On the way to office this morning. Singgah sekejap dekat
Petronas sebab nak withdraw duit. Then continue drive. Partner kat sebelah.
Seat rendah, peluk bantal. Tidur atau pura-pura tidur, I don’t know. Tapi I rasa dia pura-pura tidur tu.
Dia memang selalu macam tu. Unless dia betul-betul penat. Semalam dia balik
agak lewat. Tapi agak awal jugak sebab dia pergi kerja after Maghrib, pukul
11.30 dah balik.
So, keluar
dari simpang Petronas, I nampak one guy di tengah-tengah pembahagi jalan. Tapi
bukan tu yang I heran. Dekat kaki lelaki tu, ada 2 ekor binatang. Sebab agak
jauh, I tak sure anjing or kucing. Tapi bila semakin dekat, baru perasan,
ohh..anak anjing. Warna
hitam. Sedang riang melompat-lompat dekat kaki lelaki tu. Then suddenly lelaki
tu lari, melintas jalan. And guess what? Anak anjing tu pun lari ikut lelaki
tu. TAPI..anak anjing yang pertama kena langgar. Melambung, terheret dan
digilis dua buah kereta. Paling I perasan Kelisa warna kelabu. Oh Tuhan, kenapa
pagi-pagi Jumaat ni I kena lihat semua ni. Yang kedua, yang agak lambat lari
cepat-cepat patah balik naik atas pembahagi jalan.
Being me yang
sangat sensitif, I nangis. Tak boleh tahan. Sebab I nampak anak anjing tu
main-main. Tak lama
lepas tu, I nampak jugak dia melambung digilis kereta. Sedihnya hati. Partner I terus bangun. Dia pun
nampak anak anjing tu digilis kereta. Dan dia kata, dah nasib anjing tu, nak
buat macam-mana. Kesiannya yang tinggal lagi seekor tu. Mesti dia sedih. Ohh...
siapalah yang buang anak anjing dekat tepi jalan tu. Tapi partner kata maybe
anjing liar. Dia beranak atas pembahagi jalan tu. Sebab pembahagi jalan tu agak
lebar. Walaupun I tak suka anjing, takut dengan anjing, tapi I sedih tengok
semua ni.
Terus rasa sedih
sampailah kat ofis. Terus teringat May dekat rumah. I sayang May walaupun habis
muka I dipijaknya, kaki I digigitnya, rambut I ditariknya, I tetap sayang dia.
May kesayangan yang nakal - suka koyak tisu dan suratkhabar. |