I terjaga jam 5.29 pagi. I pasti. Sebab I terjaga dengan mata terbuka luas. Macam dah lama rasanya I tidur. I terdengar kakak besar aka kakak tuan rumah I tu tengah menggoreng sesuatu kat dapur. Bilik I dekat dapur, jadi keletang keletung bunyi sudip dengan kuali tu memang jelas lah.
I sambung pejam mata. I dah set jam pukul 6 pagi. Masa alarm jam berbunyi, I sedar. Tapi I rasa malas pulak nak bangun. I sedar yang I silap tekan butang. Selalunya I tekan snooze je. Tapi I tersilap tekan stop. Tapi sebab I rasa I tak ngantuk, cuma I malas nak bangkit dari tilam je, I tak peduli la. I sambung golek-golek lagi. Sekali bila I sedar bukak mata, cahaya luar dah terang. Jam dah pukul 7.10 pagi!!!
Memang macam orang gila la I bangun. I bangkit. Berdiri. Bukak semua baju…dan kemudian I sedar. Apahal I bukak semua baju ni? Tuala mandi kan I sidai kat paku luar pintu bilik. Takkan I nak keluar bilik tak pakai apa-apa kot.
Dah lah lambat. Mengarut pi bukak semua baju. Lepastu kena pakai baju balik. Bertambah lambat lah. Nasib baik hari ni Jumaat. Dan nasib baik sekarang cuti sekolah. Jalan tak jem. Fuhhhh….
No comments:
Post a Comment