Sejak I semangat nak ber-aerobik dekat rumah, kawan I offer CD poco-poco dia. jadi, dengan hati senang I mestilah NAK. Dah boring aerobik, boleh poco-poco pulak.
I excited cerita dekat housemate I dan semua orang pun happy. Semua orang excited nak poco-poco sebab yang sorang tu sampai kesudah tak pandai follow step aerobik dan lagi sorang tu dah sakit otot perut sebab I paksa join I aerobik.
Kami semua excited. Siap plan pukul berapa nak start kelas poco-poco dan masa tengah borak-borak sorang housemate I bagitahu owner rumah sewa I tu.
Dan owner rumah I kata :
“Takpelah. Tengok je bil elektrik bulan ni berapa” Sambil buat muka
I yang masa tu tengah makan megi, rasa nak makan sudu dengan garfu sekali. Apalah nasib i duduk serumah dengan manusia macam ni.
Nak kata tak ajak, dah ajak. Tapi dia tak mahu. Nak kata tak bayar sewa + bil, tak pernah pulak.
Susahnya la nak faham manusia macam ni. Nasib baik dia tu kakak sepupu partner i. Kalau tak….
Tapi, hey…peduli apa kan . I bukan tak bayar sewa + bil. Peduli la dia nak bising pasal bil pun. Dah lah kami semu tak pernah tengok bil tu. Dia sorok dalam bilik dia saja. Kalau dia nak gemok, janganlah nak marah-marah orang lain yang nak kurus. Jadi, malam ni…KITA POCO-POCO !
No comments:
Post a Comment