wajib klik!

Friday, 15 July 2011

Cili Boh & Petua

Ini cerita lama yang ai dah taip berkurun. Sebulan lepas rasanya. Tapi baru hari ni ai rasa nak publish


Bila ai rajin, ai memang akan jadi super rajin. Al-kisahnya ai rajin sangat nak buat cili boh sendiri. Jadi ai gunting cili-cili kering dan buang biji-bijinya. Kalau nak biji cili sekali baik beli cili boh siap kat kedai kan.




Jadi, habis proses menggunting, ai ke proses membasuh. Masa ni ai suruh housemate ai ikat plastik pasaraya kat tangan ai. Sebelah kanan je. Sebab nak basuh guna sebelah tangan je. Tu langkah-langkah keselamatan supaya tangan tak pijar.




Habis proses membasuh, ai masuk proses merebus pulak. Masa ni bau satu rumah, tak payah cakap la. Ai yang tukang rebus ni saja dah berpuluh kali bersin. Bila dah menggelegak, dah naik bau dan asap serta buih-buih, ai ke proses basuhan kedua. Angkat periuk dan tapis cili dalam singki. Basuh dengan air sejuk sesuka hati sampai yakin dah tak ada kotoran.




Last sekali ke proses mengisar. Proses kacang goreng macam ni ai memang expert. Siap lari-lari kejap pergi ruang tamu nak tengok drama You Saka Pergi Jauh². Habis semua ni, jadi la cili boh yang dijamin kebersihannya. Simpan dalam bekas, tutup dan masukkan dalam fridge.




Part yang paling tak best ialah bila tangan mula pijar. Hairan betul sebab jari hantu tangan kiri yang pijar. Padahal tangan kanan yang banyak buat kerja. Sebab dah lama sangat tak rasa perasaan tangan kena pijar cili tu, jadi ai gelabah sekejap.




Langkah pertama, ai rendam tangan dalam air. Tak jalan



Langkah kedua, housemate ai kata rendam tangan dalam air basuhan beras. Ai buat, tak jalan.



Lankah tiga, ai basuh pinggan, cawan, blender, sudu, garpu kotor dengan harapan bila air asyik kena kat tangan, pijar tu akan hilang. Tak jalan gak.



Langkah empat, ai pegang ais. Kejap je reda, pastu pijar balik tangan.



Langkah lima, masa ni memang dah bengang ai lumur tangan dengan losyen. Hahhahah…tak menjadi gak.



Langkah enam, lepas basuh tangan yang penuh losyen tu, ai lumur lak tangan dengan balm. Balm panas ok. Masa ni tahap bengang dah jadi tahap marah. Makin teruk panasnya. Padan muka kat diri sendiri.




Jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Macam mana nak tidur kan. Sambil baring-baring atas tilam tu ai ada lah buat aksi-aksi mengarut contohnya kepit tangan yang pijar tu kat peha, selit tangan yang pijar tu bawah tilam, letak tangan yang pijar tu kat dinding dan gosok tangan yang pijar tu kat rambut. Semuanya mengarut. Tangan masih panas dan berdenyut. Jadi ai ambil langkah drastik dengan meminta bantuan pihak ketiga.




Help! Macam mana nak hilangkan rasa pijar cili kat tangan? TQ



Ai sms empat orang daripada senarai contacts dalam handphone ai.



Pertama : Kakak kandung. Kakak sulong ai.
Kedua : Kawan baik dari sekolah.
Ketiga : Kawan dari ofis ai sekarang.
Keempat : Kawan dari ofis lama.




Yang paling pantas reply adalah orang kedua. Petuanya adalah pegang sudu besi sampai la rasa pijar tu hilang. Lepas baca sms tu ai terus lari keluar bilik, cepat-cepat ambil sudu bawak masuk bilik. Sambil baring, sambil pegang sudu. Sambil pegang sudu, sambil menahan kesakitan. Makin mencucuk-cucuk rasanya.




Kemudian, sms masuk lagi. Reply dari orang ketiga. Baru pijar dah gelabah. Macam mana nak beranak ni? Hahha..letak tangan dalam beras. Ya, begitulah kata-kata dari sms tersebut. Ai cepat-cepat keluar dari bilik, pergi dapur. Duduk atas lantai dan laju-laju bukak plastik bungkusan beras. Nasib baik ai dah beli beras sendiri. Kalau lah tak, takkan ai nak rendam tangan dalam beras housemate ai pulak. Mahu dia merajuk taknak makan nasi nanti.




Masa rendam tangan dalam beras, rasa panas masih ada. Berdenyut-denyut. Tapi selesa. Tak la mencucuk-cucuk macam sebelum-sebelum tu.




Ai rendam dua-tiga kali, sampai rasa dah kurang. Tak hilang, tapi dah kurang. Kira ok la tu kan.




Jadi sebagai balasan terima kasih untuk petua yang ai tak terpikir tu, ai belanja dia mee goreng. Se-tupperware penuh. Yang ai masak sendiri guna cili boh yang pijar itu.







p/s : Kakak sulong ai tak pedulikan pun sms ai. Tak prihatin punya kakak! Dan kawan dari ofis lama tu, ai tak heran pun kalau dia reply atau tak. Ai saja nak sms, tengok dia prihatin ke tak.

5 comments:

julietchun said...

wah! rajinnya sampai cili boh pun buat sendiri. jimat cermat sungguh :D
awat tak sms aku? hahahhaha

jajazuzu said...

Jul, ai mmg tgh berjimat cermat ni. ahhahah...ai tatau hp num yu, klau x, yu org pertama i sms. hahah

azilaraffie said...

uit?? apesal aku x dapat mee goreng ko tuh? aku pon hade menyumbang gak pe...

nak majuk ahhhh~~~

jajazuzu said...

ko jauh la. kalo aku pos skali pun, berkulat mee tu nanti. ahhahaha

NaniRostam said...

sebenarnya ai pun tak tahu menahu petua hilang pijar...cuma kalau nak berurusan dengan hal cili mencili ni ai bungkus tangan dengan plastik belanja tu....sebelum memulai kerja kerja mencili ni....memang dapat elak pijar.....