wajib klik!

Tuesday, 3 January 2012

Bunga api di Kuala Lumpur


Selamat tahun baru.



Kalau tahun baru je, orang mesti akan tanya apa azam baru kan? So, azam 2012 i adalah untuk mencantikkan diri. Luar dan dalam. Itu saja. Cukuplah satu azam tu. nak berazam banyak-banyak nanti tak terkejar. Lagipun I rasa, nak mencantikkan diri I luar dan dalam tu adalah susah. Mungkin bagi orang lain senang, bagi i sukar. I susah nak turunkan berat badan, i susah nak kawal nafsu makan. I selalunya hangat-hangat tahi ayam saja. Minggu pertama saja I semangat. Sama la macam kes dvd aerobic haritu. Sekarang dvd tu dah buat hiasan dekat rak tv saja. Tempat pengumpulan habuk. Jadi, I berazam untuk lebih bersemangat. Untuk rajin pakai losyen, sebab kulit kering. Kulit kaki lagilah sangat kering. Untuk lebih rajin jaga rambut dan diri sendiri, juga pemakanan.  



Dan I juga berazam untuk tidak mahu bercakap banyak. Sebab mulut I tak boleh control. Partner I kata mulut I celupar. Mulut tak ada insurans. Jadi, I berazam untuk kurang bercakap dan menjadi pendengar yang baik.



Housemate I kata : “Mesti azam baru 2012 kak jaja nak kahwin kan?”


Jawab I : Bukan. Itu harus tunggu dan lihat dulu.



Dan…macam biasa. Semoga 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Semoga i dan partner masing-masing dimurahkan rezeki, lebih rajin untuk bekerja, untuk simpan wang, untuk lakukan sesuatu yang bermakna sempena 3 tahun hubungan ini. Mudah-mudahan apa yang sedang dan cuba dirancang menjadi kenyataan. Aminn..



Btw, bunga api di Dataran Merdeka sangat meriah. Walaupun i tak ada mood pada mulanya. I keluar rumah seawal jam 8.00 pagi dan sampai la ke detik 12 tengah malam badan I dah berlemuih. Dah melekit. Super sibuk. Tapi akhirnya seronok. Bunga api selalu buat hati I gembira.




Selamat tahun baru semua!

No comments: