wajib klik!

Saturday 16 January 2016

Ikan Stim Paling Mudah & Simple

Salam sabtu...

Jarang dapat post entry time weekend camni. Sementara anak bujang tengah leka main, boleh la nak menaip.

Hakeemi tak berapa sihat. Petang semalam ambik dari rumah pengasuh, dia dah selsema. Baby below 2 years tak boleh makan ubat selsema. Ini yang I baca dari internets la. Jadi dok fikir-fikir apa nak masak untuk lunch harini sekaligus untuk bagi Hakeemi sembuh selsema. Terus teringat dalam fridge ada ikan siakap sekor. Kawan partner bagi dia dapat hasil memancing. Itulah yang terus terfikir nak buat ikan stim.

Bahan-bahan guna apa yang ada dekat rumah je. Suruh partner pegi kedai beli halia dan serai je. Tapi serai takde. Belasah je la guna apa yang ada je.

Bahan-bahan :
Ikan
Halia
Garam
Sos ikan
Minyak masak
Perahan Lemon
Bawang putih
Bawang besar

Cuci bersih ikan. I masak separuh je since partner tak makan ikan. Lumur dengan garam dan sos ikan. Ketepikan sekejap dan mula hiris bawang dan halia. Perah lemon dan tapis. Lepas tu gaul rata semua bahan dan masukkan sekali sedikit minyak masak.

I tak guna sukatan. Semua I letak dan gaul sesedap rasa je. Tapi bawang besar I guna sebiji, lemon sebiji, halia agak-agak 2 inci dan bawang putih 6 ulas. Lebihkan sikit bawang putih sebab Hakeemi selsema.

Kalau nak lagi sedap boleh tambah cili padi dan serai. Jus limau pun boleh.

Lapis loyang dengan aluminium foil dan masukkan ikan. Oh ye, I buat ikan stim ni guna oven ye. Sebab kat rumah takde steamer. Panaskan oven 160° sekejap sebelum masukkan ikan.



Rupa ikan sebelum masuk oven. I tambah sikit air nak bagi dia berkuah.



Tutup aluminium foil tadi dan masukkan ikan dalam oven. Bakar selama 30 minit suhu 160°.

Gambar selepas masak tak sempat nak snap. Anak bujang dah start merengek.

Cara buat sangat simple dan mudah. Selamat mencuba.

No comments: