wajib klik!

Thursday, 12 January 2012

Tarikh baik



Sejak hujung tahun lepas, mak I dah bagi kata dua. Apa nak jadi pun jadilah, mak mahu kau kahwin tahun depan (2012). Gitulah katanya. Jadi, sambil menampar-nampar nyamuk yang cuba menghisap darah di betis, I kata pada mak, Insyaallah. Kalau sampai jodohnya, kahwinlah kami. I tahu mak risau. I tak lama lagi harus say goodbye pada angka 2. Sudah lewat 20-an ni. Mak mana yang tak risau kan.



Jadi, tahun ini I serius sikit nak bererita pasal kahwin. Mak I dah kata “apa nak jadi pun, jadilah”. Maksudnya, kalau I tak mahu buat kenduri besar-besaran mahupun sederhanaan, mak I tak kisah. Ikut I lah nak buat macam mana pun. Janji I nikah. Kata mak lagi. Wahhh…berita gembira disitu. Jadi, dengan semangat tahun baru, I bagitahu partner I. Lelaki keras hati macam dia tu, hal nikah kahwin ni dia tak suka sangat diajak berbincang. Dia lebih seronok nak fikir macam mana nak bagi rambut dia cepat panjang balik. Dia rindu zaman rambut ketak-ketak dia dulu.



Tapi, I pun tak kisah. Yang buat I kisah adalah mak. Itu saja. Sebab I tak mahu mak bersedih hati, jadi I ambil nasihat mak. I cuba juga lah fikir dan rancang. Fikir dan rancang tu free, sebab tu I cuba. Hahaa…ok, tak lawak. Jadi, petang semalam, on the way balik dari pasar malam, I dan partner I berborak. I lupa apa entah yang kami sembangkan hingga kami sampai ke topik tarikh nikah. Partner I kata, buatlah 12.12.12. dan I kata, kau gilakah? Hari bekerja tu. Banyak mana family kau yang sanggup ambil cuti sempena kau nak menikah hari Rabu 12.12.12 tu? Tak banyak I rasa. Jadi I beri partner I tarikh lain, tapi dia cebik mulut saja. Mengada haih. Tampar kang baru tahu.



Since kami hanya cuba merancang dan berfikir secara suka-suka, sebab kami sendiri macam tak percaya, mahu kahwin tahun ini? Wahhh…Serius kah? Jadi I pun suka-suka lah belek kalendar. Lihat-lihat, kalau-kalau ada tarikh yang I suka. Dan kemudian I gatal tangan pi gugel tarikh yang baik untuk bernikah. Dan disinilah bermulanya kemusykilan i. Haa…ayat pengenalan saja dah tiga perenggan. Padahal nak cerita hal tarikh saja. Memanglah kuat menagarut Jajazuzu ni. Banyak sangat informasinya sampai I sendiri pun keliru. Ada yang kata, bulan Muharam tak sesuai untuk bernikah. Ada yang siap bagi list lagi, tarikh apa yang sesuai dan tak sesuai untuk bernikah. Ada yang kata, semua itu tak perlu, Islam itu sendiri tidak pernah nak menyusahkan umatnya. Ada yang kata lebih afdal pada hari Jumaat – penghulu segala hari. Semua ini memanglah buat kepala i serabut. Mana satu kah yang benar dan mana satukah yang tidak benar.




Tapi, I kan macam tak percaya yang I nak kahwin. so, biaq pi sajalah dengan semua itu. Nama pun rancang suka-suka. Esok bila dah serius baru boleh fikir serius.




Btw, ada sesiapa mahu komen? Mahu share? Mahu bagi informasi menarik tentang hal tarikh nikah? Silakan lah.

No comments: