I ada cerita. Banyak. I rasa nak menulis. Tapi bila I nak menulis, I tak ada mood pulak. I delete balik semua ayat. Sindrom pemalas atau sindrom tak ada mood? Atau sindrom kehilangan kosa kata? I tak tahu.
I nak tulis yang I dah tengok Ombak Rindu. Dengan housemate I. Cerita tu overall ok lah sebab I pun ingat-ingat lupa novel dia. Bila part sedih bergenang airmata I, I cepat sensitive sekarang ni. Tapi bila mata I berkaca-kaca, airmata dah nak menitis perempuan seat sebelah I asyik toleh tengok I saja. Apakah? Kalau pun kau tak rasa benda tu sedih, kau tak cukup sensitive, takyah la nak annoyed kan orang lain. Of course la kita akan perasan orang duduk sebelah kita asyik toleh pandang kita kan. I beli seat 5 baris dari hadapan. Cahaya skrin tu terang. Minah ni asyik la toleh pandang i lepas tu gelak-senyum pastu pi cerita kat manusia sebelah kanan dia tu pulak. Boifren kah, atau laki dia kah i tak mahu tahu. Toleh pun i tak ingin. I datang nak tengok wayang saja. I menyampah dan I pi cerita kat housemate I. Dan tiba-tiba panggung sunyi I cepat-cepat kata STUPID dengan agak kuat gak. Biaq pi perempuan gila sebelah I tu dengar. Puas hati. tapi perempuan tu tak faham bahasa, dia dok toleh I lagi. I geram I toleh dia balik dengan muka menyampah-kau-mahu-penyepak-kah, tapi perempuan tu boleh senyum-gelak pastu pi bisik kat laki sebelah dia. Ya ampun….Manusia apakah ini yang mengganggu saat bahagia I bila partner I duduk kat rumah dan I boleh pi tengok wayang dengan gembira. Ombak Rindu best. Syok. Tapi manusia sebelah I yang tak syok. Rasa mau pelempang saja.
Ehh…bukan I kata I tak dak mood nak menulis ke tadi?
No comments:
Post a Comment