wajib klik!

Friday 30 December 2011

Rahsia kebahagiaan


Setelah hampir tiga tahun baru I tahu yang my partner itu sebenarnya masih ada girlfriend masa dia dah start dating dengan i. No wonder lah!




Dan I punya rahsia pula, sampai sekarang my partner tak tahu, unless dia tahu I punya blog dan dia baca or ada someone yang tahu dan baca blog I ni bagitahu dia…..yang I pernah keluar date dengan lelaki lain masa I sedang berpacaran dengan dia. Awal tahun haritu.





My partner mengamalkan konsep hubungan U-Harus-Percaya-I-Tanpa-Periksa-Telefon-Bimbit-I.



Tambah dia lagi : Tak kahwin lagi, tak perlu excited sangat nak periksa telefon bimbit. Lainlah kalau dah kahwin. Dah jadi isteri.



I pula, Kalau-U-Boleh-Buat-I-Harus-Buat-Juga.



Tambah I lagi : Tak kahwin lagi, jadi buat apa nak buat baik, ikut cakap boyfriend. Lainlah kalau dah kahwin. Dah jadi suami.






Itulah rahsia kebahagiaan-la-sangat hubungan kami. Sekian

Thursday 29 December 2011

Rezeki jangan ditolak



I tak faham lah, kalau I offer seseorang tu makanan, dia mesti tak mahu. Tak apalah, tak makan makanan tu lah, dah kenyang lah. I jadi pelik. Dia ni kenapakah? Apa makanan yang I beli ni tak sedap sangat kah? Ni bukan kejadian sekali-sekala tau. Ini kejadian selalu. Semua yang I ajak dan offer dia makan, semua dia tak mahu. Mula-mula, I boleh terima. Yelah, mana tahu dia betul kenyang kan. tapi takkan dia kenyang sepanjang hari, sepanjang masa? Benda ini lah yang menimbulkan perasaan tak best dalam hati i.



Sebab tu lah orang kata : Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.





Sekarang i dah rasa perasaan musuh jangan dicari tu macam mana. I rasa menyampah dah. Sampai turn dia pulak yang offer I makanan, I akan kata tak mahu laju-laju.





Apa kau ingat kau sorang je yang boleh tolak offer? Huh!

Wednesday 28 December 2011

JLO


I dan partner. Dalam kereta. Minggu lepas. I tak ingat kami ke mana. Ohh…ke Ampang. Teman dia jumpa kawan dia. On the way tu, dekat traffic light, lampu merah, kami stop. Then ada couple arab melintas. Yang lelaki nampak biasa saja. Yang perempuan, agak gemuk. I kata gemuk ok. bukan berisi ke, tembam sikit ke…tak. Memang nampak agak gemuk pun.



Suddenly, partner I kata : Orang-orang sana tu memang suka perempuan berisi. Kenapa entah. Nafsu kuat kot.



Ini I no komen. I tak tahu.



Yang I sendiri tahu, partner I suka perempuan kurus. Sebab kawan I, yang mana kawan partner I juga, dah warning I awal-awal ; Shahir tu suka perempuan kurus. Buktinya, ex-gf dia semuanya kurus. Bak kata kawan I tu.



I sendiri pun tak kurus. Awal perkenalan kami dulu dia selalu suruh i pergi jogging. I bagitahu dia, I memang begini. Kalau u rasa u tak suka badan I macam ni, sila lah bye-bye dan cari perempuan kurus lain. Tapi dia tak mahu jugak. Dia mahu i yang kurus, perempuan lain tu dah kira kes lain. Tapi sekarang dia nampak macam dah terbiasa. Sebab dia kata i ni sekejap nampak kurus, sekejap nak gemuk. Pakai ilmu apakah ? ilmu la sangat, badan i ni kurus nye kejap aje. Chubby tu yang lebih.



Jadi, dalam kereta tu i saja je tanya my partner lagi. I tengah diet ni. U nak i diet macam mana ? body macam manakah yang u suka ? u suka kurus kan?



Dan partner I kata : tak lah kurus sangat. Kurus sangat pun tak cantik. Gemuk sangat pun tak cantik. U ni kira ok la sikit. Tapi ada part yang teruk. I suka macam J.Lo.



J.Lo je? Kim Kardashian tak mahu?



Dan yang bagusnya, partner I tak kenal siapa itu Kim Kardashian.




Baguslah. Tak payah kenal sampai bila-bila.





Ditulis oleh
J.lo wannabe

Tuesday 27 December 2011

Ke-lapan juta kalinya


Orang tanya :



“Kakak, where u come from?”



“Kakak, u malay atau india?”



“Kakak, u ada Indian face la”



“Kakak, u beautiful la. Itu telefon nombor kasi boleh ka ?”





Ini yang i malas nak pi buat stock count dekat warehouse. Ramai sangat foreigner nak ngorat.

Tuesday 20 December 2011

Semut




I memang dah tak tahan. Pagi tadi I picit sekor-sekor semut yang berkeliaran dalam bilik i. I takut kejadian lama berulang. Dulu, I biar saja kalau seekor dua tersesat masuk bilik i. at last, diorang datang bawak serombongan haram siap angkut telur-telur semut masuk almari i. I tak rajin lah nak cuci baju satu almari lagi. Jadi, sesiapa yang tahu macam mana nak elak semut dari masuk bilik atau rumah, sila jangan segan untuk bagitahu. Jasa anda amatlah dihargai.




Ps : bilik I tak ada makanan pun. I musykil ni. Kenapakah semut suka masuk bilik i?

Tuesday 13 December 2011

Hair cut



Rambut I nipis sebenarnya. Tapi sebab dia kering, so nampak lah mengerbang, kembang dan lebat. Cuba kalau lepas cuci rambut? Leper. Then cepat berminyak. Lagi lah nampak leper. So, sejak I sedar diri rambut I tak cantik, dan sejak ada kakak kedai gunting rambut tu kata I better stay dengan short hair saja sebab rambut I dah lah nipis lepas tu kalau makin panjang lepas bahu cepat gugur, jadi I memang tidak menoleh kebelakang lagi. Dulu-dulu I suka berangan rambut panjang dan lurus itu comel macam Avril. Tapi perah-san lah kau jajazuzu nak rambut lurus panjang cantik berseri kan. sebab rambut I adalah degil. Kalau iron cantik-cantik tak sampai 2 jam dah kusut balik.




Rambut Avril cantik!



Dulu, masa kakak kedai gunting rambut tu saja nak try potong rambut I pendek, I izinkan saja. Jadi, hasilnya adalah lebih kurang begini. Cuma rambut I tak lah seperang dan sependek itu. Style yang sama saja. 



Apa nama ntah style ni




Dua tahun I stay dengan style ini. Sebab masa mula-mula potong semua puji kata I nampak muda macam belasan tahun. Tapi kali kedua I trim, bagi pendek sikit, partner I ketawakan i. Dia kata kepala I bulat, muka bulat so kepala nampak macam bola. Fine shahir. Kepala bola ni jugaklah yang kau ajak dating kan. Then bila panjang I serik dah nak pi kedai kakak tu lagi sebab nanti diketawakan lagi dan diejek kepala bola lagi jadi I pi salon amoi kat rawang. I bagitau I nak potong style macam tu dan amoi tu bising suruh I rebonding dulu. I tak mahu. Tapi dia paksa. Sebab I yang berkuasa jadi dia membebel sajalah kata rambut I kering..nipis…bla…bla…bla…kalau style macam ni tak cantik. I kata potong sajalah, jadi dia potong pastu dia pi membebel kat partner I pulak. Kata I degil. Hahahha...Tapi nasib baik dia potong cantik.



Lepas tu I biar lagi rambut I panjang sampai lah I rimas masa I masuk hospital dulu. Rambut gugur banyak woih. Kesian makcik cleaner hospital nak kena sapu rambut I yang gugur. Jadi, keluar hospital, MC tiga minggu dan I merengek suruh partner I bawak pi salon. Kali ni I tak mau dah potong macam dulu. I kata kat amoi, ikut la nak potong macam mana dan amoi potong layer. Pendek paras bahu saja. Dan itulah last I potong rambut. Mei lepas rasanya. Ikutkan raya aritu I nak potong lagi, tapi I malas. Dan rambut I masih tak degil sangat. Jadi I kesian, I simpan saja mereka.



Tapi semalam I dah start rimas. I rasa petang tu jugak I nak pi potong. Tapi partner i macam malas saja nak teman i. Dan i pun tak sure lagi i mahu potong macam mana kali ni. Nak pi salon mana pun tak tau juga. Walaupun semua rambut I dah kiok kiok masuk telinga (omg rindunyaaaaaaaaaaaa kat ex-bf sebab dia suka kata rambut kiokk kiokk masuk telinga) I cuba bersabar saja dulu. Maybe next week baru I nak pi potong. Sekarang I tengah berfikir-fikir style apa yang I nak potong. Layer lagikah? Atau nak cuba macam 2 tahun lepas tapi tak “tajam” sangat macam ini kah?


Cantiknyaaa...


Atau kalau I rasa giler berani, I boleh cuba macam ni?


Kurang rambut = kurang syampu = jimat!



Atau nak macam Rihannna?


Comey




Haha…cakap pasal Rihanna, tak lama dulu, dalam kereta on the way pi mana entah, partner I drive. I duduk sebelah jadi mem sambil nyanyi lagu Rihanna, follow radio. Lagu apa ntah, lupa haih. Then, datang angin tak betul I saja tanya partner I, I ni ada rupa Rihanna tak?





Dia tak kata apa pun. Gelak besar saja macam fisrt time dia nampak kepala bola I dulu. Pftt…At least katalah skin color kami sama!

Friday 9 December 2011

Tayar murah?



Tayar kereta I dah ditahap kritikal. Sebelum ni I kena pam angin tayar dua hari sekali. Kenapa ntah. I tak periksa pun tapi one day, masa I pi Uptown Kota Damansara dengan partner I, dia dengar bunyi pssssssssssssstttttttttttttttttttt. Ala, macam bunyi angin keluar. Dan bila dia periksa, tayar kereta bocor. Bocor kecil, tapi tak ada paku atau skru. Bila I suruh dia tampal, dia malas. Semenjak dia dah jarang guna kereta ni, I lah yang jadi mangsa. Tapi I pun malas. Jadi sampai kesudah lah bocor tu tak bertampal. Cuma kena pam angin selalu je lah.



Then, last Selasa masa i nak park kereta kat restoran seafood sebab i ada acara makan-makan sempena divison kami menang masa Hari Raya challenge aritu, budak jaga car park tu baik hati bagitahu tayar kereta I dah kiok. Oh my…dah flat. Macam mana i tak perasan ni ? Nasib baik makan pun kat area Subang, dekat dengan rumah, jadi I sempat je pergi pam angin tayar then terus pergi tampal yang bocor tu. Masa tengok bangla tu bukak tayar I, owner kedai tu kata tayar I dah teruk. Dah keluar benang ni. Tinggal tunggu nak keluar wire je lagi. I tahu dah tayar kereta i memang teruk, tapi sebab i berpura-pura miskin, i tak mahu lah pergi tukar tayar. I nak tunggu partner I yang belanja tayar baru. Sungguh murni kan?



Sehari lepas tampal bocor tu, tayar kereta I rasa gelong. Tak seimbang. Partner i kata dah bengkak, dah kembang. Tunggu masa je nak meletup. Tapi I degil gak. Tak mahu tukar guna duit I sendiri. Kalau meletup memang padan muka la jajazuzu. Kedekut sangat. Bak kata partner I, macamlah dia tak boleh ganti balik duit I tu kan. tapi I tak mahu juga. I nak dia beli terus guna duit dia. baru feel. Baru lebih sayang. Hahha…metrialistik kah i? Tak. Sebab I malas nak pi beratur kat pejabat pos, nak isi borang, nak cop ibu jari sebab nak keluarkan duit tabung i. Baik tunggu je dia dapat payment kerja dia aritu.



So, semalam lepas I balik kerja, partner I datang rumah. Mintak kunci kereta. Ingatkan dia nak pi jumpa kawan dia saja. Bila I call, ada kat Rawang dah. Tukar tayar. I bajet tayar murah lagi macam dulu-dulu. Dulu kat Klang kami pernah tukar tayar Rm110 je sebiji. Jadi ikut bajet I tu, tak mahal sangat lah kot. Kat Rawang pun mungkin murah macam kat Klang kot. Tapi bila partner i balik, i tengok resit….. RM310 sebiji! Bila masa tayar naik harga ni? Tayar dah mahal ke kat Rawang ? Kenapa tak sabar je, tunggu lah esok boleh pi survey kat Klang lak kot kat sana masih murah.



Tapi partner i kata, tak apalah. Kang awak bawak kereta gi keja esok, meletup kang sia-sia je. Tukar sajalah. Bahaya awak nanti.



Ok. sejak bila partner I pandai bermulut tebu macam ni?



Bahaya ni.




p/s : I lupa. Dulu masa tukar tayar kat Klang, kereta tak pakai sport rim lagi. Tayar standard. Memang lah murah. Sekarang dah tukar sport rim. Memang lah mahal. *tepuk dahi*

Thursday 8 December 2011

MBO @ Space U8



Space U8 tu apa? Tu shopping mall baru kat Bukit Jelutong, Shah Alam. Sangat-sangat dekat dengan ofis lama I. Dulu masa masih dalam pembinaan, i berangan kalau lunch time boleh jalan-jalan kat mall. Yelah, Bukit Jelutong tu ada apa je. Kot kalau dah boring makan kat food court jalan astaka tu, bleh la pi Space U8 kan. Dekat sikit. Sebab biasanya kami kalau nak pi makan fast food mesti kena pergi Giant Shah Alam. Kalau nak try makan kat kedai lain, kena pergi TTDI Jaya lak. Tapi berangan je lah sebab I dah berhenti kerja kat situ. Hekhek..



Jadi, 2 minggu lepas partner I bagitahu Abg Amin dia dah pergi Space U8 tu. Mall baru, kedai tak banyak bukak tapi guess what? Ada MBO! Wohoooooo…..



I tak pergi terus la masa partner I dok cerita tu. I masih boleh tahan perasaan lagi. Tapi last week I pergi gak. Sebab I kan excited nak tengok Ombak Rindu. My partner tak nak, dia nak pi menjala ikan. Jadi I tinggalkan dia dekat kawasan perumahan Bukit Jelutong tu, sebab dia tengok kawan dia menjala ikan kat situ, dan I terus pecut pi Space U8.



Mall baru dan I pergi sorang-sorang. Memang ternganga la kan. Senang kata, kedai memang tak ada yang buka lagi kecuali Food court – itu pun dua ke tiga stall je dan ada satu supermarket, Fresh 2U. I tahu sebab I parking dekat dengan Fresh 2U tu dan masuk jalan kaki pun ikut pintu supermarket tu. Kecil je tapi complete ada jual banyak fresh food macam ikan, udang, sayur, susu, yogurt etc dan barang kering macam can food, megi, snack etc. Maybe sebab baru atau maybe sebab kecil, jadi choice of product tak banyak. I saja je nak beli megi so I cari favorite brand I Mamee, tapi tak ada. Ada brand Maggi saja. Layankan sajalah daripada tak ada langsung kan.



So keluar dari Fresh 2U tu I blur. OMG. Luasnya. Maybe sebab tak ada kedai buka lagi kan. Kat mana MBO ni? Mana ada signboard lagi so i main belasah je follow 4 orang kakak ni. Depa nak escalator, I pun naik. Depa jalan terus, I pun follow, cuma sampai 2nd floor I malas nak follow dah sebab…sebab tatau. Sebab I rasa nak naik escalator tapi diorang tak naik. Diorang pi jalan terus saja. So, I naik escalator sampai 3rd floor dan terus nampak ramai orang. Eh, apa ramai-ramai manusia kat hujung sana tu? Sekali nampak poster movie. Sah, MBO !




Terus i jalan laju. MBO baru dekat mall baru. Memang cantik lah. Dah siap beli tiket, I terus balik, ambil balik partner I, pastu pi singgah pasar malam dan balik rumah. Siap ala-kadar sebab movie jam 10 malam dan keluar date dengan housemate I.




So, siapa yang rasa nak tengok wayang kat MBO @ Citta Mall tapi frust sebab tak buka lagi, boleh pergi kat Space U8 ni. Cuma tu lah, kedai memang tak ada yang buka lagi. Kalau kat Citta Mall pulak, kedai mostly dah buka, MBO lak tak buka lagi.



I kenapa asyik cerita pasal MBO ni? Sebab dekat dengan rumah lah. Malas dah aih nak pi The Curve ke OU ke Pyramid ke kalau memang niat nak tengok wayang saja. Sebab jalan is sangat jem time weekend. Nanti partner I suruh I drive, tapi I malas. Nanti kami bertekak la siapa yang kerja paling berat, siapa yang paling penat. Siapa yang paling sakit badan.



Say no to traffic jammed and say hi to MBO.

Wednesday 7 December 2011

Bad

Seluar kerja I yang paling loose, paling longgar dan paling besar yang I saja try pakai pagi ni dah fit dan ketat.

Damn u lemak.

Dan I akan denda jajazuzu untuk tidak makan nasi berkuatkuasa hari ini sampai berat turun jadi 50kg!

Bukan nasi je. Fast food, candy, chocolate, aiskrim dan semua yang sewaktu denganya yang boleh menjana pertumbuhan lemak akan dicatu. Tak boleh makan!

Dahh…pi kunyah bayam tu. Mana tahu boleh jadi kecil dan slim tapi gagah macam Popeye.

Monday 5 December 2011

Sindrom

I ada cerita. Banyak. I rasa nak menulis. Tapi bila I nak menulis, I tak ada mood pulak. I delete balik semua ayat. Sindrom pemalas atau sindrom tak ada mood? Atau sindrom kehilangan kosa kata? I tak tahu.




I nak tulis yang I dah tengok Ombak Rindu. Dengan housemate I. Cerita tu overall ok lah sebab I pun ingat-ingat lupa novel dia. Bila part sedih bergenang airmata I, I cepat sensitive sekarang ni. Tapi bila mata I berkaca-kaca, airmata dah nak menitis perempuan seat sebelah I asyik toleh tengok I saja. Apakah? Kalau pun kau tak rasa benda tu sedih, kau tak cukup sensitive, takyah la nak annoyed kan orang lain. Of course la kita akan perasan orang duduk sebelah kita asyik toleh pandang kita kan. I beli seat 5 baris dari hadapan. Cahaya skrin tu terang. Minah ni asyik la toleh pandang i lepas tu gelak-senyum pastu pi cerita kat manusia sebelah kanan dia tu pulak. Boifren kah, atau laki dia kah i tak mahu tahu. Toleh pun i tak ingin. I datang nak tengok wayang saja. I menyampah dan I pi cerita kat housemate I. Dan tiba-tiba panggung sunyi I cepat-cepat kata STUPID dengan agak kuat gak. Biaq pi perempuan gila sebelah I tu dengar. Puas hati. tapi perempuan tu tak faham bahasa, dia dok toleh I lagi. I geram I toleh dia balik dengan muka menyampah-kau-mahu-penyepak-kah, tapi perempuan tu boleh senyum-gelak pastu pi bisik kat laki sebelah dia. Ya ampun….Manusia apakah ini yang mengganggu saat bahagia I bila partner I duduk kat rumah dan I boleh pi tengok wayang dengan gembira. Ombak Rindu best. Syok. Tapi manusia sebelah I yang tak syok. Rasa mau pelempang saja.



Ehh…bukan I kata I tak dak mood nak menulis ke tadi?

Saturday 3 December 2011

Ombak Rindu

I tahu. I pernah baca. Tapi kenapa I tak ingat? Ombak Rindu ni cerita pasal apa hah? Puas i fikir. Jadi i tak semangat sangat lah nak tengok filem dia. TAPIIIIII….tadi i terbaca satu review Ombak Rindu secara tak sengaja dan sekarang I dah ingat.

Izzah & Harriz!

Sekarang I nak pi buat perhitungan dengan partner i. Apa jadi pun I nak tengok filem ni. Dia tak mau tengok, suka hati dia lah. I nak! Cukuplah dia tak bagi I tengok LBS dulu. Even I tengok kat laptop pun dia bising marah-marah. Mengarut je mamat tu. I nak pi ajak housemate I tengok lah!

Terujanyeee….

Friday 2 December 2011

Lambat

I terjaga jam 5.29 pagi. I pasti. Sebab I terjaga dengan mata terbuka luas. Macam dah lama rasanya I tidur. I terdengar kakak besar aka kakak tuan rumah I tu tengah menggoreng sesuatu kat dapur. Bilik I dekat dapur, jadi keletang keletung bunyi sudip dengan kuali tu memang jelas lah.



I sambung pejam mata. I dah set jam pukul 6 pagi. Masa alarm jam berbunyi, I sedar. Tapi I rasa malas pulak nak bangun. I sedar yang I silap tekan butang. Selalunya I tekan snooze je. Tapi I tersilap tekan stop. Tapi sebab I rasa I tak ngantuk, cuma I malas nak bangkit dari tilam je, I tak peduli la. I sambung golek-golek lagi. Sekali bila I sedar bukak mata, cahaya luar dah terang. Jam dah pukul 7.10 pagi!!!




Memang macam orang gila la I bangun. I bangkit. Berdiri. Bukak semua baju…dan kemudian I sedar. Apahal I bukak semua baju ni? Tuala mandi kan I sidai kat paku luar pintu bilik. Takkan I nak keluar bilik tak pakai apa-apa kot.



Dah lah lambat. Mengarut pi bukak semua baju. Lepastu kena pakai baju balik. Bertambah lambat lah. Nasib baik hari ni Jumaat. Dan nasib baik sekarang cuti sekolah. Jalan tak jem. Fuhhhh….

Thursday 1 December 2011

Poco-poco

Sejak I semangat nak ber-aerobik dekat rumah, kawan I offer CD poco-poco dia. jadi, dengan hati senang I mestilah NAK. Dah boring aerobik, boleh poco-poco pulak.

I excited cerita dekat housemate I dan semua orang pun happy. Semua orang excited nak poco-poco sebab yang sorang tu sampai kesudah tak pandai follow step aerobik dan lagi sorang tu dah sakit otot perut sebab I paksa join I aerobik.

Kami semua excited. Siap plan pukul berapa nak start kelas poco-poco dan masa tengah borak-borak sorang housemate I bagitahu owner rumah sewa I tu.

Dan owner rumah I kata :

“Takpelah. Tengok je bil elektrik bulan ni berapa” Sambil buat muka

I yang masa tu tengah makan megi, rasa nak makan sudu dengan garfu sekali. Apalah nasib i duduk serumah dengan manusia macam ni.

Nak kata tak ajak, dah ajak. Tapi dia tak mahu. Nak kata tak bayar sewa + bil, tak pernah pulak.

Susahnya la nak faham manusia macam ni. Nasib baik dia tu kakak sepupu partner i. Kalau tak….

Tapi, hey…peduli apa kan. I bukan tak bayar sewa + bil. Peduli la dia nak bising pasal bil pun. Dah lah kami semu tak pernah tengok bil tu. Dia sorok dalam bilik dia saja. Kalau dia nak gemok, janganlah nak marah-marah orang lain yang nak kurus. Jadi, malam ni…KITA POCO-POCO !