Salam Isnin…
Before ni I ada
kata yang period I delay dua hari kan? So, semalam masa boring duduk rumah
sorang-sorang, I keluar. Singgah farmasi dan beli pregnancy test. Balik
tu I tak terus buat test. I lepak
makan aiskrim dan tengok tv. Partner pulak tak jadi balik semalam. Maybe petang
ni baru gerak balik dari Segamat.
So, pagi tadi
bangun nak pergi kerja, I buat test. Dan macam yang kata hati I kata,
its positive. Double line. I senyum saja. Sebab memang dah agak kan. Nak excited
lebih-lebih pun tak best sebab partner tak ada. Cuma syukur alhamdullilah
akhirnya ada juga.
Ada satu masa
dulu, bulan lepas kalau tak silap, I di dapur. Partner di ruang tamu,
tengok berita. Suddenly partner kata
kalau dapat baby girl dia nak letak nama Shazlin. I gelak saja. Sebab masa I
belum pregnant pun. Memang dari mula lagi, kalau cakap pasal baby, partner
mesti akan kata nak baby girl. Hailahhh suami. I pula mana-mana pun tak kisah
janji sihat. Baby first kan, tak ada masalah kalau girl atau boy dulu.
Pagi ni, dari
ofis I called partner. Tanya dia dimana? Ada di Muazzam Shah pula. Nak settle kan bil air dan bil elektrik
rumah sewa Pak Usu. Dan sebelum letak, I beritahu partner yang baby kirim
salam. Partner tanya dah test ke? I jawab ya. Ada. Positif. Dari nada suara,
dia sangat happy. Dan tiba-tiba dia kata nama baby Nur Suhaila.
What? Suhaila? Haritu kata Shazlin.
I kata pada
partner “Ni baby boy. Bukan girl la” Say bye-bye dan terus letak phone.
Alahaiii…suami. Mengharap sangat nak baby girl.
Tapi so far I tak ada apa-apa alahan yang teruk. Pening pun sikit-sikit. Muntah dan loya
tak ada. Macam biasa saja. Dan
dari apa yang I baca di internet, ni semua simpton mengandungkan baby boy. TAPI...semua
itu kuasa Tuhan. I tak kisah
pun dan harap-harap partner pun macam tu. Yang I harap sangat...moga semuanya
baik-baik saja. =)