wajib klik!

Friday 27 January 2012

Juvanex : Day 1



Hari ni baru ada mood nak menulis. I dah paksa otak I mengarang ayat semalam, tapi still jari I malas nak menaip. I sedang enjoy momen-momen bahagia di tempat kerja. Sunyi. Ramai orang masih bercuti sempena CNY. Ok. dah. Stop mengarut.



So, mari kita ke tajuk asal. Macam yang I ada tulis kat entry bawah (sila scroll bawah kalau anda rajin sebab I malas nak link) I beli juvanex dengan harga promosi dekat Watson. I beli on Saturday. I ingat I nak start terus meng-detox-kan badan I hari Sabtu tu, tapi sebab I enjoy makan McD, so I tangguh sehari. I start on Sunday. Sebelum tu, sila baca arahan dekat pamphlet yang ada. Dari apa yang I baca, I boleh saja makan mengikut apa yang I suka, seperti biasa. Tapi rugi lah kan sebab dah beli Juvanex mahal-mahal, alang-alang follow lah sekali menu plan dia. So, I berazam nak follow. Dengan harapan selain detox, I boleh slim. Ok. berangan saja tu.



Pagi ahad, I dah bangun awal. Cuma malas nak bangkit dari tilam. I golek-golek atas tilam sampailah partner i sms, ajak keluar. So, I bangun untuk mandi dan bersiap jam 10 lebih macam tu. tapi sebab I nak keluar dating, I cuci rambut, keringkan dan bersiap comel-comel sikit. Since housemate I semua dah balik kampong, tinggal I sorang saja, jadi I kemas-kemas sikit rumah. Then dah tengahari, jam 12 lebih macam tu baru I teringat Juvanex. I makan betik untuk breakfast sebab dekat arahan aada tulis sila minum Juvanex selepas makan, dan I pun semangat nak follow menu plan yang diberi yang mana hari pertama hingga kedua I kena makan buah-buahan. So, sarapan dengan betik dan Juvanex. Rasa Juvanex? Sedap dan I suka.



Then I keluar dengan partner i. jalan-jalan teman dia window shoping. Mula-mula dia nak beli something, tapi tak jadi, jadi kami window shoping saja. Then partner I ajak lunch. Since I berjalan, I takut I rasa letih sangat, so I makan nasi. Separuh dengan sayur sawi dan kuah dal yang tak menarik. I memang sengaja ambil kuah yang I tak berapa suka dengan harapan I tak makan banyak. So, misi I berjaya. Nasi separuh pun tak habis. Kuah dal tawar. Apa punya mamak ntah. Then untuk balance sebab tak ada buah, I minum jus epal.



Dah separuh hari. So, apa yang I rasa? Sedikit pening dan mengantuk. Tapi sebab I berjalan, tak rasa sangatlah. Cuma bila duduk dalam kereta, I rasalah pening tu. pening tu bukan lah pening yang teruk. Pening-pening lalat gitu. I bawa bekal betik. I makan dalam kereta untuk menu petang i. Tapi, my partner yang baik hati tu, pi singgah gerai goreng pisang. I marah dia. I on detox ni. Kenapa pi beli goreng pisang? Dia kata pisang kan buah-buahan. Sihat tu. Makan sajalah. Siapa punya boyfriend ni? Pandainyeeee…. Dan I pun terpengaruh. Pi makan 2 keping goreng pisang.




Since cuti CNY, I nak balik rumah mak ayah I. So, petang lepas keluar dengan partner, I terus balik Rawang. Dan malam tu, nasib baik mak I tak masak banyak. Jadi, I makan betik saja. Kebetulan mak pun ada beli betik. So, I dinner dengan betik dan Juvanex.



Overall, hari pertama I tak adalah lesu dan penat sangat. I ke toilet untuk urusan kecil saja. Urusan besar tak ada. Itu saja untuk first day I dengan Juvanex. Nanti I update untuk second day pulak.



Tata

Wednesday 25 January 2012

Juvanex



Hai.



Semua orang pun I rasa pernah dengar dan tahu apa itu Juvanex kan? I dah dengar tentang Juvanex dah agak lama. Lebih kurang 4 ke 5 tahun lepas. Tapi tak pernah cuba pun. tapi since lately ni I rasa teringin sangat nak detox badan I, jadi I sanggup pejam mata dan beli saja Juvanex 7 day programme tu. dan terima kasih kepada jualan hebat sempena CNY. From RM1++ I dapat beli dengan hanya RM9+ di Watson.



So, siapa yang rasa-rasa nak ber-detox, offer masih ada sehingga 1 Feb ni. Kalau tak salah I la. Kalau salah, minta maaf ye. I ni kadang-kadang pelupa.



Opss..nanti I update hari pertama hingga hari ke tujuh proses detox i. hari ni baru hari keempat. =)




Ps : I telah disabled komen. Alah, yang baca blog ni pun semua kenal I kan? jadi apa-apa boleh call I terus. Gedik kan? Hahahah

Friday 20 January 2012

Gaji



I call partner I pagi ni. Macam biasa. I kejut dia bangun pagi. I nak dia rajin pergi kerja. Susah sikit nak suruh dia rajin sebab dia kerja sendiri. Lainlah kalau makan gaji, malas ke, rajin ke, wajib kena jadi rajin juga.



I call tapi operator tu kata “please call again later”



Eh? Pagi-pagi, belum jam 8.30 partner I sudah bizi? Rasanya dia kalau bangun pagi, bizi, hanya bila buat projek besar saja. kalau projek wiring rumah orang renovate dia rilek-rilek saja. Jadi, i call semula. Baru dapat, dan dia jawab dengan suara bangun tidur dia. Jeles oh. I dah sampai ofis tapi dia masih di atas tilam.



I suruh dia bangun. Tanya dia, buat rumah mana hari ni. Dan tanya dia sekali siapa yang call dia sebelum i call tadi. I call asyiklah bizi. Siapa yang kejut dia setiap pagi selain i? ok. Itu semua drama. Saja nak create conversation dengan dia. Biar dia marah dan mata jadi segar. Biar rajin sikit pergi kerja. Minggu lepas empat hari dia melepak kat rumah. Konon demam. Demam dua hari saja. yang lagi dua hari tu dia malas. Konon demam tak kebah lah. Ceh.



Jadi, kami borak. Dan i terbagitahu yang i MUNGKIN akan dapat gaji hari ini. Gaji awal sempena CNY. I sebenarnya dah janji dengan diri sendiri. Tak mahu bagitahu dia I dah gaji. I suka berpura-pura miskin tak ada duit depan dia. I suka tengok dia marah-marah, bising-bising suruh I jimat. Tapi dalam bising-bising tu dia hulur juga duit belanja buat i. mungkin sebab dia tak pernah nak berkira jadi I selalu kalah. Mulut ni selalulah asyik nak bagitahu gaji dah masuk. Pastu bila dia suruh belanja, kedekut. Hahaha…Rasa nak tampar je mulut ni. Tak pandai simpan rahsia langsung.

Thursday 12 January 2012

Tarikh baik



Sejak hujung tahun lepas, mak I dah bagi kata dua. Apa nak jadi pun jadilah, mak mahu kau kahwin tahun depan (2012). Gitulah katanya. Jadi, sambil menampar-nampar nyamuk yang cuba menghisap darah di betis, I kata pada mak, Insyaallah. Kalau sampai jodohnya, kahwinlah kami. I tahu mak risau. I tak lama lagi harus say goodbye pada angka 2. Sudah lewat 20-an ni. Mak mana yang tak risau kan.



Jadi, tahun ini I serius sikit nak bererita pasal kahwin. Mak I dah kata “apa nak jadi pun, jadilah”. Maksudnya, kalau I tak mahu buat kenduri besar-besaran mahupun sederhanaan, mak I tak kisah. Ikut I lah nak buat macam mana pun. Janji I nikah. Kata mak lagi. Wahhh…berita gembira disitu. Jadi, dengan semangat tahun baru, I bagitahu partner I. Lelaki keras hati macam dia tu, hal nikah kahwin ni dia tak suka sangat diajak berbincang. Dia lebih seronok nak fikir macam mana nak bagi rambut dia cepat panjang balik. Dia rindu zaman rambut ketak-ketak dia dulu.



Tapi, I pun tak kisah. Yang buat I kisah adalah mak. Itu saja. Sebab I tak mahu mak bersedih hati, jadi I ambil nasihat mak. I cuba juga lah fikir dan rancang. Fikir dan rancang tu free, sebab tu I cuba. Hahaa…ok, tak lawak. Jadi, petang semalam, on the way balik dari pasar malam, I dan partner I berborak. I lupa apa entah yang kami sembangkan hingga kami sampai ke topik tarikh nikah. Partner I kata, buatlah 12.12.12. dan I kata, kau gilakah? Hari bekerja tu. Banyak mana family kau yang sanggup ambil cuti sempena kau nak menikah hari Rabu 12.12.12 tu? Tak banyak I rasa. Jadi I beri partner I tarikh lain, tapi dia cebik mulut saja. Mengada haih. Tampar kang baru tahu.



Since kami hanya cuba merancang dan berfikir secara suka-suka, sebab kami sendiri macam tak percaya, mahu kahwin tahun ini? Wahhh…Serius kah? Jadi I pun suka-suka lah belek kalendar. Lihat-lihat, kalau-kalau ada tarikh yang I suka. Dan kemudian I gatal tangan pi gugel tarikh yang baik untuk bernikah. Dan disinilah bermulanya kemusykilan i. Haa…ayat pengenalan saja dah tiga perenggan. Padahal nak cerita hal tarikh saja. Memanglah kuat menagarut Jajazuzu ni. Banyak sangat informasinya sampai I sendiri pun keliru. Ada yang kata, bulan Muharam tak sesuai untuk bernikah. Ada yang siap bagi list lagi, tarikh apa yang sesuai dan tak sesuai untuk bernikah. Ada yang kata, semua itu tak perlu, Islam itu sendiri tidak pernah nak menyusahkan umatnya. Ada yang kata lebih afdal pada hari Jumaat – penghulu segala hari. Semua ini memanglah buat kepala i serabut. Mana satu kah yang benar dan mana satukah yang tidak benar.




Tapi, I kan macam tak percaya yang I nak kahwin. so, biaq pi sajalah dengan semua itu. Nama pun rancang suka-suka. Esok bila dah serius baru boleh fikir serius.




Btw, ada sesiapa mahu komen? Mahu share? Mahu bagi informasi menarik tentang hal tarikh nikah? Silakan lah.

Friday 6 January 2012

Silly



I boring. I tengah buat something yang boleh buat I pening. Then I makan coklat. Then gigi tepi sebelah kiri I ngilu. Then I gugel how to prevent sensitive teeth. Then I…ohhhhhhh…begitukah? Secara monolog. Then bila I tgk press add untuk harini I tengok ada sales dekat Watsons. Something yang I naaaaakkkkkkkkkk sangat beli ada harga runtuh. Tak ada lah runtuh sangat. Tapi kira okaylah sebab from RM1++ jadi RM9+. So, I plan bila I nak beli. Then I talked to myself again. Sambil I kira tarikh dekat calendar. Then baru I sedar I cakap tak lah slow mana. Mujur orang sebelah pun tengah cakap. Jadi, cover line disitu.



Then I sambung report i. then I fikir macam mana I nak vlookup current sales dengan sales tiga tahun lepas. Macam mana? Macam mana? Macam mana? Nak compare apa dengan apa? Dan sambil tu, I kembungkan pipi. Then I bosan. I kembungkan lagi pipi dengan angin. Sambil I kembungkan pipi tangan I yang lenguh sejak semalam ni pi tekan-tekan pipi i. suddenly I TERbuat bunyi kentut. PRRRUUUTTTTTT……… Kuat. Sebab tangan I sejuk, tak terasa sangat yang I dah pi tekan pipi I agak kuat.





Malu. I terus tunduk, tulis ini dan publish kat blog.   

Thursday 5 January 2012

Orang sebelah



I baru lepas bercerita dengan colleague i. tentang kerja i. tentang report yang big boss I nak I siapkan Isnin ni. I boleh buat report tu. sebelum-sebelum ni pun I yang buat. Tapi kali ni boss I nak cepat. Nak by Monday. Harini dah Khamis. Esok Jumaat. Sabtu-Ahad dah cuti. Cukup masa ke I nak siapkan full report yang boss I nak tu? then in between bos I asyiklah suruh I buat itu, buat ini. Nak itu, nak ini. i boleh buat, tapi mood I jadi kurang. Sebab I tak happy. Hahha…boleh pulak macam tu kan? Kerja banyak jadi tak happy.




Then I makan junk food lunch tadi. I menyesal ni. Hahaha…habis sepeket Super Ring baru nak menyesal. Salahkan pasaraya sebab jual murah. 98sen saja. Dan I punyalah malas tak ada mood nak buat kerja. Jadi I baringkan kepala atas meja. Colleague I tanya, mahu panadol kah? I tak pening, takkan nak makan ubat. I malas saja. Ubat untuk mengelak perasaan malas ada tak? Jadi I cerita pada dia. I malas nak buat kerja. Dan cerita tu berlanjutan sampailah I tunjuk file boss I dekat dia. file tak PnC pun, tapi…bila fikir-fikir balik I tak patut buat macam tu Kerja tu dah memang kerja I, yang pi merungut dekat orang sebelah tu buat apa? Buatnya orang sebelah pi cerita kat orang sebelah dia, kat orang depan dia macam mana? I bukan faham pun bahasa diorang. I tak ada skill third language.





Terlajak perahu boleh diundur.



Terlajak percakapan dan perbuatan…..?





Memang minta dilempang!




p/s : I tulis ni lepas I habis lunch, pukul 2 tadi. tapi I tak publish lagi. I pi toilet la, surau la..sana la sini la…then bila I balik meja I, orang sebelah kepada orang sebelah I (paham dak? Buat-buat paham sajalah ye) dah start tanya I. see…kan betul. Tak boleh diajak bergosip la orang sebelah ni. Pffttt

Wednesday 4 January 2012

Pemandu




Pemandu kereta di jalan raya yang paling meluat dan buat I rasa nak tekan hon kuat-kuat adalah pemandu yang tak mahu bagi signal masa nak masuk/keluar simpang. Memang menyakitkan hati. Kita punyalah tunggu lama nak keluar simpang, ingatkan kereta dia nak jalan terus, sekali boleh pulak dia pusing stereng, masuk simpang. Memang kena maki bertubi-tubi la lepas tu. Mangkuk, kayu, batu semua keluar. Apa dia ingat kita boleh tahu ke dia nak masuk simpang ? STUPID!




Tuesday 3 January 2012

Bunga api di Kuala Lumpur


Selamat tahun baru.



Kalau tahun baru je, orang mesti akan tanya apa azam baru kan? So, azam 2012 i adalah untuk mencantikkan diri. Luar dan dalam. Itu saja. Cukuplah satu azam tu. nak berazam banyak-banyak nanti tak terkejar. Lagipun I rasa, nak mencantikkan diri I luar dan dalam tu adalah susah. Mungkin bagi orang lain senang, bagi i sukar. I susah nak turunkan berat badan, i susah nak kawal nafsu makan. I selalunya hangat-hangat tahi ayam saja. Minggu pertama saja I semangat. Sama la macam kes dvd aerobic haritu. Sekarang dvd tu dah buat hiasan dekat rak tv saja. Tempat pengumpulan habuk. Jadi, I berazam untuk lebih bersemangat. Untuk rajin pakai losyen, sebab kulit kering. Kulit kaki lagilah sangat kering. Untuk lebih rajin jaga rambut dan diri sendiri, juga pemakanan.  



Dan I juga berazam untuk tidak mahu bercakap banyak. Sebab mulut I tak boleh control. Partner I kata mulut I celupar. Mulut tak ada insurans. Jadi, I berazam untuk kurang bercakap dan menjadi pendengar yang baik.



Housemate I kata : “Mesti azam baru 2012 kak jaja nak kahwin kan?”


Jawab I : Bukan. Itu harus tunggu dan lihat dulu.



Dan…macam biasa. Semoga 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Semoga i dan partner masing-masing dimurahkan rezeki, lebih rajin untuk bekerja, untuk simpan wang, untuk lakukan sesuatu yang bermakna sempena 3 tahun hubungan ini. Mudah-mudahan apa yang sedang dan cuba dirancang menjadi kenyataan. Aminn..



Btw, bunga api di Dataran Merdeka sangat meriah. Walaupun i tak ada mood pada mulanya. I keluar rumah seawal jam 8.00 pagi dan sampai la ke detik 12 tengah malam badan I dah berlemuih. Dah melekit. Super sibuk. Tapi akhirnya seronok. Bunga api selalu buat hati I gembira.




Selamat tahun baru semua!