Tayar kereta I dah ditahap kritikal. Sebelum ni I kena pam angin tayar dua hari sekali. Kenapa ntah. I tak periksa pun tapi one day, masa I pi Uptown Kota Damansara dengan partner I, dia dengar bunyi pssssssssssssstttttttttttttttttttt. Ala , macam bunyi angin keluar. Dan bila dia periksa, tayar kereta bocor. Bocor kecil, tapi tak ada paku atau skru. Bila I suruh dia tampal, dia malas. Semenjak dia dah jarang guna kereta ni, I lah yang jadi mangsa. Tapi I pun malas. Jadi sampai kesudah lah bocor tu tak bertampal. Cuma kena pam angin selalu je lah.
Then, last Selasa masa i nak park kereta kat restoran seafood sebab i ada acara makan-makan sempena divison kami menang masa Hari Raya challenge aritu, budak jaga car park tu baik hati bagitahu tayar kereta I dah kiok. Oh my…dah flat. Macam mana i tak perasan ni ? Nasib baik makan pun kat area Subang, dekat dengan rumah, jadi I sempat je pergi pam angin tayar then terus pergi tampal yang bocor tu. Masa tengok bangla tu bukak tayar I, owner kedai tu kata tayar I dah teruk. Dah keluar benang ni. Tinggal tunggu nak keluar wire je lagi. I tahu dah tayar kereta i memang teruk, tapi sebab i berpura-pura miskin, i tak mahu lah pergi tukar tayar. I nak tunggu partner I yang belanja tayar baru. Sungguh murni kan ?
Sehari lepas tampal bocor tu, tayar kereta I rasa gelong. Tak seimbang. Partner i kata dah bengkak, dah kembang. Tunggu masa je nak meletup. Tapi I degil gak. Tak mahu tukar guna duit I sendiri. Kalau meletup memang padan muka la jajazuzu. Kedekut sangat. Bak kata partner I, macamlah dia tak boleh ganti balik duit I tu kan . tapi I tak mahu juga. I nak dia beli terus guna duit dia. baru feel. Baru lebih sayang. Hahha…metrialistik kah i? Tak. Sebab I malas nak pi beratur kat pejabat pos, nak isi borang, nak cop ibu jari sebab nak keluarkan duit tabung i. Baik tunggu je dia dapat payment kerja dia aritu.
So, semalam lepas I balik kerja, partner I datang rumah. Mintak kunci kereta. Ingatkan dia nak pi jumpa kawan dia saja. Bila I call, ada kat Rawang dah. Tukar tayar. I bajet tayar murah lagi macam dulu-dulu. Dulu kat Klang kami pernah tukar tayar Rm110 je sebiji. Jadi ikut bajet I tu, tak mahal sangat lah kot. Kat Rawang pun mungkin murah macam kat Klang kot. Tapi bila partner i balik, i tengok resit….. RM310 sebiji! Bila masa tayar naik harga ni? Tayar dah mahal ke kat Rawang ? Kenapa tak sabar je, tunggu lah esok boleh pi survey kat Klang lak kot kat sana masih murah.
Tapi partner i kata, tak apalah. Kang awak bawak kereta gi keja esok, meletup kang sia-sia je. Tukar sajalah. Bahaya awak nanti.
Ok. sejak bila partner I pandai bermulut tebu macam ni?
Bahaya ni.
p/s : I lupa. Dulu masa tukar tayar kat Klang, kereta tak pakai sport rim lagi. Tayar standard. Memang lah murah. Sekarang dah tukar sport rim. Memang lah mahal. *tepuk dahi*
No comments:
Post a Comment