wajib klik!

Thursday, 3 November 2011

Kawan lelaki

I ada sorang kawan lelaki dari sekolah menengah. Kami rapat sebab sekelas sejak dari tingkatan 4. masa tu I tahu dia ada girlfriend dan I memang tak berminat nak ada perasaan lain selain dari kawan dengan dia. Then, tiba-tiba dengar gossip kata dia dah break dengan girlfriend dia. I memang hanya kawan sekelas saja dengan dia. Tak adalah rapat mana pun. Sebab tu I tak masuk campur personal life dia.




Masuk tingkatan 5 kami masih macam tu juga. Berkawan. I memang tak ada feeling lebih dari tu dengan dia. I pun tak pernah keluar dengan dia. I siap date dengan student kelas sebelah lagi, tapi bila dia ni ajak I keluar I jadi tak berminat. Sebab I boleh baca apa yang dia feel. Sebab dia tiba-tiba jadi sangat mesra dan bagi hint macam suka kat I lah.



Pendek cerita, kami masih berkawan sampai sekarang. I dah remind dia yang I tetap akan jadi sahabat dia. so, I tak mahu dia mengharap I nak balas cinta dia. I rasa dia bukan lelaki yang boleh ngam dengan I. dia sangat lah puitis. Dia selalu hantar sms jiwang like siapalah aku ini dihatimu lah, aku akan selalu menyintaimu & terima dirimu seadanya lah, andai ada harapan berikanlah aku tanda lah….macam-macam lagi lah. I bukan perempuan yang akan cair dengan ayat-ayat macam tu. I suka lelaki romantik. Tapi bukanlah romantik guna ayat meleleh macam tu. buat geli lagi ada lah.



So, ada masa I memang tak akan balas semua sms dia. I pun setiap kali reply sms dia I akan remind, kita ni kan kawan saja. I memang tak pernahlah nak bagi harapan dekat dia. Cuma sekali masa I ada problem dulu I minta tolong dia, dan dia balas, sebagai KAWAN dia akan tolong. Itu saja. Dia juga yang kata macam tu.



Lately ni dia menjadi-jadi. Dia selalu sms i. i akan reply bila i rasa perlu saja. Smpai satu hari, minggu lepas dia sms I



Kenapa awak senyap kelu saja selalu? Tak tergambar rasanya kesedihan di hati saya ketika itu bila diperlakukan macam ni oleh seseorang yang sangat saya sayangi. Saya tak paham mengapa? & bagaimana lagi harus saya lakukan?



Dia sms ini sebab I tak reply sms dia dua hari sebelum tu. I rimas. So, I ignore saja sms dia.



Then I tergerak hati untuk reply dia. untuk beritahu apa yang I rasa pula. I reply sehabis baik. Siap minta maaf kalau terkasar bahasa. I Cuma kata yang kami hanya kawan. Sms lah I macam mana dia sms kawan-kawan dia yang lain. I tak minat dengan ayat puitis dia. I nak tulis jiwang, tapi takut dia kecil hati.



Dan dia reply I dengan marah. Dia kata tak perlu kata apa-apa dah. Kalau ada apa yang I nak katakan, tunggulah sehingga hari apabila kita semua dihimpunkan nanti.



I macam, eh…kau ni kenapa? Aku salah reply ke ?



Dan i biar saja sms dia begitu. Tapi I rasa dia salah anggap. Jadi malam tadi I sms dia. explain dan katakan I tak bermaksud apa pun. I tak bermaksud pun nak putuskan persahabatan kami. Tapi kalau dia rasa dia tak mahu berkawan dengan I, I tak kisah. Go ahead. I respect apa saja yang dia rasa. Cuma I memang tak boleh nak cintakan dia. silalah respect apa yang I rasa pula.



Then dia marah lagi. Reply semua sms I dengan huruf besar. I macam eh, drama sungguhlah kau ni. I fed up. Dia tu macam nak point finger kat I kata I lah yang bersalah. Tapi bila I tanya balik kenapa dia kata tunggulah bila hari kita semua dihimpunkan tu? dia jawab nothing. Kau kenapa? i memang rasa nak hempuk je orang time I baca apa yang dia reply tu. ada lagi dua tiga sms dia yang….. ya ampun hanya Tuhan saja yang tahu betapa dramanya dia ni. I geram. I memang tak boleh nak bertoleransi lagi. I dah malas nak jaga hati perasaan dia lagi. Jadi I bagitahu dia, dia adalah sangat drama dan semua ni I tak suka! Face the reality lah!



Before this I pernah bagi peluang dekat dia. I pernah keluar dinner dengan dia. dia tahu rumah i. dia tahu tempat kerja i. I tak suka sebab setiap hari pun dia akan datang rumah i. sms I jomlah keluar. Awan cantik ni. I kerja malam masa tu. I nak tidur. Bukan nak duduk luar rumah tengok awan dengan dia. bila dia tahu tempat kerja I, dia akan datang hari-hari. I tak suka. Bila I kata tak perlu datang tempat kerja I, dia protes dengan beli arak! I kerja kedai 24jam dulu. Kedai tujuh sebelas tu. kawan-kawan I semua bisik-bisik kata hey, tengok kawan kau tu beli arak. i memang naik angin lah kan lepas tu.



Bila I kerja dekat Mydin dulu, dia datang apply kerja jugak. Tapi masa kat Mydin I dah ada boyfriend yang akan hantar I pergi dan balik kerja. Dia nampak dan dia diam saja. Pandai pun. Tahu pun nak terima hakikat. I dah banyak kali bagitahu, I tak boleh akan jadi lebih dari kawan dengan dia. then I break dengan boyfriend I. masa nilah I ada problem sikit dan dia tolong. Dia tahu I dah break. Dan dia ada cuba-cuba nasib. I cuba pujuk hati perasaan I, tapi tak boleh. I tetap tak boleh nak cinta dia.



I tukar rumah sewa. Sebab dia pernah tolong I, dia tahu rumah sewa baru i. I busy dengan kerja. Sekali sekala saja sms dia. dia pun macam busy. Tapi kami selalu keep in touch. Sebab masa tu dia sangat memahami. I kata kami kawan, dia akan reply dan kata Ya, kita kawan selamanya. Jadi, kami baiklah. Sampailah I kenal my partner sekarang kami masih baik. Tapi I dah tukar rumah sewa lagi. Dua tiga bulan lepas I pindah, dia tanya I tinggal dekat mana. I tak beritahu. Dan dia mengaku dia ada stalk I dekat rumah sewa lama i. dia pernah nampak I dengan boyfriend dekat area rumah sewa tu. I macam…hey! Kau ni kenapa? I marah sangat. Lepas tu dia tanya I kerja mana? Sebab dia dah tak nampak kereta I dekat office. OMG! I bersyukur sangat sebab dah pindah rumah sewa dan dah tukar tempat kerja.



Hal hati perasaan sangat susah nak cakap. I cuba faham yang dia suka I sebab tu dia buat semua tu. tapi I rasa dia melampau. Dia ada cakap, kalau dia tak sempat nak stalk I, dia akan suruh kawan dia yang stalk. Dan bagitahu dekat dia. I rasa itu melampau. Sedangkan masa tu kami dah sama-sama kata yang kami hanya kawan. Buat apa dia nak mengendap i?



I pun pernah suka orang. Bila orang tu tak suka I dan hanya anggap I kawan, I boleh je terima hakikat. Kenapa dia tak macam tu? kenapa nak hidup dalam angan-angan? Dia mengaku yang dia sekarang hidup dalam angan-angan. I rasa I mampu nak bertahan sampai tahap ni saja. Sebab bila I baik, dia ingat I bagi harapan. Dia selalu salah anggap. Jadi ini lah akhirnya. I suka dia sebagai kawan. Dan I selalu ingat dia sebagai seorang kawan. tapi bila dah macam ni, I rasa tak perlu lah. Tak kawan pun tak apalah.





Ps : gigih I menaip panjang-panjang. Sebab I sangat geram ni. Sekarang dah lega sikit. :P

2 comments:

julietchun said...

sampai anta orang ngendap? takut beb.
orang mcm ni kena jaga2, takut nanti dia hilang pertimbangan dan buat yg bukan2. jaga diri ko baik2.

jajazuzu said...

ya. dia mngaku. dats y skrg i x bg muka dah dkat dia. jgn hrap dia nak dpt tau i stay kat mana skrg. bahaya kann...