak dia melambung digilis kereta. Sedihnya hati. Partner I terus bangun. Dia pun nampak anak anjing tu digilis kereta. Dan dia kata, dah nasib anjing tu, nak buat macam-mana. Kesiannya yang tinggal lagi seekor tu. Mesti dia sedih. Ohh... siapalah yang buang anak anjing dekat tepi jalan tu. Tapi partner kata maybe anjing liar. Dia beranak atas pembahagi jalan tu. Sebab pembahagi jalan tu agak lebar. Walaupun I tak suka anjing, takut dengan anjing, tapi I sedih tengok semua ni.


Terus rasa sedih sampailah kat ofis. Terus teringat May dekat rumah. I sayang May walaupun habis muka I dipijaknya, kaki I digigitnya, rambut I ditariknya, I tetap sayang dia. 


May kesayangan yang nakal - suka koyak tisu dan suratkhabar.

Thursday 23 May 2013

First check-up

Before ni I plan dalam hati nak check-up dekat klinik kesihatan saja. Area rumah I ada satu klinik desa. So, I called klinik desa ni, nak tahu hari apa ada untuk check-up ibu mengandung. Nurse (maybe) yang jawab called I tu kata check-up pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Dan dia tanya I dah berapa minggu. Masa tu I baru 9 minggu. Dan kata nurse, kalau nak datang next week (10 minggu) pun boleh. Tapi lagi bagus kalau datang masa 12 week. TAPI sila la pergi scan di klinik swasta dan bawa gambar scan perut tu sekali. Sebab klinik desa kan, so tak ada mesin scan.


So, dari sehari-ke sehari I beritahu pada partner I nak pergi klinik. Nak scan. Tapi entah kenapa asyik malas saja. Jadi, Ahad lepas, I paksa diri untuk keluar ke klinik. Itupun dah lewat. Pukul 3.30 petang baru terhegeh-hegeh nak keluar rumah. Partner tanya I nak ke mana? I ada dua klinik pilihan. Pertama, area rumah. Klinik pakar wanita dan bersalin. Dan kedua ke Klinik Umra (ke Hospital Umra?). Oleh sebab nak dekat dengan rumah, partner ke klinik yang pertama. Masuk saja dalam klinik, di kaunter ada dua orang kakak (ala-ala makcik) sedang duduk sambil layan cerita hindustan. Dalam area kaunter tu ada TV. Dua-dua pandang I dan buat macam tak tahu saja. Jadi I kata nak jumpa doktor. Yang paling hampir dengan cermin kaunter jawab dengan nada malas : pukul 5 nanti baru doktor ada. Jadi keluarlah kami dari klinik tu. Keluar saja dari pintu, Partner kata klinik tak bagus. Staff layan customer pun macam nak tak nak saja. Tak payah lah pergi sini lagi. Baiklah. I dah lapar, jadi kami pusing cari kedai makan dulu.


Lepas makan, kami ke Umra pulak. Masuk, klinik, tanya-tanya sikit, daftar, dan kemudian tunggu nama dipanngil. Bila first nama dipanggil, pergi timbang berat dan ambil BP. Berat I 59kg sekarang ni. Terkejutnya. Ingatkan dah naik sampai berpuluh-puluh kilo. Dah gemok la katakan. Bila I beritahu pada partner pun dia terkejut. Betul ke 59kg? Dah tu kenapa gemok? Cisss...kurang asam sungguh!


Tunggu sekejap dan kemudian nama I dipanggil. I cuit partner. Tapi sebab dia leka main game, dia tak perasan. I jalan laju-laju masuk bilik doktor. Sambil-sambil tu toleh pada partner. Tapi dia leka sangat. Nasiblah. Jadi I masuk sorang. Doktor perempuan, melayu. I dalam hati memang nak sangat doktor perempuan. Sebab, yelah, nak scan kan. Segan nak tayang perut. Lagipun baby masih kecik. Bukan kat perut. Still kat bawah lagi. Nasib baik.


Macam biasa, doktor tanya last period bila. Bila I jawab doktor tanya umur pula. Lepas tu ini anak ke berapa? Ada pernah gugur tak sebelum ni? Lepas tu doktor bagi due date. Sama date dengan doktor pertama yang I jumpa dekat klinik biasa dulu. Kemudian, barulah scan.


Baby masih kecil lagi. Tapi dah nampak bentuk sikit. Scan pun tak lama sebab, tak ada apa yang I nak tanya. Doktor Cuma bagitahu jantung dan size saja. Dan ikut scan masa tu, baby dah 11 weeks. Tapi kalau ikut last period, baby baru 10weeks +  Tapi doktor kata, still okay. So, doktor set appointment 2 minggu akan datang sebab nak confirmkan due date.


Keluar dari bilik, I terus pergi dekat partner dan terus bagi dia gambar scan baby. Anak awak, dan I terus gerak pergi dekat kaunter.


Partner kata dia perasan I cuit dia, tapi dia ingatkan bukan nak masuk bilik doktor. Ingatkan nak pergi timbang berat lagi. Alahaaaaiii...berapa kali nak timbang berat kan? Takpe, padan muka dia tak dapat tengok baby. Next time lah dia tengok.


Oh ya, I teringin nak check up dekat KK sebab teringin nak ada buku pink. Macam best je kalau ada buku pink sebab buku pink tu kita sendiri yang simpan kan. Kalau check up dekat klinik swasta, suma check up tentang kita akan disimpan dekat klinik. Tapi rasanya sekarang macam dah tak ada mood nak pergi KK. Takkan setiap bulan nak check up je kena ambil cuti / MC. Tak best la kan. Tapi takpelah. Ada banyak masa lagi untuk fikir. 


Wednesday 15 May 2013

Air

Salam…


Dua tiga minggu ni, selera makan makin jauh. Makan pun sebab terpaksa. Sedihnya rasa hati sebab kadang-kadang bila tengok orang lain makan macam sedap, tapi sendiri nak makan rasa tak lalu tekak.


Dua minggu lepas, partner i pasangkan air-cond dekat rumah makcik dia. Makcik tanya berapa upah dan partner I kata ikut suka saja nak bagi berapa. Tapi makcik tak tahu nak bagi berapa. Akhirnya partner kata, belanja makan sajalah. Habis cerita. Malam tu kami ke Murni. Partner yang request nak ke Murni.


Hari tu i tak makan tengahari. Minum pagi dan minum petang saja. Kesian baby. Sorry ye baby.. Malam tu terasa nak makan spagetti. Jadi masa di Murni, i order spagetti bolognese. Tapi malangnya bila order sampai, baru sesuap, i rasa nak nak keluarkan balik. Tak kena dengan tekak. Tak sedap. Makcik yang baik hati, tukarkan menu dia dengan I. Makcik order Mee Raja masa tu. I pernah makan Mee Raja sebelum ni, jadi okay saja. Malangnya, Mee raja tu pun tak kena dengan tekak. Rasa perasa tambahan dia sangat kuat. Kesiankan I, makcik suruh I order benda lain. Partner I dah jegil mata. Dia kata I membazir saja. Yelah, kesian dekat makcik. Dahlah makcik yang belanja. Takkan nak order macam-macam tapi tak makan kan?


Sedihnya rasa. Tapi masa tu I terbau roti nan. Macam sedap. Dan akhirnya I order juga roti nan. Bila sampai, baru masuk sesuap, dah rasa tekak tak sedap. Alahaiiiiii, susahlah macam ni. Tapi sebab I tak mahu susahkan hati sesiapa, I paksa telan juga. Kunyah, telan, minum air. Kunyah, telan, minum air. Itu saja yang I mampu. Kalau tak, mahu terkeluar balik roti nan tu. TAPI...kalau pasal air, i memang tak ada masalah. Letaklah air apa saja pun. No preblem. Even orang kata JANGAN minum kopi, kopi lah yang I  teringin sangat nak minum. Dah lama bertahan, hari tu ada sekali I TERminum juga. Sorry baby. Kadang-kadang I rasa tak dapat makan pun tak apa, janji ada air sedap. Chatime yang I cuba kurangkan minum dulu pun I dah start teringin. Nasib baik kat area rumah ada Cool Station, sepupu sepapat la dengan Chatime + Cool Blog. Tapi I cuba elakkan ambil yang berkafien. Not good for baby kan? Takpelah, bukan selamanya pun tak boleh minum.  Sampai hujung tahun je nanti. 


Monday 6 May 2013

Hari semalam

Salam…


Jadi, macam mana semua orang semalam? Ada banyak pendapat dan telahan mahupun ketidakpuasan hati tentang semalam kan? I malas nak beratkan fikiran. Baca dan ambil tahu begitu saja. Sebab kalau I cakap banyak pun, tetap tak akan mengubah apa-apa. Yang I tahu, I dah jalankan tanggungjawab. Semalam adalah pertama kalinya dalam hidup I pergi mengundi. Umur dah hampir 30-an baru sibuk nak mengundi kan? Haha... Tak apalah. Anggaplah masa muda remaja dulu I lebih sibuk bergembira.


So, semalam I mengundi di Rawang. Bangun awal pagi, bersiap dan terus drive seorang diri ke Rawang. Partner tak join. Dia mengundi dalam mimpi saja. Hehe.. Jadi, I terus ke rumah parents. Berkunci. Jam baru pukul 8 pagi. I anggap parents I mesti sangat-sangat excited nak mengundi, jadi mereka keluar awal. I call kakak sulong. Nasib baik rumah mak dan kakak tak jauh. Dan kakak kata mak dan adik perempuan dah gerak ke Padang Jawa. Mak mengundi di sana. Adik perempuan temankan. Ayah, dah gerak ke pusat mengundi. Ayah bertugas, bantu kawan. Baiklah... I ketinggalan. Nasib baik kakak baru nak bersiap. Jadi ada teman I nak beratur nanti.


Tapi biasalah kalau dah ada family kan. Kakak kena siapkan sarapan keluarga dulu. I pun tumpang makan sekali. Ambil tenaga untuk beratur. Hampir jam 9 baru kami gerak ke pusat mengundi. Tak jauh dari rumah. Dalam 10 minit berjalan kaki. Tapi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, panas dan bahang memang buat I cepat penat. Abang ipar hantar kami separuh jalan. Jalan dah mula sesak. Jadi, kami sambung jalan kaki hingga ke pusat mengundi. Bila hampir sampai, mak aihhhhh...panjangnya barisan. Nak tak nak kena beratur juga. Panas menbahang. Peluh I dah mula menaglir. Rasa ralat pula sebab tak bawa payung. Tak apalah. Pengalaman pertama ni.


I tak pasti berapa lama kami beratur. Mungkin hampir setengah jam juga untuk mendapatkan slip saluran ke berapa kami mengundi. I dapat saluran 5 dan kakak saluran 4. Kawan-kawan ramai kata since I mengandung, I boleh minta saluran khas. Tapi tak apalah, bukan selalu pun beratur macam ni kan. Lagipun I malas nak bersoal jawab. Perut masih kecil. Nanti orang kata mengelat pulak. TAPI nasib I baik sebab saluran 5 tak ramai orang. Depan I ada 4 orang saja dan urusan I mengundi siap dalam masa 5 minit. Keluar dari bilik saluran 5, I nampak kakak masih beratur di saluran 4. I  kata, mahu jalan balik dulu. Panas sangat-sangat. Tak tahan. Jadi, I jalan kaki balik ke rumah kakak. Singgah sekejap beli air. Oh ya, ramai penjaja ambil kesempatan berniaga tak jauh dari kawasan mengundi. Bagus. Pandai cari rezeki. Semalam sangat panas. Jadi, gerai air memang sangat laris.


Balik rumah kakak, baring-baring dan kemudian terlelap. Terjaga bila kakak kejutkan untuk makan tengahari.  


So, itulah hari ini dalam sejarah hidup I. Balik rumah, dan lepak depan TV bersama partner sampai ke malam. Tapi hari ni I kena kerja. Haihlahh... T__T