wajib klik!

Tuesday 23 April 2013

Selera



Mula-mula, masa belum tahu yang I pregnant, I memang kuat makan. Nampak sangatlah yang I makan lebih banyak dari biasa. Lepas tu, terus mood merudum sebab rasa badan dah berat, makin gemok. Tapi rupa-rupanya tu tanda-tanda awal I pregnant. Partner I pernah tegur sekali masa I makan bihun goreng kat kedai mamak. Mak aih…banyaknya makan. Dan I, nak cover malu sebab banyak makan terus tepuk perut dan cakap ada baby. Alhamdullilah, memang betul ada pun.


Sekarang dah menginjak ke 7 minggu. Selera makan dah tak ada. Semua yang I suka, I jadi tak suka. Semua yang I tak suka, tetap masih tak suka. Jadi, apa yang hendak di makan? Rasa serba tak kena. Tak makan, tak boleh. Tapi kalau tak makan, tak habis, membazir. Lepas makan, sakit perut, pergi toilet, terus perut rasa kosong balik. Setiap hari memilih menu untuk makan adalah perkara yang paling susah. Sampai partner I pun ikut susah hati. Sampai bila nak macam ni? Harap-harap habis 1st trimister, semua ni pun ikut habis.


Pernah sekali, I teringin nak makan tomyam. Bila dah makan, rasa tak sedap. Terus I fobia nak order tomyam. Haritu, teringin nak makan char keow teoy mali’s yang famous tu. Bila dah makan separuh, terus rasa muak. Yang I perasan, I lebih tertarik dekat makanan orang lain. Haritu, masa order tomyam, partner I makan nasi goreng ayam. Jadi, I buat muka sedih, dan mintak tukar dengan dia. Takmau tomyam, nak nasi goreng ayam. Semalam, masa lunch kat ofis, kakak kawan kat ofis ni makan bergedil. Tengok je terus rasa teringin. Lunch hari ni nak makan bergedil pulak. Susahnya la hai nak cari makanan yang kena dengan tekak. T__T


Ahad lepas hari paling teruk. I hanya makan biskut cap ping pong dan goreng pisang. Yang lain semua I tak lalu. Baru fikir pasal makanan, dah loya tekak. Apa lagi nak makan. Sudahnya, angin. Muntah angin.


Dan I baru perasan, I loya dengan air kosong gak. Tapi kalau air yang manis pun I tak suka. So, sekarang kalau nak bancuh air untuk sarapan, I akan bancuh cair-cair. Ada rasa skit-sikit tu ok lah. Kalau air manis, memang mengundang muntah la. Tapi tak boleh kalau tak minum air kosong kan ? Cuba paksa jugak telan air kosong. Masa nak telan tu, kerut-kerut muka tahan supaya tak terkeluar balik.


I pernah terfikir kenapa  macam ni sekali. Tapi cepat-cepat istghifar. Kira ok lah ni kan. Orang lain ada yang lagi teruk dari ni. Bersyukur dengan segala yang Allah dah beri. Sekarang ni bertahan sajalah. Harap-harap tak lama nanti, selara dah kembali normal. Mudah-mudahan...Aminnn.


Oh ya. 7 minggu tu mengikut kata doktor masa I pergi klinik biasa dulu. Planning nak pergi scan nanti. Nak pastikan betul atau tidak 7 minggu tu. Dan teringin jugak nak tengok macam mana rupanya dalam perut ni. Excited! Tapi minggu ni masing-masing busy. Minggu depan mungkin. Harap-harap semuanya baik-baik saja. =) 


Tuesday 16 April 2013

Nafsu

Salam...


Selain dari suka makan coklat dan meetball, nafsu untuk bekerja dah tak ada. Malasnyaaaaaaa..nak buat kerja. Kerja banyak. Semua dah set dah ada dateline. Tapi kenapa entah. Malasnya nak buat.


Oh ya, sekarang bila tengok nasi memang tak ada selera. Kadang-kadang boleh mengundang loya. Benda masam pun I dah tak suka. Sekarang ni sedang meratah Milo cereal. Dapnyeee.. Pastu teringat kat rumah ada coklat dalam fridge. Dapnyyyyeeee..


