wajib klik!

Friday 22 July 2011

Demam

Sejak dua hari lalu. Ai sudah kurang antibodi. Badan ai rasa lemah. Ai rasa mahu duduk diam dan rehat-rehat saja. Tapi sebab ai bekerja di sektor swasta, ai rasa reputasi ai harus ai jaga. Bukan macam tuan rumah ai yang bekerja di sektor kerajaan yang sibuk suruh ai ambil cuti sakit. Ai baru saja. mula bercakap-cakap dengan dia, jadi sebagai manusia yang lebih muda dari dia, ai rasa tak perlu la ai nak berlawan cakap dengan dia.


Biar sajalah apa yang dia nak kata. Bila dia kata kalau dia demam, dia akan ambil MC, ai kata ai seorang pekerja yang berdedikasi. Dan kerja ai tengah banyak di ofis. Bos-bos ai sedang sibuk dan kehadiran ai di ofis untuk membuat laporan tahunan dan bulanan adalah amat diperlukan. Dan kemudian dia balas ala perli dengan mengatakan harus ai dapat bonus dua, tiga bulan la hujung tahun nanti. Malas ai nak menjawab. Dia tak memahami agaknya apa itu tanggungjawab ketika bekerja. Dan mungkin dah lupa agaknya cara bekerja di sektor swasta. Lagi pula ai kebetulan sudah ambil cuti sakit, minggu lalu kerana keracunan makanan. Dan minggu depan pula mahu cuti sebab ada temujanji dengan Hospital Putrajaya. Sudah kurang antobodi. Harus mula makan supplement banyak-banyak la ai ni.


Untuk membuatkan panas badan ai hilang, hari pertama ai cuma layan air cap badak saja. Sebab badan ai sangat panas. Bila ai bangun pagi, ai rasa panas dah kurang. Rasa segar. Ai mandi, cuci rambut sekali. Dengan air paip sejuk. Bila sampai ofis, badan ai rasa panas semula. Demam balik. Tambah dengan sakit perut yang mencucuk. Makan tak lalu. Tanda-tanda mahu kurus kah? Hahahaha..Berangan!


Hari kedua, semalam ai layan bubur. Makan ubat demam. Makan antibiotik. Minum air 100 plus yang sudah kurang gas. Pakai sweater. Kemudian baring atas sofa. Dan tiba-tiba badan rasa berpeluh. Basah. Ai masuk tidur. Tampal koolfever di dahi. Rasa dah nak baik. Bangun pagi ai layan mandi air suam. Segar. Tapi masuk ofis pagi ni, demam semula. Haishhhh…


Sudah Jumaat. Cepatlah petang. Ai mahu balik. Esok cuti. Boleh makan ubat dan pengsan tidur sampai petang.

Friday 15 July 2011

Cili Boh & Petua

Ini cerita lama yang ai dah taip berkurun. Sebulan lepas rasanya. Tapi baru hari ni ai rasa nak publish


Bila ai rajin, ai memang akan jadi super rajin. Al-kisahnya ai rajin sangat nak buat cili boh sendiri. Jadi ai gunting cili-cili kering dan buang biji-bijinya. Kalau nak biji cili sekali baik beli cili boh siap kat kedai kan.




Jadi, habis proses menggunting, ai ke proses membasuh. Masa ni ai suruh housemate ai ikat plastik pasaraya kat tangan ai. Sebelah kanan je. Sebab nak basuh guna sebelah tangan je. Tu langkah-langkah keselamatan supaya tangan tak pijar.




Habis proses membasuh, ai masuk proses merebus pulak. Masa ni bau satu rumah, tak payah cakap la. Ai yang tukang rebus ni saja dah berpuluh kali bersin. Bila dah menggelegak, dah naik bau dan asap serta buih-buih, ai ke proses basuhan kedua. Angkat periuk dan tapis cili dalam singki. Basuh dengan air sejuk sesuka hati sampai yakin dah tak ada kotoran.




Last sekali ke proses mengisar. Proses kacang goreng macam ni ai memang expert. Siap lari-lari kejap pergi ruang tamu nak tengok drama You Saka Pergi Jauh². Habis semua ni, jadi la cili boh yang dijamin kebersihannya. Simpan dalam bekas, tutup dan masukkan dalam fridge.




Part yang paling tak best ialah bila tangan mula pijar. Hairan betul sebab jari hantu tangan kiri yang pijar. Padahal tangan kanan yang banyak buat kerja. Sebab dah lama sangat tak rasa perasaan tangan kena pijar cili tu, jadi ai gelabah sekejap.




Langkah pertama, ai rendam tangan dalam air. Tak jalan



Langkah kedua, housemate ai kata rendam tangan dalam air basuhan beras. Ai buat, tak jalan.



Lankah tiga, ai basuh pinggan, cawan, blender, sudu, garpu kotor dengan harapan bila air asyik kena kat tangan, pijar tu akan hilang. Tak jalan gak.



Langkah empat, ai pegang ais. Kejap je reda, pastu pijar balik tangan.



Langkah lima, masa ni memang dah bengang ai lumur tangan dengan losyen. Hahhahah…tak menjadi gak.



Langkah enam, lepas basuh tangan yang penuh losyen tu, ai lumur lak tangan dengan balm. Balm panas ok. Masa ni tahap bengang dah jadi tahap marah. Makin teruk panasnya. Padan muka kat diri sendiri.




Jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Macam mana nak tidur kan. Sambil baring-baring atas tilam tu ai ada lah buat aksi-aksi mengarut contohnya kepit tangan yang pijar tu kat peha, selit tangan yang pijar tu bawah tilam, letak tangan yang pijar tu kat dinding dan gosok tangan yang pijar tu kat rambut. Semuanya mengarut. Tangan masih panas dan berdenyut. Jadi ai ambil langkah drastik dengan meminta bantuan pihak ketiga.




Help! Macam mana nak hilangkan rasa pijar cili kat tangan? TQ



Ai sms empat orang daripada senarai contacts dalam handphone ai.



Pertama : Kakak kandung. Kakak sulong ai.
Kedua : Kawan baik dari sekolah.
Ketiga : Kawan dari ofis ai sekarang.
Keempat : Kawan dari ofis lama.




Yang paling pantas reply adalah orang kedua. Petuanya adalah pegang sudu besi sampai la rasa pijar tu hilang. Lepas baca sms tu ai terus lari keluar bilik, cepat-cepat ambil sudu bawak masuk bilik. Sambil baring, sambil pegang sudu. Sambil pegang sudu, sambil menahan kesakitan. Makin mencucuk-cucuk rasanya.




Kemudian, sms masuk lagi. Reply dari orang ketiga. Baru pijar dah gelabah. Macam mana nak beranak ni? Hahha..letak tangan dalam beras. Ya, begitulah kata-kata dari sms tersebut. Ai cepat-cepat keluar dari bilik, pergi dapur. Duduk atas lantai dan laju-laju bukak plastik bungkusan beras. Nasib baik ai dah beli beras sendiri. Kalau lah tak, takkan ai nak rendam tangan dalam beras housemate ai pulak. Mahu dia merajuk taknak makan nasi nanti.




Masa rendam tangan dalam beras, rasa panas masih ada. Berdenyut-denyut. Tapi selesa. Tak la mencucuk-cucuk macam sebelum-sebelum tu.




Ai rendam dua-tiga kali, sampai rasa dah kurang. Tak hilang, tapi dah kurang. Kira ok la tu kan.




Jadi sebagai balasan terima kasih untuk petua yang ai tak terpikir tu, ai belanja dia mee goreng. Se-tupperware penuh. Yang ai masak sendiri guna cili boh yang pijar itu.







p/s : Kakak sulong ai tak pedulikan pun sms ai. Tak prihatin punya kakak! Dan kawan dari ofis lama tu, ai tak heran pun kalau dia reply atau tak. Ai saja nak sms, tengok dia prihatin ke tak.

Wednesday 6 July 2011

Outdated

Betul-betul outdated ai ni. Ai baru nak tahu hal Adinda Evans a.k.a Daten Milano tu. Dan sebab outdated la ai tak dapat baca direct dari blog dia. Ai teringin ni. Hahhhaa…


Btw, sangat kesian ok. Maybe dia rasa berkata jujur itu sangat penting. Tapi jujur ke dia dengan diri dia sendiri? Sayangnya…dia muda lagi. Tak menyesal ke? Ai umur 14 tahun bercinta pun tak. Yes lah, zaman sekarang tak sama dengan dulu. Dulu 14 tahun still macam budak-budak. Takut nak keluar sendiri kalau tak dengan family. Lepak dengan kawan dekat sekolah dan kawasan perumahan terdekat je. Nak pergi KL pun tak tau macam mana. Tak pandai nak buat keputusan sendiri.


Sayangnya….sangat rugi ok. Adik, kalau betul sekali pun adik memang dah tak ada dara. Please lah, jangan malukan diri sendiri dengan buat kenyataan yang begitu. Please lah. Kalau betul sekali pun adik dirogol, biar adik dan keluarga saja yang tahu. Tak perlu nak canang ke seluruh dunia. Kalau betul sekali pun adik buat kenyataan itu untuk puaskan hati boyfriend adik yang sibuk sangat nak tahu adik ada dara lagi atau tidak, itu cara yang sangat mengarut. Hal peribadi adik dan boyfriend tak perlu nak confess dekat dunia. Kalau itu perkara yang membanggakan, tak apa. Tapi hal yang mengaibkan diri dan keluarga harus simpan diam-diam. 14 tahun masih dalam tanggungan ibu dan ayah. Kesian dekat ibu dan ayah. Kalau sekali pun mereka sangat lah ke-amerikaan sampai tak pernah nak peduli hal anak dara mereka telah tiada dara, ingat lah, ini Malaysia.


Ai takut dengar benda-benda macam ni. Kot lah mana tahu ai kahwin nanti dan ada anak macam manalah agaknya. Ai risau.




p/s : ai sekarang di kinrara puchong. Kalau ai tahu alamat dia, nak juga ai datang melawat bawa buah epal. Nak ucap tahniah sebab dah popular.