wajib klik!

Friday 22 July 2011

Demam

Sejak dua hari lalu. Ai sudah kurang antibodi. Badan ai rasa lemah. Ai rasa mahu duduk diam dan rehat-rehat saja. Tapi sebab ai bekerja di sektor swasta, ai rasa reputasi ai harus ai jaga. Bukan macam tuan rumah ai yang bekerja di sektor kerajaan yang sibuk suruh ai ambil cuti sakit. Ai baru saja. mula bercakap-cakap dengan dia, jadi sebagai manusia yang lebih muda dari dia, ai rasa tak perlu la ai nak berlawan cakap dengan dia.


Biar sajalah apa yang dia nak kata. Bila dia kata kalau dia demam, dia akan ambil MC, ai kata ai seorang pekerja yang berdedikasi. Dan kerja ai tengah banyak di ofis. Bos-bos ai sedang sibuk dan kehadiran ai di ofis untuk membuat laporan tahunan dan bulanan adalah amat diperlukan. Dan kemudian dia balas ala perli dengan mengatakan harus ai dapat bonus dua, tiga bulan la hujung tahun nanti. Malas ai nak menjawab. Dia tak memahami agaknya apa itu tanggungjawab ketika bekerja. Dan mungkin dah lupa agaknya cara bekerja di sektor swasta. Lagi pula ai kebetulan sudah ambil cuti sakit, minggu lalu kerana keracunan makanan. Dan minggu depan pula mahu cuti sebab ada temujanji dengan Hospital Putrajaya. Sudah kurang antobodi. Harus mula makan supplement banyak-banyak la ai ni.


Untuk membuatkan panas badan ai hilang, hari pertama ai cuma layan air cap badak saja. Sebab badan ai sangat panas. Bila ai bangun pagi, ai rasa panas dah kurang. Rasa segar. Ai mandi, cuci rambut sekali. Dengan air paip sejuk. Bila sampai ofis, badan ai rasa panas semula. Demam balik. Tambah dengan sakit perut yang mencucuk. Makan tak lalu. Tanda-tanda mahu kurus kah? Hahahaha..Berangan!


Hari kedua, semalam ai layan bubur. Makan ubat demam. Makan antibiotik. Minum air 100 plus yang sudah kurang gas. Pakai sweater. Kemudian baring atas sofa. Dan tiba-tiba badan rasa berpeluh. Basah. Ai masuk tidur. Tampal koolfever di dahi. Rasa dah nak baik. Bangun pagi ai layan mandi air suam. Segar. Tapi masuk ofis pagi ni, demam semula. Haishhhh…


Sudah Jumaat. Cepatlah petang. Ai mahu balik. Esok cuti. Boleh makan ubat dan pengsan tidur sampai petang.

3 comments:

julietchun said...

makan ubat ikut masa ye.

azilaraffie said...

ko demam tiap kali masuk opish ka????

mesti ade sesuatu.. hehehe!

jajazuzu said...

jul : =)

la : opish aku sejuk mcm kutub. kalo ko accept offer diorg, siap sedia bwak sweater.