Tak sabar nak balik rumah. Nak baring, nak golek-golek atas tilam, nak makan coklat, nak tengok drama korea. Tak ada nafsu nak buat kerja. T__T



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 15 April 2013

Enam minggu

Salam...


Semalam genap 6 minggu usia kandungan. Wahhhh…dah enam minggu. Macam tak percaya. Tapi I happy. Experience yang tak akan dapat kat mana-mana ni. =)


Oh ya. I pergi klinik hari sabtu. Mula-mula tu macam takut. Tapi yelah, kalau tak pergi macam mana nak confirm-kan. So, pergi jugak.


Masuk saja bilik doktor, terus i cakap period i delay dah almost 2 minggu.


Doc : Ada anak?

Me : Tak ada

Doc : Dah kahwin?

Me : Dah

Doc : Bila?

Me :  Februari.

Doc : Oh...baru kahwin ye?


Dan I senyum saja. Then doc tanya bila last month period. Nasib baik I ingat dan ada rekod. Rekod dekat Period Tracker je pun. Siapa-siapa yang guna smartphone boleh download. Sangat berguna tau.

 
Dan doc buat kira-kira. Katanya kalau ikut perkiraan dia secara manual, sudah lima minggu enam hari. Tapi kalau ikut chart, baru  lima minggu empat hari. Tapi lari tak jauh. Kira lebih kurang la tu kan. So, doc minta I buat urine test. Jadi, buatlah sekali lagi.


Doc senyum dan cakap tahniah.  Memang terang-terang double line disitu. Dan doc tanya sama ada I ada loya, muntah dan pening. I jawab loya pagi saja. Muntah tak ada. Pening tu tak tentu. Kadang ada, kadang tak ada. Cek BP, okay. So far kesihatan pun ok dan doc bagi acid folic. Makan sebiji setiap pagi. Dan doc advise minum susu.


Partner i tak ikut masuk dalam bilik doc. Doc pun tak tanya, so i pun tak kisah. Doc advice lagi, biasanya start check-up bila dah 3 bulan ke atas. So,  okay for me. Dan part paling best, doc bagitau edd. Happyyyynyaaa… Insyaallah, akan deliver baby on December. =)


Friday 12 April 2013

Normalkah?


Salam….


I masih tak ke klinik lagi. So, masih tak tahu berapa usia kandungan. Mungkin sebulan. Mungkin sebulan setengah. Atau mungkin baru 3 minggu. Esoklah baru nak pergi klinik.


So far I masih ok. Kesihatan ok. Cuma sekarang cepat penat. Kadang-kadang tu, ada masa rasa macam tak laratnyaaaaaa nak jalan. Nak tidur je boleh tak? Tapi kat ofis, macam mana nak tido. Sekarang pun rasa cepat mengantuk. Dalam pukul 11 – 12 tengahhari tu memang rasa mengantuk je. Tapi kalau leka buat kerja, rasa penat pulak.


Pening-pening dan loya-loya tak ada. Muntah pun tak ada. Tapi I baru perasan, kalau bangun pagi, nak kumur mulut, nak start berus gigi, mesti rasa tak selesa. Rasa macam nak muntah. Tapi tak muntah. Dan pagi, perut rasa sebu. Rasa penuh. Rasa kalau tak sarapan pun tak apa sebab tak lapar. Kadang-kadang bekal roti sekeping, separuh tu sampai ke petang tak habis. Tapi I paksa juga sarapan. Takut nanti cepat lapar dan tak ada tenaga nak buat kerja. Nanti kalau dah lapar, bukan boleh tahan-tahan. Rasa nak muntah pun ada. Angin mungkin.


Tapi kalau balik kerja pukul 6 tu, laparnya bukan main lagi. Rasa tak tahan sangat-sangat. Perut pun rasa tak selesa. Mula-mula I tak tahu perut tak selesa tu tandanya kena makan. Ada sekali tu, I beritahu pada partner. Dia kata sebab lapar mungkin. Tapi I jawab, I tak rasa lapar. I cuma rasa tak selesa. Rasa macam....alah, susah nak explain. Tapi ajaibnya, lepas makan terus hilang rasa tak selesa tu. Dan partner kata itu tandanya baby yang lapar. Ohhhhhh...begitukah? Jadi semua ni normal ke? I pun tak tahu. Maybe normal. Harap-harap semuanya normal.


=)

Monday 8 April 2013

Shazlin & Suhaila

Salam Isnin…


Before ni I ada kata yang period I delay dua hari kan? So, semalam masa boring duduk rumah sorang-sorang, I keluar. Singgah farmasi dan beli pregnancy test. Balik tu I tak terus buat test. I lepak makan aiskrim dan tengok tv. Partner pulak tak jadi balik semalam. Maybe petang ni baru gerak balik dari Segamat.

So, pagi tadi bangun nak pergi kerja, I buat test. Dan macam yang kata hati I kata, its positive. Double line. I senyum saja. Sebab memang dah agak kan. Nak excited lebih-lebih pun tak best sebab partner tak ada. Cuma syukur alhamdullilah akhirnya ada juga.

Ada satu masa dulu, bulan lepas kalau tak silap, I di dapur. Partner di ruang tamu, tengok berita. Suddenly partner kata kalau dapat baby girl dia nak letak nama Shazlin. I gelak saja. Sebab masa I belum pregnant pun. Memang dari mula lagi, kalau cakap pasal baby, partner mesti akan kata nak baby girl. Hailahhh suami. I pula mana-mana pun tak kisah janji sihat. Baby first kan, tak ada masalah kalau girl atau boy dulu.

Pagi ni, dari ofis I called partner. Tanya dia dimana? Ada di Muazzam Shah pula. Nak settle kan bil air dan bil elektrik rumah sewa Pak Usu. Dan sebelum letak, I beritahu partner yang baby kirim salam. Partner tanya dah test ke? I jawab ya. Ada. Positif. Dari nada suara, dia sangat happy. Dan tiba-tiba dia kata nama baby Nur Suhaila.


What? Suhaila? Haritu kata Shazlin.


I kata pada partner “Ni baby boy. Bukan girl la” Say bye-bye dan terus letak phone.


Alahaiii…suami. Mengharap sangat nak baby girl.


Tapi so far I tak ada apa-apa alahan yang teruk. Pening pun sikit-sikit. Muntah dan loya tak ada. Macam biasa saja. Dan dari apa yang I baca di internet, ni semua simpton mengandungkan baby boy. TAPI...semua itu kuasa Tuhan. I tak kisah pun dan harap-harap partner pun macam tu. Yang I harap sangat...moga semuanya baik-baik saja. =) 


Friday 5 April 2013

Alone

Salam...


Partner is away. Pergi Segamat dengan Pak Usu dan sepupu. :(

Balik kerja tadi, terus I masak. Nak makan sama-sama dengan partner sebelum dia gerak. Masak simple saja sebab nak cepat. Partner balik, terus kami makan. TAPI before tu I saja cakap pada partner, nanti pergi sana sila behave. Jangan itu, jangan ini. Partner cepat-cepat pandang I "mengandung ke?"


I hanya jawab pada partner : I rasa saja. Tak cek lagi. Period pun baru delay 2 hari. Tapi saja nak pesan pada dia supaya dia ingat isteri selalu. :)


Partner banyak kali ajak I ikut. Tapi sebab semua yang pergi lelaki dan nanti tumpang tidur dirumah abang Pak Usu, I jadi segan. Sebab, yelah, I bukan rapat sangat dengan Pak Usu. Lagipun partner pergi sana sebab nak buat kerja. Kalau pergi saja-saja jalan-jalan, I rasa dia takkan tinggalkan I sorang-sorang.


So, malam ni tidur sorang, esok pergi Puchong sekejap dan kemudian mungkin akan balik Rawang.


P/S : Oh ya, harap-harap 2 hari delay ni ada sebab positif. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone