I baru lepas bercerita dengan colleague i. tentang kerja i. tentang report yang big boss I nak I siapkan Isnin ni. I boleh buat report tu. sebelum-sebelum ni pun I yang buat. Tapi kali ni boss I nak cepat. Nak by Monday. Harini dah Khamis. Esok Jumaat. Sabtu-Ahad dah cuti. Cukup masa ke I nak siapkan full report yang boss I nak tu? then in between bos I asyiklah suruh I buat itu, buat ini. Nak itu, nak ini. i boleh buat, tapi mood I jadi kurang. Sebab I tak happy. Hahha…boleh pulak macam tu kan ? Kerja banyak jadi tak happy.
Then I makan junk food lunch tadi. I menyesal ni. Hahaha…habis sepeket Super Ring baru nak menyesal. Salahkan pasaraya sebab jual murah. 98sen saja. Dan I punyalah malas tak ada mood nak buat kerja. Jadi I baringkan kepala atas meja. Colleague I tanya, mahu panadol kah? I tak pening, takkan nak makan ubat. I malas saja. Ubat untuk mengelak perasaan malas ada tak? Jadi I cerita pada dia. I malas nak buat kerja. Dan cerita tu berlanjutan sampailah I tunjuk file boss I dekat dia. file tak PnC pun, tapi…bila fikir-fikir balik I tak patut buat macam tu Kerja tu dah memang kerja I, yang pi merungut dekat orang sebelah tu buat apa? Buatnya orang sebelah pi cerita kat orang sebelah dia, kat orang depan dia macam mana? I bukan faham pun bahasa diorang. I tak ada skill third language.
Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak percakapan dan perbuatan…..?
Memang minta dilempang!
p/s : I tulis ni lepas I habis lunch, pukul 2 tadi. tapi I tak publish lagi. I pi toilet la, surau la..sana la sini la…then bila I balik meja I, orang sebelah kepada orang sebelah I (paham dak? Buat-buat paham sajalah ye) dah start tanya I. see…kan betul. Tak boleh diajak bergosip la orang sebelah ni. Pffttt
No comments:
Post a Comment