wajib klik!

Monday, 6 May 2013

Hari semalam

Salam…


Jadi, macam mana semua orang semalam? Ada banyak pendapat dan telahan mahupun ketidakpuasan hati tentang semalam kan? I malas nak beratkan fikiran. Baca dan ambil tahu begitu saja. Sebab kalau I cakap banyak pun, tetap tak akan mengubah apa-apa. Yang I tahu, I dah jalankan tanggungjawab. Semalam adalah pertama kalinya dalam hidup I pergi mengundi. Umur dah hampir 30-an baru sibuk nak mengundi kan? Haha... Tak apalah. Anggaplah masa muda remaja dulu I lebih sibuk bergembira.


So, semalam I mengundi di Rawang. Bangun awal pagi, bersiap dan terus drive seorang diri ke Rawang. Partner tak join. Dia mengundi dalam mimpi saja. Hehe.. Jadi, I terus ke rumah parents. Berkunci. Jam baru pukul 8 pagi. I anggap parents I mesti sangat-sangat excited nak mengundi, jadi mereka keluar awal. I call kakak sulong. Nasib baik rumah mak dan kakak tak jauh. Dan kakak kata mak dan adik perempuan dah gerak ke Padang Jawa. Mak mengundi di sana. Adik perempuan temankan. Ayah, dah gerak ke pusat mengundi. Ayah bertugas, bantu kawan. Baiklah... I ketinggalan. Nasib baik kakak baru nak bersiap. Jadi ada teman I nak beratur nanti.


Tapi biasalah kalau dah ada family kan. Kakak kena siapkan sarapan keluarga dulu. I pun tumpang makan sekali. Ambil tenaga untuk beratur. Hampir jam 9 baru kami gerak ke pusat mengundi. Tak jauh dari rumah. Dalam 10 minit berjalan kaki. Tapi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, panas dan bahang memang buat I cepat penat. Abang ipar hantar kami separuh jalan. Jalan dah mula sesak. Jadi, kami sambung jalan kaki hingga ke pusat mengundi. Bila hampir sampai, mak aihhhhh...panjangnya barisan. Nak tak nak kena beratur juga. Panas menbahang. Peluh I dah mula menaglir. Rasa ralat pula sebab tak bawa payung. Tak apalah. Pengalaman pertama ni.


I tak pasti berapa lama kami beratur. Mungkin hampir setengah jam juga untuk mendapatkan slip saluran ke berapa kami mengundi. I dapat saluran 5 dan kakak saluran 4. Kawan-kawan ramai kata since I mengandung, I boleh minta saluran khas. Tapi tak apalah, bukan selalu pun beratur macam ni kan. Lagipun I malas nak bersoal jawab. Perut masih kecil. Nanti orang kata mengelat pulak. TAPI nasib I baik sebab saluran 5 tak ramai orang. Depan I ada 4 orang saja dan urusan I mengundi siap dalam masa 5 minit. Keluar dari bilik saluran 5, I nampak kakak masih beratur di saluran 4. I  kata, mahu jalan balik dulu. Panas sangat-sangat. Tak tahan. Jadi, I jalan kaki balik ke rumah kakak. Singgah sekejap beli air. Oh ya, ramai penjaja ambil kesempatan berniaga tak jauh dari kawasan mengundi. Bagus. Pandai cari rezeki. Semalam sangat panas. Jadi, gerai air memang sangat laris.


Balik rumah kakak, baring-baring dan kemudian terlelap. Terjaga bila kakak kejutkan untuk makan tengahari.  


So, itulah hari ini dalam sejarah hidup I. Balik rumah, dan lepak depan TV bersama partner sampai ke malam. Tapi hari ni I kena kerja. Haihlahh... T__T