wajib klik!

Tuesday 31 March 2009

sudah berapa kali aku bilang? aku separa melayu dong

aku dan budak baru borak-borak-ngular-ngulat-lepak-curi-tulang.

majlis suai kenal la!

kalau nama pun dah majlis suai kenal, mesti lah tanya nama, umur, asal mana, dah lama keja ke, blablablabalabalabla....

"asal mana?" - budak baru

"panjang ceritanya" - aku

"allaaaaa...cerita je lah" - budak baru

"serawak" - aku

" ha?!" - budak baru buat muka terkejut

"serawak. bukan melayu. separa melayu" - aku ketawa

"cakap la betul² tak macam orang serawak pun" - budak baru

yelah. aku sedar aku tidak secerah orang² sarawak. aku kan separa melayu.

"serawak. mak melayu ayah india. sebab tu lah....." - aku, sambil tunjuk kulit tangan yang tidak cerah.

"ok. dulu study dekat mana?"

"kelantan"

"wahhh!!!"

serawak - selangor - kelantan.

cuti² malaysia sungguh! ada keja kosong tak dekat johor? aku nak duduk johor la pulak

oppsss....budak baru tanya umur pulak

aku jawab "25" sambil sengih²

"laa....ye ke?" - budak baru

aku angguk dan jawab iya.

kamu tahu apa budak baru cakap?

.

.

.

"macam umur 20 tahun je."

hahhahahhaha...budak baru... ai leb yu la!

amaran keras : perempuan² je boleh baca!

aku pikir 100000000000000000000000000001 kali gak nak cerita ke tak pasal ni.

ahh....aku cerita gak la. tapi korang baca diam² dah la yer.

semalam, cam biasa pukul 6 aku kena start shift dekat stesen-kerang.

aku perempuan tunggal dekat situ. kakak-manager tu tak payah kira la. dia dok ofis je.

kerja macam biasa. aku jaga kaunter dalam. yang hero² semua jaga luar. opss..ada budak baru gak semalam.

malam, lebih kurang pkul 9 lebih² sikit camtu aku audit drawer. aku nak pergi kedai tujuh-sebelas. cari la apa² yang patut. lapar.

aku panggil sorang hero.

"jaga jap. nak kuar" - aku.

"dah audit ker?" - lelaki-ada-tunang-mengaku-single

aku audit.

"ok dah. over 45sen" - aku

tiba² si lelaki-ada-tunang-mengaku-single tanya aku.

"Ja, nak tanya SATU SOALAN BODOH boleh tak?"

"apa dia?" - aku


"errr...kenapa t*t*k Ja sebelah kecik sebelah besar erk?"


papp!! aku tepuk meja.

aku auto-tunduk. "ye ker?"

lelaki-ada-tunang-mengaku-single angguk kepala. sengih².

"hari² ke? ke..hari ni je" - aku tanya lagi.

dia sengih², " haa`ahh Ja, hari²"

cinabeng punya lelaki. kantoi dia dok tengok dada aku je hari². bongoksss!!



aku keluar. maki-hamun-mulut-kumat-kamit. mana ada sebelah besar, sebelah kecik weh!! mata lelaki tu yang sebelah besar, sebelah kecik kot. dok asyik tengok je. bangang!



Monday 30 March 2009

kesilapan BESAR seorang lelaki itu

ada orang call aku. nombor tak kenal. kira aku tak save dalam phonebook la. aku buat tak tau. takde mood nak layan orang-tak-dikenali.

dua kali dia call.

dua kali aku tak angkat.

last dia give-up. dia sms. dia kenal aku. dia tau aku kerja kat mana dulu.

aku call dia balik. ohh..kawan lama kat tempat kerja lama.

malam sabtu dia sms. ajak keluar lepak², minum². aku yang masih berstatus single ni, takde hal punya.

kami janji.. pergi kem adik-lelaki, aku hantar satria-tengkorak, ambik kerja sekolah adik-lelaki yang aku kena siapkan dan dia hantar aku balik subang.

separuh jalan dia masuk simpang. aku hairan. bukan nak balik subang kena terus ke? dia kata nak jumpa kawan kejap. aku ok.

opss...dia kata silap masuk simpang. aku rilek. u turn, masuk balik simpang. aku mintak berhenti dekat petronas. nak pergi toilet. dia berhenti.

aku pergi toilet. dia ajak lepak je dekat mekdi sebelah petronas. aku ok. dia kata kejap lagi kawan dia datang.

aku buat kerja sekolah adik-lelaki. sambil tu layan dia bersembang.

kawan dia sampai. lelaki. cina. dengan perempuan. cina gak.

ini memang kesilapan besar dia.

apakehal nak ajak aku join bisnes ala-ala-mlm dia tu? pantang sungguh aku! mintak sory banyak² la. aku tak minat! aku buat² busy dengan kerja sekolah adik-lelaki.

masa tu aku rasa nak peluk cium adik-lelaki, nak ucapkan ribuan, jutaan terima kasih sebab bagi aku kerja sekolah. kalau tak, sure lama aku kena dengar ceramah-ntah-hape-hape-ntah tu.

**sabtu petang dia sms. aku tak berminat nak layan

***ahad malam pun dia sms. aku mintak sory la. aku tak minat ok! kau silap orang la beb!

Thursday 26 March 2009

notis dari papan kenyataan : orang hilang

sebagai teman sekerja yang prihatin, aku rasa aku patut buat ini.

ini ayah kepada opismate aku. hilang sejak 11 februari 2009 hari tu. hilang tu kat area rumah diorang - kat kampung kuantan, klang. tapi dalam minggu lepas camtu, ada orang kata nampak kat puchong perdana. tapi bila pergi, dah takde pulak.

kesian kat opismate aku ni. seminggu dia tak datang kerja. cari ayah dia.

dah keluar kat buletin 1.30 kat tv3 tu kalau tak silap aku. tapi sampai sekarang masih tak jumpa lagi.

ahhh...cakap banyak pun tak guna. kalau ada info sila call no tertera.

Wednesday 25 March 2009

aku rinnndduuuu sangat² kat dia ni...~

kalau rindu kat bonda dengan daddy aku boleh je call, borak². tapi kalau rindu dekat dia ni?

dia mana reti guna henpon wehh...!

****sila abaikan kondisi katil yang bersepah itu.

Tuesday 24 March 2009

aku ada kerja sekolah hujung minggu ni. siapa² ada skill melukis yang hebat, sila bagitahu. khidmat anda diperlukan

adik lelaki aku yang seorang itu SMS semalam :

zura, jumaat nak pakai keta

dan sebagai kakak-baik-hati-lagi-prihatin aku reply begini :

aduhhh...sabtu ahad aku keja la weh

oleh kerana buat masa ini satria-tengkorak itu dia pun ada share, maka dia SMS begini pula :

alaaa, aku ada keja la. nak kena balik kl. kena beli barang utk kursus

aku kan kakak-baik-hati-lagi-prihatin. maka aku balas begini :

nak pakai ambik la. nanti aku tumpang la sapa². ambik mlm jumaat tau

adik lelaki tu, kalau tak pau duit + minyak kereta mesti ada benda lain yang dia akan mintak dari aku.

aku nak cari alat senaman perang. banyak jugak ni. tapi lukisan tak banyak yang nak kena lukis. heheheh

see? aku dah agak dah.

gila. sabtu ahad aku keja. tak sempat kang

alaaa...sikit je...

takpe. kita tunggu dan lihat la dia punya sikit tu sikit mana.

skuad-bantuan-tanpa-rela aku yang dulu tu tengah sibuk sekarang ni. nampak gaya aku kana cari skuad bantuan yang baru. nanti aku belanja char keow teow paling sedap.

ok?

Friday 20 March 2009

bila aku cuba berlagak sopan, aku mesti.......

hari jumaat aku memang tak berbaju kurung ke ofis. tapi untuk cuba berlagak sopan, hari ni aku pakai kain labuh.

dan tiba² aku rasa nak pakai selendang.

aku rasa memang agak sopan dan sedikit comel. hahhahhahaa

tapi bila aku cuba berlagak sopan, aku secara auto akan bertukar menjadi minah-kelam-kabut.

buktinya,

pagi tadi, ketika berhenti di stesen minyak aku sepatutnya hulurkan duit dan bonuslink kad

tapi bila cuba berlagak sopan, aku auto menjadi minah-kelam-kabut...

aku hulurkan duit dan ATM KAD!

apahal nak bagi ATM kad dekat cashier stesen minyak?

aku senyum dengan comel dan cepat² blah dari situ

***sumpah! sampai la ni aku malu.

Thursday 19 March 2009

apa salah aku? takkan sebab aku kata dia gemok dalam hati? dia boleh baca hati aku ker?

minggu² cuti sekolah di subang memang sangat syok. jalan sangat clear. baru aku sedar, agaknya selama ni yang buat subang tu jem-macam-nak-mati semua sebab parents nak hantar anak depa pi sekolah kot.

sebab boleh sampai ke shah alam dalam jangkamasa yang singkat, aku berhenti la tepi jalan pagi tadi. apa lagi, cari karipap la.

masa berhenti, aku matikan penghawa dingin (giler skema ayat..hahha). tapi enjin satria-tengkorak tu aku tak matikan. sama la dengan radio. aku bukan nak berhenti lama pun. kejap je.

masa nak keluar dari satria-tengkorak, aku nampak dia. dia gemok. sebab tu dia jalan terkedek-kedek. geram je aku tengok.

aku malas nak tegur. walaupun terkedek-kedek, dia jalan agak laju.

aku beli karipap. patah balik nak ke satria-tengkorak, aku nampak dia tengah lompat longkang. sambil bukak pintu satria-tengkorak, aku tengok dia lagi. dia comel. dia duduk bawah pokok. gemookkkknyaaaa...rasa nak picit².

aku on balik penghawa dingin. tekan clutch, masuk gear 1 dan terus jalan

1

2

3

4

5 saat.....

kereta aku ada bau semacam.

bau taik kucing!!!

mangkok punya gemok! pegi berak tepi jalan apahal?

***nasib baik aku penyayang. kalau tak, esok aku jumpa aku langgar je si gemok tu

Wednesday 18 March 2009

KALAU BERANI TUTUP LAMPU LA WEIHH!

aku tak pernah tulis title dalam huruf besar. tapi ini kes se-ri-yus. sila ambil perhatian!

***agak² nampak satria-ada-logo-tengkorak area shah alam-subang jaya-kl-sg buloh-rawang kat atas jalan raya tapi tak pasang lampu tu, sila jangan hon atau maki-hamun.

****pastu agak² kat area shah alam, ada stesen-kerang tak pasang lampu tu, sila jangan bising kata tak nampak. memang nak kena la.

Monday 16 March 2009

hari ini hari isnin. lalulintas dalam keadaan terkawal.

dari usj1 ke batu tiga hanya 25 minit perjalanan. sempat singgah beli karipap lagi tu.

TAPI

apakehal semua driver macam bangang je hari ni?

tak bagi signal la

himpit² satria-pinjam aku tu la

paling shilake si proton saga putih tu. sikit lagi nak eksiden. padan muka kena bodoh!

Friday 13 March 2009

entri-bukan-riak : agak² kalau lepas ni aku nak bukak klinik boleh tak?

selama ni aku buat 2 (dua) kerja. DUA ok. siang² kat opis dan malam² kat stesen-kerang yang telah membuatkan aku pakai T-shirt kaler merah secara terpaksa. itupun aku masih degil lagi, taknak pakai kasut. main belasah jer pakai selipar. alasan kaki sakit lepas eksiden pun tak boleh pakai lagi. sekarang alasan aku, "bizi la, tak sempat nak gi shopping kasut". tapi sebagai staff perempuan tunggal, aku rasa incek incek bos pun dah malas nak layan kedegilan aku. janji aku datang kerja, sudahhh...

tapi sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, aku ada kerja-tambahan-tanpa-gaji. tetiba aku rasa macam dokter-cinta pulak. hahahhahaha...

‘Pesakit’ aku dua tiga minggu kebelakangan ni terdiri daripada :

  • perempuan-yang-mahu-jadi lelaki. Kes putus cinta dengan kakak-ala-ala-mak-orang. lari ke utara dan suruh aku berlakon-reka-cerita.

  • Incek GT. Kes putus cinta dengan perempuan-dari-keluarga-baik². call aku pukul 1.30pagi dan ajak aku teman minum. telah menambahkan faktor² mata-panda pada aku. haiihh~~

  • Bestfren-paling-best. Kes bakal tunang tipu umur. kes masih tertunda.

  • Incek MT. kes merajuk sebab dokter-cinta deting dengan Incek GT. Hahhahhaa… oh, termasuk kes henpon kesayangan kena curi. dah buat report polis.

  • Minah-gediks. Kes kantoi deting dengan mak menakan. aku kena kaver line dia.

  • Si-pengangur-terhormat-merangkap-adik-bongsu. Kes ex-boifren yang telah menjadi bakal menantu pilihan bonda. yang ini, aku gelak kuat². hahhahahahhahahahaha!!

Jadi, sebagai sahabat-dan-teman-sejati-yang-baik-hati, walau aku tak dapat tolong banyak, dapat tolong dengar dan bagi nasihat merapu-meraban tu pun dah kira ok kan.

Dan sekarang mari kita nyanyi lagu tema untuk hari ini bersama².

Wan…tu…tri…

mama tolonglah
aku sedang bingung
pusing kepalaku memikirkan dia
aku yg selalu terus disakitinya

dia tak tampan, tak juga rupawan
dia tak juga bergelimang harta
oh tapi mengapa gayanya seperti superstar
mama, mama, mama
tolonglah aku yg sedang bingung
kurasakan virus2 cinta
kubutuh dokter cinta
papa, papa, papa
inikah yg dinamakan cinta
mengapa sakit yg kurasakan
kubutuh dokter cinta

oh mengapa ini harus terjadi
kepada aku yg mencintaimu
oh celaka jika lelaki
seperti kamu sudah tak setia
oh mengapa ini harus terjadi
kepada aku yg mencintaimu
oh celaka jika lelaki
seperti kamu sudah tak setia
oh papa tolonglah aku
laki-laki yg seperti apa lagi
yg begini saja sudah menyakitkan hati

oh mama tolonglah aku
perempuan mana yg tak sakit hati
biar sang kekasih tak jadi kekasih hati


dokter cinta - dewi dewi

Pesanan khas untuk vidadarisakura : klinik aku nanti sure takde jarum! Jemput datang.

Wednesday 11 March 2009

entry serangan balas : laporan hari jumaat lepas

ini serangan balas untuk entry cik jeela ini.
ye, seperti yang telah aku janji-janji-maniskan untuk jeela ketika kami sama² ke kelab sukan dbkl dulu, aku akhirnya telah mengorbankan sedikit masa, petrol dan wang ringgit untuk jeela yang-baik-hati. pengorbanan yang ikhlas tau!
tempatnya, disekitar opis jeela di seksyen 13, shah alam. masa, pada hari jumaat. jadi, oleh itu, jangan persoalkan kenapa aku ber T-shirt dan jeans manakala jeela berbaju kurung.

jeela, aku tidak kelaparan ok!

adik-jaga-kaunter yang "berbudi-bahasa". nama dia nash. nama penuh mungkin nasharuddin.

yang aku order tu...sumpah, memang tak sedap. rasa rumput!

muka hepy versi hati risau..

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

sangat panas...terpaksa sepetkan mata. tapi, apakehal kena snap gambar pandang matahari ye La?

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

jeela bukan pejam mata. dia dok belek henpon cap arnab dia tu

sekian entry serangan balas dari jajazuzu-baik-hati untuk laporan cik jeela karam tenggelam timbul dengan ucapan sempena maulidur rasul : woiii Laaa, lain kali kita ngedet lagi ye. ko belanja...

Friday 6 March 2009

pagi tadi dalam kreta aku dengar lagu ni...~~

masa parking kreta kat opis, aku nyanyi lagu ni.

masa buat neslo kat pantry pun aku nyanyi lagu ni.

masa on pc lagi la kuat aku nyanyi lagu ni.

masa gi shi-shi kat toilet, aku nyanyi gak lagu ni.

apahal ntah sampai sekarang pun aku dok nyanyi lagu ni... haihh~

Andai kata..
Kau masih meragui cintaku
Buka mata.. pandang dalam mataku
Andai kata…

Masih kau curiga kepadaku
Telah ku kata…di hati hanya kamu…
Ku nyanyikan lagu cinta

Moga kekal terpatri di hati kita…
Janji kita berdua…
Andai benar

Tak terasa getaran cintaku
Peluk lah aku… pasti kau akan tahu…
Tak akan mungkin terbuang

Satu perasaan cinta yang makin dalam..
Tak bisakah kau rasa?…
Kau X-Ray lah hatiku

Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku…
Percayalah…Pasti kau akan tahu
Kau X-Ray lah hatiku…
Kau lihatlah keping keping laras cintaku…
Periksalah
Semua… untuk… kamu
Percayalah Sayang…

Pasti hanya Kamu….
Andai Kata..

Masih kau curiga kepadaku….
Kita nyanyi lagu cinta

Moga kekal terpatri di hati kita…
Ku mahu kau percaya…




X-Ray ~ Nabila Huda

Thursday 5 March 2009

resepi pulut panggang kaler biru..~~

aku taktau resepi dia. nak, korang google sendiri la. hehhehhehe.... i'm sorry~~

nanti kalau korang dah dapat resepi dia bagitau aku yer...

opppssss...entri ni aku dedikasikan buat kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut dengan ucapan : dalam buku resepi akak yang banyak² tu ada tak resepi pulut panggang biru ni? kalau ada sila buat yer!

****Incek bos-alim yang belanja ni. Ntah kat mana dia beli.

Wednesday 4 March 2009

sapa ada kontek dengan mana² tukang urut? aku ditahap kritikal dah ni!

malam tadi sebelum tidur aku tampal koyok kat bahu kanan.

aku set alarm pukul 6.00 pagi

alarm aku bunyi ntah pukul berapa.

aku sedar dah pukul 7.11 pagi. Giler! dah lambat!

bangun cepat², capai towel pergi mandi.

lepas mandi keringkan rambut depan kipas guna hair dryer. biar cepat sikit. gila sejuk!

masa nak pakai baju, terperasan koyok yang aku tampal malam tadi.

haaiiiihhh....~~

***mandi laju² sampai tak perasan ada koyok kat bahu
****koyok dah tak jalan la. aku rasa kena gi cari tukang urut gak ni.

Tuesday 3 March 2009

surat tunjuk sebab versi bergambar untuk incek bos-tak-pernah-senyum

persatuan tiga mak dara & seorang anak dara cawangan batu tiga,
subang hi-tech, batu tiga
shah alam
27 feb 2009

kepada,
incek bos-tak-pernah-senyum,
subang hi-tech, batu tiga
shah alam

_________________________________________________________________

PER : Surat tunjuk sebab kerana pulang lewat dari waktu yang sepatutnya.

Incek bos,

merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili persatuan Tiga Mak Dara & Seorang Anak Dara yang telah tertubuh secara tidak rasminya pada bila-ntah dengan ini secara rendah diri bersempena hari jumaat yang mulia ini ingin merakam kan berjuta² kemaafan kerana telah bersuka ria melebihi had waktu yang telah Incek bos-tak-pernah-senyum tetapkan.

ini kerana persatuan kami ini telah melakukan lawatan bukan sambil belajar merangkap lawatan menghabiskan duit gaji ke sini. sila rujuk gambarajah pertama ye incek bos-tak-pernah-senyum...

gambarajah pertama

Incek-bos-tak-pernah-senyum pasti hairan bukan? apekah karnival yang telah kami lawati ini. karnival ini adalah mini karnival yang telah membuatkan kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh menjadi tamak haloba. dia telah membeli 5 buah novel-yang-belum-tentu-best dengan duit pemberian suaminya. tetapi saya tidak boleh berkata banyak kerana pada hari itu, kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh ini telah menjadi driver tanpa tauliah kepada kami. terima kasih daun keladi kak! buktinya, sila rujuk gambarajah dua, incek bos.

gambarajah dua

akan tetapi Incek bos, kami ke sana bukan hanya untuk menghabiskan duit gaji sahaja. kami ingin melepaskan tekanan-perasa-tanpa-an. Incek bos lihat sajalah kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut. Incek bos tidak perasankah yang dia sudah tidak berapa betul seminggu dua ini? walaupun saya sentiasa berada ditengah² (bukan disisi) dia dengan senyum hepi-over-nampak-gigi tapi dia tetap juga tidak betul. baik Incek bos lihat gambarajah tiga dan empat sebagai bukti.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah tiga

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah empat

bukan itu saja Incek bos. kakak-banyak-cakap juga sudah kebosanan duduk keseorangan di meja depan receiptionist. jadi kami fikir, biarlah kami bawa dia berjalan², melihat keindahan alam. jika tidak, dia akan mengeram seperti kucing. apa? Incek bos tak percaya? sila rujuk gambarajah lima. senyuman kakak-bnayak-cakap hampir² menyamai senyuman kucing mengeram pada pandangan saya. tak tahu la pulak pada pandangan Incek bos bagaimana.

gambarajah lima

bukan sebab itu saja Incek bos, ketika dalam perjalanan pulang, saya ada menyuruh kakak-banyak-cakap snap gambar abang-naik-savvy-merah-seat-tinngi-gilla (gambarajah enam) tetapi apa yang kakak-banyak-cakap snap adalah gambar........ahhh..spceehless saya Incek bos. Incek bos lihat la gambarajah tujuh. tidak ada kena mengena dengan savvy, merah, abang, mahupun seat tinggi. jadi, kakak-banyak-cakap juga sudah berada di dalam kondisi bahaya pada fikiran saya.

gambarajah enam

gambarajah tujuh

bagi pihak saya pula, saya rasa Incek bos pasti gembira mempunya staf berdedikasi dan komited seperti saya. iya, saya tahu itu incek bos. sebagai seorang-anak-dara dalam persatuan tiga-mak-dara, saya telah berkelakuan amat sopan dan lemah lembut. dan senantiasa tersenyum lebar. jadi Incek bos harus faham kenapa dalam gambarajah lapan saya yang perlu difokuskan.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah lapan

ahhh...melalut sudah.

akhir kata, harap surat tunjuk sebab dari kami ini memuaskan hati, limpa, jantung, paru² dan semua yang berkaitanlah, Incek bos.

kami berjanji, selepas ini kami akan lebih kerap lagi membuat lawatan sebegini pada lain waktu.

yang tidak menerima arahan mahupun perintah, jajazuzu

Monday 2 March 2009

soalan² yang dah naik muak aku dengar sejak dua tiga minggu ni...~

"ja, kad jemputan kawen aku, jemput la datang. kau bila lagi?"

"weh ja, aku nak tunang bulan 3 ni. ko bila lak?"

"ja, aku due hujung bulan 3. takut sehhh...eh aku nak beranak dah ni. ko bila lagi nak kawen?"

macam² lagi la ayat. tapi paling menyampah kat last mesti tanya "KAU BILA LAGI?"

dan jawapan untuk semua soalan² tu aku jawab...

"korang carikkan sorang boifren untuk aku. lepas tu baru boleh tanya aku bila lagi. sekeh kang!"

nota-kaki-bujang : aku baru 25tahun 4bulan 23hari ok! ada masa lagi nak cari calon asben

nota-kaki-bujang2 : ni apa kes pulak kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh tak bagi aku baca novel hanya dikau ni? dia kata ada part² orang kawen, so aku takleh baca! cis!!