wajib klik!

Tuesday 1 September 2015

Milkbooster

Salam...

Alkisah, banyak yang nak diceritakan tapi banyak jugak halangan. Jadi, marilah kita tulis secara suka hati mana satu nak cerita dulu.

Alhamdullilah, anak bujang sehingga hari ini masih fully breast feed. Nak kata susu banyak tu tak lah jugak, tapi berkat mengepam selalu diiringi ayat dalam kepala "kena pam kalau tak susu takde, kalau takde kena beli susu tin, susu tin adalah mahal. Baik simpan duit untuk benda lain"

Ye. Niat mulanya memang nak save duit. Nak ikut trend kawan2 mengepam kat ofis pun ada gak. Dan faktor utama ialah malas nak bancuh susu. Kalau holiday leceh la hai nak pack tin susu sekali kan. Tapi lain orang lain pandangan. I pernah jumpa seorang mama anak 2 sedang mengandung yang sangat cantik masa raya lepas. Dalam hati kata, cantiknya dia ni. Kurus putih melepak kulit mulus tulus gebu. Anak dah 2. Kami terserampak di sebuah rumah masa raya pertama. I sedang kendong anak yang tertidur kepenatan yang dah separuh bogel, pakai seluar je. Baju dah selamat dibukak kerana cuaca bahang panas membara. Si anak pulak cepat berpeluh, jadi mari kita tanggalkan baju dia kata partner.

Sambil tepuk-tepuk anak atas sofa, dia datang dan kami pun bersembang. Apa rahsia anak tembam gebu gebas semangat ni, tanya dia. Dan I jawab entah lah. Minum susu badan je ni. Dan kami bercerita hal susu badan. Katanya dia memang tak ada niat nak bagi anak-anak susu badan. Sekadar waktu dalam pantang. Sebab leceh nak pam dekat ofis sebab tak ada bilik nursing. Dan sebab kedua leceh nak susukan anak kalau keluar sebab dah dress up cantik-cantik leceh nak selak-selak. OK. I angguk saja. I sekalipun tak pernah nak anggap negatif sebab itu semua hak masing-masing.

See, panjang berjela tapi cerita milkbooster tak keluar lagi ni. Hahah..

Ada suatu masa, susu I merudum, pam dapat sikit je. Masa tu terfikir nak beli milkbooster yang banyak orang jual. Tapi hati rasa, ishh konfem berkesan Ke? Sebab rata-rata milkbooster ni boleh tahan jugak harganya. Jadi, I search dan jumpa banyak option lain yang murah boleh DIY sendiri kat rumah. Yang penting rajin.

Masatu, bangun pagi sebelum mandi pergi kerja pun I sibuk mengepam. Balik rumah lepas balik kerja pun pam jugak. Dekat ofis, pam 2 sesi. Pagi dan petang. Nak lebih-lebih takut boss marah. Syukur lah boss memahami. Syukur jugak sebab company memahami, ada nursing room untuk mommy-mommy walaupun sharing dengan semua. Sorang pandang dinding sana, sorang pandang dinding sini, pandai-pandailah cover aurat.

Ye, kata kuncinya disini, pam selalu. Pam dengan kerap.

Kemudian,  I cuba longan dan red dates. Berkesan jugak tapi tak lama. Tak lama sebab dah tak rajin nak merebus. Kehkeh... Sebab I dah jumpa cara lain yang lagi mudah. Halba. Halba adalah milkbooster paling senang dan murah. Halba sepeket tak sampai RM5 pun. Ikut lah kamu beli dekat mana. Ambik je beberapa biji, letak dalam bekas air minum. I memang tak kira berapa biji. Ambil secubit je letak dalam bekas air untuk bawa pergi ofis. Memang berkesan. Dan kesannya bertahan sampai sekarang walaupun dah tak minum air halba tu lagi.

Tapi ada yang tak suka bau halba tu. Bau rempah tapi rasa tak rempah. Rasa air kosong biasa je.

Again, hak masing-masing. Yang mana rasa lebih sesuai dengan milkbooster yang ada dipasaran, terus kan. Tapi I ni kalau boleh nak yang murah dan senang je. Peace.

Sekian dari Mak yang boss tak panggil masuk meeting. Sebab tu ada masa nak menulis. Bye.