wajib klik!

Wednesday 23 November 2011

60kg

I memang sangat marah ni. Jarum penimbang dah cecah 60kg. sangat melampaulah jajazuzu ni. Apa dia ingat dia tinggi sangat ke so 60kg tu still nampak kurus? Hishh…dah lah rendang, berat max sepatutnya 52kg tapi masih tak sedar diri asyik makan makan makan makan makan je. Then sabtu lepas masa ada Fabulous Food 1Malaysia kat PWTC, dia sibuk gak pergi. Bila ada booth yang bagi free sample laju je pergi ambik dan makan makan makan makan makan. Siap kena tolak dengan ah so masa dekat booth Jasmine sebab Jaafar Onn bagi sample nasi beriani pun masih tak sedar diri lagi. Sampai semua orang cakap mak aih kak jaja makan semua food sample? Tak pening ke? Lepas tu ketawa happy sebab makan banyak sangat.


*geleng kepala*


Takpe. Sebab dah beli DVD Player murah RM29.00, marilah kita beli DVD aerobic pulak.


1 2 3 4 5 6 7 8 !


8 lagi!


1 2 3 4 5 6 7 8 !

Wednesday 16 November 2011

Kawan Lelaki II

Setelah tamat kisah I dengan kawan lelaki I yang penuh drama tu, I sekarang terpaksa menghadapi perangai kawan lelaki yang lagi satu. Sama juga dengan kawan lelaki yang sebelum ni, kawan lelaki yang I nak cerita ni ialah kawan lelaki dari sekolah juga. Tapi bukan sekelas lah. Tapi agak baik.



Dia ni dah kahwin. Sekarang punya status : Pernah berkahwin. Baru-baru ni dia tiba-tiba saja text I dan bagitahu yang dia sudah bujang kembali. Dan sedang sedih. I pula sebagai kawan hanya balas text dia tu dengan ayat Oh ye ke ? Aku tak tau weih. Reply biasa-biasa saja standard kawan kepada kawan. Tak semena-mena dia text i ini pula :




Aku sebenarnya memang dah ada hati kat ko. Dari sebelum aku couple dgn *** dulu. Ko ingat tak aku selalu ajak ko keluar berdua dulu. Aku selalu ingat kenangan kita dulu. Jom la kita couple. Kalau jadi aku nak masuk meminang ko bulan 12 nanti.





Entah sejak bilalah dia ada hati perasaan kat I. Tiba-tiba dah pegang status duda ni nak mengurat I pula. I tak feel la dengan kawan-kawan sekolah I. Lainlah kalau dari sekolah I memang dah syok dekat dia. itu lain cerita lah kan. tapi ini memang KAWAN. I tak pernah nak syok dekat dia.


Walaupun I geram sebab dia suka-suka hati je nak ajak I kahwin macamlah I ni tak ada siapa yang berkenan, tapi I mesti cool. Jadi, sehabis baik I reply dia


Aku mahal la weh. Sebab tu sampai sekarang tak ada siapa yang mampu nak pinang. Hey, rileks la.. Aku dah ada bf. Kesian kat dia. Kesian jugak dengan orang lain yang tunggu aku. Maybe lepas ni ko akan jumpa orang lain yang lebih baik. Take care.


Sehabis baik ke tu? Yang penting I nak dia tahu yang I tak terdesak sangat nak berlaki. Dan dia, tak bolehlah suka-suka hati nak ajak KAWAN sekolah yang baik dengan dia kahwin. Tiba-tiba lak nak mengaku dah lama ada hati. Dulu taknak lak mengaku. Kan dah melepas.


Dia pulak, reply I dengan agak baik juga.


Ingatkan takde bf. Melepaslah aku. Takpela Ja, nak buat macam mana…


So, I memang anggap dia sedar diri dia ditahap mana dalam hidup i. Ceh, ayat macam poyo bagus je kan. Jadi, I harap dia sedar yang I dan dia ni hanya kawan dan I dah ada partner yang walaupun tak romantik, tapi tak kedekut tu.



Tu cerita sebulan lepas. Dia senyap saja dan itu bagus untuk i. malas I nak layan orang-orang frust macam dia. Ayat nak menggatal saja.



Tapi baru sat ni dia call I. Sebagai manusia yang baik hati terhadap kawan, I pick up saja lah call dia. Mana tahu kot nak bagi kad jemputan baru ke.



Tapi bila I say Hello saja, dia dah jerit HAI SAYANG dekat I. Nak balas apa? Sayang jugak ke? Nak mati? Itu memberi harapan palsu. I gelak pelik saja. Sumpah I rasa pelik. Gelak Heheheh saja. Tak excited. Sebab gaya dia kata Hi sayang tu dah macam semacam. Then dia tanya i balik kerja pukul berapa, kerja dekat mana sekarang ni…bla..bla..bla…lah.



I jawab I kerja kat Subang ni ha, balik pun tak sure lagi pukul berapa sebab I dah syak dia macam ada niat tersembunyi. Syak I betul sebab dia cakap nanti pukul 6 dia nak datang area ofis I sebab dia habis kerja pukul 3 petang.



Oh my…. Memang tak lah I nak jumpa dia kan. tapi takkan lah I nak kata tak begitu saja. I haruslah bagi ayat mengelak yang bagus dan penuh alasan. I tanya dulu kenapa dia nak datang sini dan nak jumpa i? Dan dia jawab dengan ayat yang I rasa menjengkelkan.



“Aku dah duda sekarang. Aku bebas nak pergi mana saja yang aku suka”

Dan



“Kenapa? tak boleh ke aku nak jumpa kau?”


Eh….tak ada angin, tak ada rebut, tak buat appointment 2 hari sebelum nak bising-bising pulak. Ingat I ni apa?



Bila I mula merepek dan nak bagi alasan…..



Tut..tuttt…..



Bateri handphone I habis.


Good. Tak payah susah-susah nak bagi alasan dekat orang yang menjengkelkan. Heh!

Tuesday 15 November 2011

Monday 14 November 2011

Bengang

Semalam I teman my partner pergi kenduri dan dia tinggalkan I di meja makan yang penuh dengan kawan lelaki dia sebab dia ingat I dengar dia kata JOM BALIK masa dia bangun ambil air sirap, minum seteguk dan letak cawan tepi I sambil mata kat tempat lain sedangkan tak jauh dari belakang I adalah meja DJ yang sedang sibuk bercakap tanpa henti sebab apalah kenduri kahwin kalau senyap sunyi tanpa suara DJ yang meriah dan peramah kan dan nasib baik kawan partner I yang tumpang kereta kami toleh tengok I terkulat-kulat dekat meja penuh lelaki dan cepat-cepat panggil partner I yang tengah kejar apa ntah jalan laju sangat sampai lupa yang dia bawak sorang perempuan berbaju pink yang tengah sakit gigi tapi takde choice kena jugak makan ayam masak merah separa keras sebab dah lapar lalu si perempuan terus buat muka bangun tak toleh belakang sebab malu dengan kawan-kawan lelaki yang lain dan jalan laju bila sampai dekat dengan si lelaki terus jerit SHAHIR BENGONG.




Puas hati walaupun jerit tak keluar suara.

Friday 11 November 2011

Dear Lyn,

Sampai hati u sanggup tinggalkan i. Siapa yang nak bertanggungjawab terhadap I? U dah buat I begini, dan sekarang u nak tinggalkan i? Apa yang ada dalam kepala otak u tu? Sampai hati u kan….tsskkk




Dulu u janji akan sama-sama miskin dengan I kat company ni. Company ni bayar kita ciput saja, tapi kita selalu happy gossip pasal orang lain. Lepas ni siapa yang nak bergosip dengan i? Takde siapa yang kenal Kakak Vouge, Kakak Open, Abang J, Abang G, Kak Ngah I, Ex-Kak Long I, Kakak Besar I, Kakak Rabbit U, Si Sap Kok, Abang Cengkih…… Lepas ni kalau I ada nama gelaran baru, dengan siapa I nak share? Sampai hati u Lyn. Eh, I dengar gossip kan, si Akak Vogue tu dah kahwin banyak kali tau. I mean hubby dia sekarang bukan first marriage dia. Tengok, even dia agak curvy pun, dia laku tau. U patut dress up macam dia. Lupakan diet dan pil kurus. Kahkah… Ops…I tergossip pulak. Ni gossip I copy paste saja. Bos rambut pacak I yang cerita. Boleh tahan gossip gak dia tu.



I dah takde geng lunch bawak bekal dah lepas ni. Siapa lagi yang nak share moment kemiskinan dengan I lepas ni? Iskk… Lepas ni I dah tak dapat baca Metro Harian percuma dah. Sampai hati u Lyn. U tahu I kan tak mampu nak beli surat khabar hari-hari. Masa u decide nak say bye-bye dekat I dan company, u tak fikir ke semua ni? Mestilah tak kan. U kan tengah nampak RM$$$$$ dekat Mesin tu. Sedih I tau.



Siapa yang nak puji I atlet lagi lepas ni sebab I naik tangga 5 tingkat dekat ofis? Siapa yang nak puji I dah kurus lepas I belasah makan kek-pizza-aiskrim-mee kari lagi lepas ni? Siapa yang nak promote produk kurus terbaru dekat I lagi lepas ni? Siapa yang nak bagi i betik free lagi lepas ni ?



*hembus hingus*



Lyn, I harap u dah hapuskan semua email-email gossip kita berdua. I tak mahu nanti u dah blah, kalau kantoi I sorang saja yang kena. Ini tak adil. Ada banyak benda lagi I nak ceritakan. Tapi I takde mood lah. Hey, boss I cuti, jadi I harus kerja sambil bergembira!



*buang tisu*



Jadi Lyn, I harap u takkan lupa janji-janji manis u untuk belanja I Tony Roma’s 3 bulan berturut-turut. I menghitung hari ni, bila lah u nak dapat gaji engineer tu. Bagitahu saja bila, I akan sepantas kilat datang bersama perut yang lapar. I sanggup lupakan diet I semata-mata untuk makan bersama dengan u Lyn. Jadi jangan hampakan I tau.



Oh Lyn, hadiah untuk u tu, I dapat bad experience dengan kakak sales assistant tau. Tapi demi u, I harungkan jua. Nanti di lain masa lah I cerita tentang tu. Hadiah comel I tu khas untuk ganti bekas syiling recycle u. Simpan elok-elok dalam drawer meja engineer u nanti. Selamat menabung ye. Hasil tabungan u tu nanti, belanja lah i sepasang dua baju dari thepoplook. I dahulukan dengan ucapan terima kasih.



Tapi kan Lyn, u sure u tak tipu resume macam anak chef terkenal tu kan? Tak kan? Kalau tak, maknanye I pun ada can la nak jadi engineer. Jangan lupa tau. Bye Lyn, I tak mau lah bagi ucapan kenang daku dalam doamu ke, ku harap persahabatan kita kekal abadi ke, simpanlah memori indah kita bersama ke….itu semua bukan I Lyn. Kalau u harapkan ucapan tu, I minta maaf. Tapi, I adalah kaunselor wannabe. So, if u terjumpa resume perempuan lain dalam pendrive boyfriend u, I selalu je ada untuk bagi u tips berkhasiat. Eh, silap pulak...tips bermanfaat.



Bye Lyn.

Thursday 10 November 2011

PROTON

Power window
Rosak
Oh
Tidak!
Oh
No!





I yang bersemangat datang awal ke ofis terpaksa tunggu miss engineer wannabe sebab TINGKAP KERETA ROSAK WEIH TAK BOLEH NAIK!



Dem!



Terpaksa tunggu customer engineer tu datang dulu sebab takkanlah nak tinggalkan kereta kat parking dengan tingkap terbukak luas macam tu je kan. I suruh Lyn LunaMaya tu park kereta dia dekat-dekat dan rapat-rapat dengan kereta i. Walaupun kat area parking tempat kerja I ni ada guard, I tetap susah hati jugak. LUAS WEIH I BUKAK TINGKAP TU. time weekday macam ni lah dia nak buat hal. Kalau weekend tu takpe gak. Sah-sah la I boleh hantar pergi repair ke, I yang repair sendiri ke. Eceh, macam pandai kan. Enjin kereta tak nak hidup sebab gear dekat D pun dah gelabah.



Nasib baik i ada partner yang lebih sayangkan kereta dari i. Dari Puchong sanggup dia patah balik semata-mata nak ambil kereta. Sepantas kilat pulak tu. giler sanggup kan. Cuba kalau I suruh dia hantar pergi kerja time pagi-pagi jalan jem ni. Memang mimpi sambil mata terbukak la. Takdenya dia nak jadi baik hati macam tu. Mau dia suruh i naik bas saja.



So, next time takmau dah memandu di pagi hari sambil buka tingkap menghirup udara berasap dah. Lepas ni mau on aircond saja.

Wednesday 9 November 2011

Perang

I dengan ini secara rasminya mengisytiharkan perang ke atas semua jenis semut tak kiralah semut api, semut kecil, semut besar, semut jalan laju, semut merah, semut gatal, semut jahat suka gigit bahkan semut kerengga. Muktamad!




I dah bersabar lama dalam hal ini dan I rasa I tak boleh berkompromi lagi. Lepas ni kalau I pijak, picit, ketuk dan bunuh semut, I tak mahu orang persoalkan kenapa I begitu kejam sekali. Dengar…eh silap, baca dulu penjelasan i.



Kisah bermula pada hari jumaat yang indah permai. I cuti. Jadi haruslah I bergolek-golek di atas tilam sampai pukul 11 pagi kan. I memang berhasrat untuk mengemas bilik. Jadi, pukul 11 bangun, basuh muka, berus gigi, makan-makan dan kemudian start la ambil penyapu dan kain lap. Bilik I taklah sekangkang kera, adalah tiga ke empat kangkang manusia. Jadi tak besar sangat kan. luar bilik I pulak pakcik sebelah rumah tanam pkok pisang, jadi bilik I redup dan sejuk tak perlu guna kipas untuk tidur. Jadi, sambil menyapu I selak-selak bawah tikar getah. Rumah kampong la katakan, pakai tikar getah saja. Sekali I terjumpa penempatan haram semut. Cisssssssssssssssssssssssssss……….dah lah tak bayar sewa, nak duduk free, kahwin beranak pinak pulak tu bawah tikar getah i. jadi I memang geram lah. I spray semua. Semua mati, dan bilik I berminyak. Pftttttttttttttt…..geram betul. Walaupun bilik kecik, tapi I mau keluar. Takkan nak salahkan diri sendiri yang bangun lambat, jadi I salahkan semut yang buat sarang. Kerja I jadi double. Kena mop lagi. Geramnya.



Itu kisah jumaat. Ni kisah hari sabtu pulak. I sedang nyenyak tidur tapi mms percuma dari Maxis kejutkan i. jam dah pukul 11.12 pagi. Kehkehkeh…tak bujang lah kalau tak bangun lambat kan. I punya plan, bangun, mandi dan terus pecut balik Rawang. Masa I tengah mengeliat tu I terpandang segerombolan semut. Apekehal? Semalam kan dah bunuh semua. Jadi I follow mereka. Tak adalah follow jalan sekali dengan semut kan, I cuma follow tengok arah mana mereka pergi. Semut kan jalan bersusun-susun macam kawad. Follow punya follow, semua semut tu menuju kearah alamari i. I dengan muka tak basuh, gigi tak gosok terus bukak alamari. Tu dia heh. Semut buat almari I jadi gudang telur pulak. Beribu telur semut dalam almari i. dicelahan lipatan seluar i. memang mengundang kemarahan la. I campak keluar semua baju. Dan i spray semua semut dan telur-telurnya. I pijak mana-mana yang datang dekat kaki i. nasib la semut, kamu jadi mangsa korban. I dah geram dan marah. I tak fikir dah pasal kesian ke, mahluk yang lemah ke apa.



Terpaksa I basuh balik semua baju yang kena telur semut. Tepaksa I lipat susun balik semua baju yang I punggah. Terpaksa I mop balik lantai yang berminyak. Sangat geram ok. dan I dapat gerak balik ke rawang jam 6 petang. Masa tu jalan dah jem! Grrr…lepas ni jangan tanya dah kenapa i tak suka semut.



p/s : pagi tadi I pijak 2 ekor semut dan picit 3 ekor semut yang lain. Masih tak puas hati

Tuesday 8 November 2011

Bye-bye cake

Ni hari kejadian pada malam 4 November. Anugerah Skrin bersiarang langsung di TV. Dan satu jemputan party kecil hari lahir. Yang mana satu?




Of course la party kecil hari jadi! Makan kek woih. Siapa tak mau. Bab menambahkan peratusan lemak I memang suka. Jadi I tinggalkan TV dan housemate I dan drive ke Pizza Hut terdekat dengan rumah. Nasib baik dekat, kalau tidak I mungkin say no to penganjur party.



Sampai sekitar kawasan party jam 9.45 malam dan I tidak dibenarkan masuk. Apekah? Oh, I adalah bahan surprise malam itu. Si penganjur tak beritahu si penyambut hari lahir tu yang I ikut serta. Jadi i kena tunggu luar, sebab si penganjur lagi sorang tak sampai lagi sebab kena pick up kek. Jadi i berdiri macam tiang selama….errr…+-25 minit ! oh my…kalau duduk rumah tengok TV lagi best kan.



Kalau nak patah balik rumah memang sangat tak berbaloi. Dah la dapat parking best betul-betul depan pintu. Jadi I berdiri saja lah dengan harapan peratus lemak dapat berkurangan sebelum I masuk dan join party. Jadi tak adalah rasa bersalah sangat nak makan kek kan.



Tapi semua itu hanya angan-angan. Baju kurung terbaru I sudah sendat. I hate pizza and cake. Bye. Jangan datang dalam hidup I lagi.





p/s : I enjoy makan pizza sampai lupa nak ambil gambar. Sigh.

Saturday 5 November 2011

MBO @ Citta Mall

Ok. here a info that I get from the customer service at Citta Mall. Or is it customer care? Oh. Maybe customer engineer. No..NO… itu Lyn Luna punya job!




Since Citta Mall adalah mall yang paling dekat dengan rumah I so I excited bila nampak bunting MBO dekat situ. I dah pernah singgah Citta Mall sekali dulu dan I pusing-pusing still tak nampak bayang MBO. Masa tu Citta Mall baru buka. Siap ada free cotton candy untuk kanak-kanak tapi I dengan muka tak malu pergi la Q sekali. Lepas tu berebut-rebutlah I dengan partner I cotton candy tu. Suruh beratur tak mau. Makan je mau.



Then, few week later iklan MBO tu dah tak ada. My partner kata diorang tak jadi bukak la tu kot. Kot la kan. mana nak tau.



Tapi, tak lama lepas tu, ada balik iklan tu. I terfikir. Oh, maybe aritu dia cabut iklan tu sebab tak siap lagi. Then sekarang dia pasang balik sebab dah siap. I yang gelojoh ni cepat-cepat bagitahu partner i. semangat ni. Nak minta dia belanja i tengok wayang.



Jadi, di suatu ahad yang hujan kami pergilah ke Citta Mall. Jejak je kaki kat lantai Citta Mall tu partner i dah bising. Kata i tipu dia lah. Mana ada MBO. Sebelum kami bertekak dengan lebih ganas I pura-pura lalu depan information counter. Dan ajaibnya my partner terus tanya staff dekat situ. Selalu bab tanya menanya ni dia pass kat I.



Jawapan dari staff information counter tu?





MBO akan dibuka errr..alamak I lupa pulak! Sama ada akan dibuka atau siap dibina pada JUNE tahun hadapan. So, 2012 nanti la I dapat merasa tengok wayang dekat mall yang dekat dengan rumah.



See u next year Citta Mall!

Thursday 3 November 2011

Kawan lelaki

I ada sorang kawan lelaki dari sekolah menengah. Kami rapat sebab sekelas sejak dari tingkatan 4. masa tu I tahu dia ada girlfriend dan I memang tak berminat nak ada perasaan lain selain dari kawan dengan dia. Then, tiba-tiba dengar gossip kata dia dah break dengan girlfriend dia. I memang hanya kawan sekelas saja dengan dia. Tak adalah rapat mana pun. Sebab tu I tak masuk campur personal life dia.




Masuk tingkatan 5 kami masih macam tu juga. Berkawan. I memang tak ada feeling lebih dari tu dengan dia. I pun tak pernah keluar dengan dia. I siap date dengan student kelas sebelah lagi, tapi bila dia ni ajak I keluar I jadi tak berminat. Sebab I boleh baca apa yang dia feel. Sebab dia tiba-tiba jadi sangat mesra dan bagi hint macam suka kat I lah.



Pendek cerita, kami masih berkawan sampai sekarang. I dah remind dia yang I tetap akan jadi sahabat dia. so, I tak mahu dia mengharap I nak balas cinta dia. I rasa dia bukan lelaki yang boleh ngam dengan I. dia sangat lah puitis. Dia selalu hantar sms jiwang like siapalah aku ini dihatimu lah, aku akan selalu menyintaimu & terima dirimu seadanya lah, andai ada harapan berikanlah aku tanda lah….macam-macam lagi lah. I bukan perempuan yang akan cair dengan ayat-ayat macam tu. I suka lelaki romantik. Tapi bukanlah romantik guna ayat meleleh macam tu. buat geli lagi ada lah.



So, ada masa I memang tak akan balas semua sms dia. I pun setiap kali reply sms dia I akan remind, kita ni kan kawan saja. I memang tak pernahlah nak bagi harapan dekat dia. Cuma sekali masa I ada problem dulu I minta tolong dia, dan dia balas, sebagai KAWAN dia akan tolong. Itu saja. Dia juga yang kata macam tu.



Lately ni dia menjadi-jadi. Dia selalu sms i. i akan reply bila i rasa perlu saja. Smpai satu hari, minggu lepas dia sms I



Kenapa awak senyap kelu saja selalu? Tak tergambar rasanya kesedihan di hati saya ketika itu bila diperlakukan macam ni oleh seseorang yang sangat saya sayangi. Saya tak paham mengapa? & bagaimana lagi harus saya lakukan?



Dia sms ini sebab I tak reply sms dia dua hari sebelum tu. I rimas. So, I ignore saja sms dia.



Then I tergerak hati untuk reply dia. untuk beritahu apa yang I rasa pula. I reply sehabis baik. Siap minta maaf kalau terkasar bahasa. I Cuma kata yang kami hanya kawan. Sms lah I macam mana dia sms kawan-kawan dia yang lain. I tak minat dengan ayat puitis dia. I nak tulis jiwang, tapi takut dia kecil hati.



Dan dia reply I dengan marah. Dia kata tak perlu kata apa-apa dah. Kalau ada apa yang I nak katakan, tunggulah sehingga hari apabila kita semua dihimpunkan nanti.



I macam, eh…kau ni kenapa? Aku salah reply ke ?



Dan i biar saja sms dia begitu. Tapi I rasa dia salah anggap. Jadi malam tadi I sms dia. explain dan katakan I tak bermaksud apa pun. I tak bermaksud pun nak putuskan persahabatan kami. Tapi kalau dia rasa dia tak mahu berkawan dengan I, I tak kisah. Go ahead. I respect apa saja yang dia rasa. Cuma I memang tak boleh nak cintakan dia. silalah respect apa yang I rasa pula.



Then dia marah lagi. Reply semua sms I dengan huruf besar. I macam eh, drama sungguhlah kau ni. I fed up. Dia tu macam nak point finger kat I kata I lah yang bersalah. Tapi bila I tanya balik kenapa dia kata tunggulah bila hari kita semua dihimpunkan tu? dia jawab nothing. Kau kenapa? i memang rasa nak hempuk je orang time I baca apa yang dia reply tu. ada lagi dua tiga sms dia yang….. ya ampun hanya Tuhan saja yang tahu betapa dramanya dia ni. I geram. I memang tak boleh nak bertoleransi lagi. I dah malas nak jaga hati perasaan dia lagi. Jadi I bagitahu dia, dia adalah sangat drama dan semua ni I tak suka! Face the reality lah!



Before this I pernah bagi peluang dekat dia. I pernah keluar dinner dengan dia. dia tahu rumah i. dia tahu tempat kerja i. I tak suka sebab setiap hari pun dia akan datang rumah i. sms I jomlah keluar. Awan cantik ni. I kerja malam masa tu. I nak tidur. Bukan nak duduk luar rumah tengok awan dengan dia. bila dia tahu tempat kerja I, dia akan datang hari-hari. I tak suka. Bila I kata tak perlu datang tempat kerja I, dia protes dengan beli arak! I kerja kedai 24jam dulu. Kedai tujuh sebelas tu. kawan-kawan I semua bisik-bisik kata hey, tengok kawan kau tu beli arak. i memang naik angin lah kan lepas tu.



