wajib klik!

Thursday 10 November 2016

Rajin akhirnya

Fuhhh.. berkurun dah tak update. Awal tahun haritu kemain nak rajin update. Tapi semenjak Facebook dah ada, IG dah ada. Update kat sana ajelah.

So sementara teringat hal blog ni meh la kita up sekeping entry tanpa motif bersama sekeping gambar anak kesayangan yang dah cecah umur 1 tahun 7 bulan.

Bye..




Thursday 14 April 2016

A simple dinner

Salam....


Dua hari berturut-turut dinner buat ni. Sebab partner busy kemain. Asyik balik lewat je. Jadi nak senang dan nak cepat I prepare simple dinner je untuk I dan Hakeemi. Sambil-sambil tu nak pujuk Hakeemi makan nasi jugak. Susah la hai hati mommy ni sebab Hakeemi dah takmau makan nasi. Suap je geleng-geleng kepala. Lepastu tarik-tarik baju mommy mintak susu. Tapi kalau bab mengutip masuk benda dalam mulut laju je dia. Pantang lepa, ada je benda dia kutip masuk mulut. Tapi kalau nak suap nasi takmau pulak. Haishhh...pening mommy.



Ok. Inilah dinner yang sangat-sangat simple itu. Ambil segenggam dua beras, basuh bersih letak dalam periuk pastu cincang bawang putih cincang sikit isi ayam masuk semua sekali dalam periuk sama dengan beras tadi. Jadilah bubur mudah segera sedap dan cepat dimasak. Jangan lupa boh garam sikit. I boh sikit je sebab nak makan dengan cendawan goreng tu. Nyummm nyummm sedap. Oleh sebab Hakeemi takmau makan maka mommy sorang la yang kena habiskan semua bubur. Nasib baik masak segenggam je .

Cendawan goreng tu goreng style simple jugak. Lumur-lumur dengan tepung goreng segara campak dalam kuali . Sekejap je dah siap dinner. Tak boleh nak tinggalkan Hakeemi main sorang-sorang lama sangat. Dia cepat boring. Kang habis tikar getah dia kopek-kopek masuk dalam mulut.

Till then. Bye.

Wednesday 13 April 2016

11 street

Salam...

Kan kata nak rajin mengupdate selalu, jadi meh la kite update.

Last 2 week perasan kat 11 street ada Vincci e-warehouse sales. Woww. .teruja mak masa nampak iklan tu. Tapi hampa sekejap sebab banyak nau yang dah sold out. Godek-godek lagi terjumpa la yang masih ada size. Sebab excited harga RM15 je terus la order dan terus buat online payment. 11 street takde COD ye anak-anak.

Esoknya tu terus dapat tracking number. Woww. .. effisien sungguh. Pantas buat kerja. Jadi mak godek-godek lagi 11 street. Ehhh. ..diorg dah tambah stock kasut. And ada design baru. Teruja lagi mak. Terus mak share kat semua jiran-jiran serta bff. Oiii. ..vincci sales ni oiii. . Barangkali diorg trauma nak buat warehouse sales dah semenjak diserbu dulu tu tu yang buat e- warehouse sales ni agaknya.

TAPI... sampai sekarang kasutnya tak sampai-sampai lagi. Sedihhh mak. Mentang-mentang murah, sampai hati diorang buat camni. Tapi murah pun tetap duit jugak kan.

Takpe. Kita sabar je dulu. 11 street dah email dan kata akan send dalam masa 7 - 14 hari. Kita tunggu je la sampai hujung bulan lagi. Kalau still tak sampai-sampai kite report lagi.

Sunday 21 February 2016

Hakeemi milestones

Salam...

21hb harini. Genap 11 bulan usia Hakeemi kesayangan. Orang biasa share milestone start dari baby. Tapi takpelah Insyaallah semua milestones Hakeemi mommy simpan dalam kepala. Insyaallah harap-harap tak lupa.

So far Hakeemi 11 bulan ni dah pandai berjalan. Meniti kat tepi dinding, tepi meja. Semua tu since 9 bulan Hakeemi dah pandai. Since 10 bulan pulak Hakeemi dah pandai angkat kaki, balance kan badan untuk masuk dalam bakul. Tempat main favourite dia sekarang adalah dalam bakul mainan. Dan dalam seminggu ni Hakeemi dah pandai memanjat. Panjat sofa panjat katil dah expert. Turun dari sofa pun dah pandai tapi sometimes terbabas tergolek jugak. Jadi mommy and abi tetap kena monitor Hakeemi time main panjat-panjat.

Kalau bab makan, Hakeemi dah start makan nasi biasa. Gigi atas ada 4 batang, gigi bawah ada 2. Finger food macam biskut jejari pun dah pandai pegang, masuk dalam mulut. Sometimes I akan bagi dia makan sendiri. Biasakan dia pegang benda-benda macam sudu, mangkuk dan cawan. Walaupun semua makanan lepastu akan bersepahan atas lantai je nanti. Tapi kena biasakan juga. Mommy kena bertabah la untuk kemas lantai lepastu. Cuma sekarang ni Hakeemi dah tak berapa suka nasi. Tapi benda-benda berkuah macam sup memang favourites dia. And I notice Hakeemi sangat suka spagetti. I rasa dia suka tomato paste. Buah tomato tak pernah bagi lagi cuma pizza express (Roti gardenia + sos spagetti + cheese) dan spagetti Hakeemi sangat suka. Makan banyak sikit dari biasa.

Others than that, Hakeemi masih lagi fully breastfeed. Alhamdullilah murah rezeki susu Hakeemi. I sendiri tak plan sampai bila nak breastfed Hakeemi. Kita follow the flow saja dan doakan yang baik-baik je.

Happy 11 months sayang. Mommy loves u so much. Semoga membersar


Saturday 16 January 2016

Ikan Stim Paling Mudah & Simple

Salam sabtu...

Jarang dapat post entry time weekend camni. Sementara anak bujang tengah leka main, boleh la nak menaip.

Hakeemi tak berapa sihat. Petang semalam ambik dari rumah pengasuh, dia dah selsema. Baby below 2 years tak boleh makan ubat selsema. Ini yang I baca dari internets la. Jadi dok fikir-fikir apa nak masak untuk lunch harini sekaligus untuk bagi Hakeemi sembuh selsema. Terus teringat dalam fridge ada ikan siakap sekor. Kawan partner bagi dia dapat hasil memancing. Itulah yang terus terfikir nak buat ikan stim.

Bahan-bahan guna apa yang ada dekat rumah je. Suruh partner pegi kedai beli halia dan serai je. Tapi serai takde. Belasah je la guna apa yang ada je.

Bahan-bahan :
Ikan
Halia
Garam
Sos ikan
Minyak masak
Perahan Lemon
Bawang putih
Bawang besar

Cuci bersih ikan. I masak separuh je since partner tak makan ikan. Lumur dengan garam dan sos ikan. Ketepikan sekejap dan mula hiris bawang dan halia. Perah lemon dan tapis. Lepas tu gaul rata semua bahan dan masukkan sekali sedikit minyak masak.

I tak guna sukatan. Semua I letak dan gaul sesedap rasa je. Tapi bawang besar I guna sebiji, lemon sebiji, halia agak-agak 2 inci dan bawang putih 6 ulas. Lebihkan sikit bawang putih sebab Hakeemi selsema.

Kalau nak lagi sedap boleh tambah cili padi dan serai. Jus limau pun boleh.

Lapis loyang dengan aluminium foil dan masukkan ikan. Oh ye, I buat ikan stim ni guna oven ye. Sebab kat rumah takde steamer. Panaskan oven 160° sekejap sebelum masukkan ikan.



Rupa ikan sebelum masuk oven. I tambah sikit air nak bagi dia berkuah.



Tutup aluminium foil tadi dan masukkan ikan dalam oven. Bakar selama 30 minit suhu 160°.

Gambar selepas masak tak sempat nak snap. Anak bujang dah start merengek.

Cara buat sangat simple dan mudah. Selamat mencuba.

Thursday 14 January 2016

Primaland, Port Dickson

Salam...

Last year November, I plan nak bawak Hakeemi jalan-jalan. Kira first holiday Hakeemi la. Since Hakeemi baru 7mo plus masa tu, I plan nak holiday dekat-dekat je. So, ke PD la kami.

Few weeks before tu I perasan Primaland voucher dekat Groupon. Discuss sikit dengan partner and dia bagi green light untuk beli voucher tu. Gambar dekat web pun nampak cantik dan menarik.

On the day, kami gerak dalam pukul 11 macam tu dari rumah. Dan sampai PD around pukul 12.30. Check in dulu kot-kot mana tahu boleh dapat bilik awal. Staff kounter kata bilik tengah cuci tapi kalau nak letak beg dulu boleh je. Kami decide untuk pergi lunch dulu.

After lunch baru check in bilik. Kami dapat block A, tingkat 3. Mula masuk bilik tu sedikit frust jugak. Lantai basah, bilik pun nampak kusam dan lama. Tak menarik langsung.

Tapi sebab dah sampai pun, maka redha je la. Haha. Kami dapat waterpark ticket untuk 2 sesi. Petang dan esok pagi. Mereka separate dua sesi untuk sehari. Agak berlainan dari waterpark lain kan.







Ni semua gambar-gambar dari sesi petang hari pertama.

Hari kedua sesi pagi kami tak bergambar sangat.

Btw, gambar-gambar ni je la yang tinggal. Ini pun sebab ada share dekat FB. Sebabnya, handphone I hilang dekat Ikea Damansara. 😢 Sedih sangat-sangat sebab banyak gambar Hakeemi dalam memory card. Dah la takde backup. Tambah lagi sedih. 😢😢

So far, waterpark ok. Banyak pool. Ada slide yang menarik untuk kanak-kanak. Bilik tak berapa ok bagi I. Dan breakfast untuk pagi tak ada. Boleh bawa makanan sendiri untuk breakfast atau keluar je area teluk kemang tu. Banyak gerai untuk breakfast.

Nak repeat lagi? Maybe tak. Sebab jauh dari pantai dan bilik tak menarik. Tapi mana tau la kan esok lusa berubah hati nak datang lagi. Haha..

Wednesday 13 January 2016

Sempena Azam Baru

Salam...

See..semangat nak update blog.  Kite tengoklah berapa hari semangat ni mampu bertahan. Hahaha...

Dan sempena azam baru ni juga, I buka comments box lagi. Rindunye zaman aktif berbelog dulu.

Jadi,  lepas baca harap komen ye. 😁


2016

Hello 2016...


2015 ada banyak kenangan pahit manis kehidupan. Alhamdullillah syukur untuk semua rezeki yang Allah kurniakan. Lebih-Lebih lagi Hakeemi kesayangan.

So, 2016 ni dimulakan dengan azam update blog sekerap yang mampu.

Tunggu dan lihat je la nanti.