wajib klik!

Tuesday, 13 December 2011

Hair cut



Rambut I nipis sebenarnya. Tapi sebab dia kering, so nampak lah mengerbang, kembang dan lebat. Cuba kalau lepas cuci rambut? Leper. Then cepat berminyak. Lagi lah nampak leper. So, sejak I sedar diri rambut I tak cantik, dan sejak ada kakak kedai gunting rambut tu kata I better stay dengan short hair saja sebab rambut I dah lah nipis lepas tu kalau makin panjang lepas bahu cepat gugur, jadi I memang tidak menoleh kebelakang lagi. Dulu-dulu I suka berangan rambut panjang dan lurus itu comel macam Avril. Tapi perah-san lah kau jajazuzu nak rambut lurus panjang cantik berseri kan. sebab rambut I adalah degil. Kalau iron cantik-cantik tak sampai 2 jam dah kusut balik.




Rambut Avril cantik!



Dulu, masa kakak kedai gunting rambut tu saja nak try potong rambut I pendek, I izinkan saja. Jadi, hasilnya adalah lebih kurang begini. Cuma rambut I tak lah seperang dan sependek itu. Style yang sama saja. 



Apa nama ntah style ni




Dua tahun I stay dengan style ini. Sebab masa mula-mula potong semua puji kata I nampak muda macam belasan tahun. Tapi kali kedua I trim, bagi pendek sikit, partner I ketawakan i. Dia kata kepala I bulat, muka bulat so kepala nampak macam bola. Fine shahir. Kepala bola ni jugaklah yang kau ajak dating kan. Then bila panjang I serik dah nak pi kedai kakak tu lagi sebab nanti diketawakan lagi dan diejek kepala bola lagi jadi I pi salon amoi kat rawang. I bagitau I nak potong style macam tu dan amoi tu bising suruh I rebonding dulu. I tak mahu. Tapi dia paksa. Sebab I yang berkuasa jadi dia membebel sajalah kata rambut I kering..nipis…bla…bla…bla…kalau style macam ni tak cantik. I kata potong sajalah, jadi dia potong pastu dia pi membebel kat partner I pulak. Kata I degil. Hahahha...Tapi nasib baik dia potong cantik.



Lepas tu I biar lagi rambut I panjang sampai lah I rimas masa I masuk hospital dulu. Rambut gugur banyak woih. Kesian makcik cleaner hospital nak kena sapu rambut I yang gugur. Jadi, keluar hospital, MC tiga minggu dan I merengek suruh partner I bawak pi salon. Kali ni I tak mau dah potong macam dulu. I kata kat amoi, ikut la nak potong macam mana dan amoi potong layer. Pendek paras bahu saja. Dan itulah last I potong rambut. Mei lepas rasanya. Ikutkan raya aritu I nak potong lagi, tapi I malas. Dan rambut I masih tak degil sangat. Jadi I kesian, I simpan saja mereka.



Tapi semalam I dah start rimas. I rasa petang tu jugak I nak pi potong. Tapi partner i macam malas saja nak teman i. Dan i pun tak sure lagi i mahu potong macam mana kali ni. Nak pi salon mana pun tak tau juga. Walaupun semua rambut I dah kiok kiok masuk telinga (omg rindunyaaaaaaaaaaaa kat ex-bf sebab dia suka kata rambut kiokk kiokk masuk telinga) I cuba bersabar saja dulu. Maybe next week baru I nak pi potong. Sekarang I tengah berfikir-fikir style apa yang I nak potong. Layer lagikah? Atau nak cuba macam 2 tahun lepas tapi tak “tajam” sangat macam ini kah?


Cantiknyaaa...


Atau kalau I rasa giler berani, I boleh cuba macam ni?


Kurang rambut = kurang syampu = jimat!



Atau nak macam Rihannna?


Comey




Haha…cakap pasal Rihanna, tak lama dulu, dalam kereta on the way pi mana entah, partner I drive. I duduk sebelah jadi mem sambil nyanyi lagu Rihanna, follow radio. Lagu apa ntah, lupa haih. Then, datang angin tak betul I saja tanya partner I, I ni ada rupa Rihanna tak?





Dia tak kata apa pun. Gelak besar saja macam fisrt time dia nampak kepala bola I dulu. Pftt…At least katalah skin color kami sama!

No comments: