wajib klik!

Wednesday 2 November 2011

Enjin

Kalau enjin kereta tidak mahu hidup




Ok. tidak mahu hidup tu aka tidak mahu start la kan. apa yang patut kita buat kalau kita dah terlambat nak ke tempat kerja, tapi enjin kereta tidak mahu start?



Apa yang perlu kita periksa?



Untuk orang yang tak berapa nak ada pengetahuan macam I ni, memang menggelabah lah kan.



Pertamanya I tengok jam dashboard. I tengok lampu. I tengok meter. Ini untuk pastikan samaada masalah berkaitan bateri atau tidak. Semua pun ok.



Then, I ulang cucuk kunci. Ulang start semula. Still tak ada tanda-tanda enjin mahu start. Mahu buat apa ni jaja?



Langkah seterusnya ialah tanya saja pada yang pakar. I call partner. Tak berjawab. Call semula dan baru berjawab.



Dan my partner kata :



Cuba tengok gear. I cepat-cepat tengok. OMG, gear dekat D. Dan I jerit dekat dia. Buat apa nak buat lawak macam ni!!! Tak kelakar ok!!!!



Sebab malam tu dia yang drive kereta. Bukan I. Sah-sah lah dia yang tak free kan gear.



*&%%$%$%!!



Mengganggu emosi sungguh!

No comments: