I dan partner. Dalam kereta. Minggu lepas. I tak ingat kami ke mana. Ohh…ke Ampang. Teman dia jumpa kawan dia. On the way tu, dekat traffic light, lampu merah, kami stop. Then ada couple arab melintas. Yang lelaki nampak biasa saja. Yang perempuan, agak gemuk. I kata gemuk ok. bukan berisi ke, tembam sikit ke…tak. Memang nampak agak gemuk pun.
Suddenly, partner I kata : Orang-orang sana tu memang suka perempuan berisi. Kenapa entah. Nafsu kuat kot.
Ini I no komen. I tak tahu.
Yang I sendiri tahu, partner I suka perempuan kurus. Sebab kawan I, yang mana kawan partner I juga, dah warning I awal-awal ; Shahir tu suka perempuan kurus. Buktinya, ex-gf dia semuanya kurus. Bak kata kawan I tu.
I sendiri pun tak kurus. Awal perkenalan kami dulu dia selalu suruh i pergi jogging. I bagitahu dia, I memang begini. Kalau u rasa u tak suka badan I macam ni, sila lah bye-bye dan cari perempuan kurus lain. Tapi dia tak mahu jugak. Dia mahu i yang kurus, perempuan lain tu dah kira kes lain. Tapi sekarang dia nampak macam dah terbiasa. Sebab dia kata i ni sekejap nampak kurus, sekejap nak gemuk. Pakai ilmu apakah ? ilmu la sangat, badan i ni kurus nye kejap aje. Chubby tu yang lebih.
Jadi, dalam kereta tu i saja je tanya my partner lagi. I tengah diet ni. U nak i diet macam mana ? body macam manakah yang u suka ? u suka kurus kan ?
Dan partner I kata : tak lah kurus sangat. Kurus sangat pun tak cantik. Gemuk sangat pun tak cantik. U ni kira ok la sikit. Tapi ada part yang teruk. I suka macam J.Lo.
J.Lo je? Kim Kardashian tak mahu?
Dan yang bagusnya, partner I tak kenal siapa itu Kim Kardashian.
Baguslah. Tak payah kenal sampai bila-bila.
Ditulis oleh
J.lo wannabe
No comments:
Post a Comment