Bila I kerja dekat Mydin dulu, dia datang apply kerja jugak. Tapi masa kat Mydin I dah ada boyfriend yang akan hantar I pergi dan balik kerja. Dia nampak dan dia diam saja. Pandai pun. Tahu pun nak terima hakikat. I dah banyak kali bagitahu, I tak boleh akan jadi lebih dari kawan dengan dia. then I break dengan boyfriend I. masa nilah I ada problem sikit dan dia tolong. Dia tahu I dah break. Dan dia ada cuba-cuba nasib. I cuba pujuk hati perasaan I, tapi tak boleh. I tetap tak boleh nak cinta dia.



I tukar rumah sewa. Sebab dia pernah tolong I, dia tahu rumah sewa baru i. I busy dengan kerja. Sekali sekala saja sms dia. dia pun macam busy. Tapi kami selalu keep in touch. Sebab masa tu dia sangat memahami. I kata kami kawan, dia akan reply dan kata Ya, kita kawan selamanya. Jadi, kami baiklah. Sampailah I kenal my partner sekarang kami masih baik. Tapi I dah tukar rumah sewa lagi. Dua tiga bulan lepas I pindah, dia tanya I tinggal dekat mana. I tak beritahu. Dan dia mengaku dia ada stalk I dekat rumah sewa lama i. dia pernah nampak I dengan boyfriend dekat area rumah sewa tu. I macam…hey! Kau ni kenapa? I marah sangat. Lepas tu dia tanya I kerja mana? Sebab dia dah tak nampak kereta I dekat office. OMG! I bersyukur sangat sebab dah pindah rumah sewa dan dah tukar tempat kerja.



Hal hati perasaan sangat susah nak cakap. I cuba faham yang dia suka I sebab tu dia buat semua tu. tapi I rasa dia melampau. Dia ada cakap, kalau dia tak sempat nak stalk I, dia akan suruh kawan dia yang stalk. Dan bagitahu dekat dia. I rasa itu melampau. Sedangkan masa tu kami dah sama-sama kata yang kami hanya kawan. Buat apa dia nak mengendap i?



I pun pernah suka orang. Bila orang tu tak suka I dan hanya anggap I kawan, I boleh je terima hakikat. Kenapa dia tak macam tu? kenapa nak hidup dalam angan-angan? Dia mengaku yang dia sekarang hidup dalam angan-angan. I rasa I mampu nak bertahan sampai tahap ni saja. Sebab bila I baik, dia ingat I bagi harapan. Dia selalu salah anggap. Jadi ini lah akhirnya. I suka dia sebagai kawan. Dan I selalu ingat dia sebagai seorang kawan. tapi bila dah macam ni, I rasa tak perlu lah. Tak kawan pun tak apalah.





Ps : gigih I menaip panjang-panjang. Sebab I sangat geram ni. Sekarang dah lega sikit. :P

Wednesday 2 November 2011

Enjin

Kalau enjin kereta tidak mahu hidup




Ok. tidak mahu hidup tu aka tidak mahu start la kan. apa yang patut kita buat kalau kita dah terlambat nak ke tempat kerja, tapi enjin kereta tidak mahu start?



Apa yang perlu kita periksa?



Untuk orang yang tak berapa nak ada pengetahuan macam I ni, memang menggelabah lah kan.



Pertamanya I tengok jam dashboard. I tengok lampu. I tengok meter. Ini untuk pastikan samaada masalah berkaitan bateri atau tidak. Semua pun ok.



Then, I ulang cucuk kunci. Ulang start semula. Still tak ada tanda-tanda enjin mahu start. Mahu buat apa ni jaja?



Langkah seterusnya ialah tanya saja pada yang pakar. I call partner. Tak berjawab. Call semula dan baru berjawab.



Dan my partner kata :



Cuba tengok gear. I cepat-cepat tengok. OMG, gear dekat D. Dan I jerit dekat dia. Buat apa nak buat lawak macam ni!!! Tak kelakar ok!!!!



Sebab malam tu dia yang drive kereta. Bukan I. Sah-sah lah dia yang tak free kan gear.



*&%%$%$%!!



Mengganggu emosi sungguh!

Tuesday 1 November 2011

Pantas

menaip secara pantas.


i training hari ni. tak masuk ofis. jadi lunch tadi i merayau-rayau di sekitar kawasan training.

konon tak mahu makan la.

masa i merayau-rayau tadi i telah dingorat oleh dua orang lelaki.

seorang bangla pemunggah barangan dari lori.

dan seorang lagi lelaki melayu penghantar surat.

sekian cerita hari ini.