Salam…
Dua tiga minggu
ni, selera makan makin jauh. Makan pun sebab terpaksa. Sedihnya rasa hati sebab
kadang-kadang bila tengok orang lain makan macam sedap, tapi sendiri nak makan
rasa tak lalu tekak.
Dua minggu lepas,
partner i pasangkan air-cond dekat rumah makcik dia. Makcik tanya berapa upah
dan partner I kata ikut suka saja nak bagi berapa. Tapi makcik tak tahu nak
bagi berapa. Akhirnya partner kata, belanja makan sajalah. Habis cerita. Malam
tu kami ke Murni. Partner yang request nak ke Murni.
Hari tu i tak
makan tengahari. Minum
pagi dan minum petang saja. Kesian
baby. Sorry ye baby.. Malam
tu terasa nak makan spagetti. Jadi masa di Murni, i order spagetti bolognese.
Tapi malangnya bila order sampai, baru sesuap, i rasa nak nak keluarkan balik.
Tak kena dengan tekak. Tak sedap. Makcik yang baik hati, tukarkan menu dia
dengan I. Makcik order Mee Raja masa tu. I pernah makan Mee Raja sebelum ni,
jadi okay saja. Malangnya, Mee raja tu pun tak kena dengan tekak. Rasa perasa
tambahan dia sangat kuat. Kesiankan
I, makcik suruh I order benda lain. Partner I dah jegil mata. Dia kata I
membazir saja. Yelah, kesian dekat makcik. Dahlah makcik yang belanja. Takkan
nak order macam-macam tapi tak makan kan?
Sedihnya rasa.
Tapi masa tu I terbau roti nan. Macam sedap. Dan akhirnya I order juga roti nan. Bila sampai, baru masuk
sesuap, dah rasa tekak tak sedap. Alahaiiiiii, susahlah macam ni. Tapi sebab I
tak mahu susahkan hati sesiapa, I paksa telan juga. Kunyah, telan, minum air.
Kunyah, telan, minum air. Itu saja yang I mampu. Kalau tak, mahu terkeluar
balik roti nan tu. TAPI...kalau pasal air, i memang tak ada masalah. Letaklah
air apa saja pun. No preblem. Even orang kata JANGAN minum kopi, kopi lah yang
I teringin sangat nak minum. Dah lama
bertahan, hari tu ada sekali I TERminum juga. Sorry baby. Kadang-kadang I rasa
tak dapat makan pun tak apa, janji ada air sedap. Chatime yang I cuba kurangkan
minum dulu pun I dah start teringin. Nasib baik kat area rumah ada Cool
Station, sepupu sepapat la dengan Chatime + Cool Blog. Tapi I cuba elakkan
ambil yang berkafien. Not good for baby kan? Takpelah, bukan selamanya pun tak
boleh minum. Sampai hujung tahun je
nanti.