Before ni I plan
dalam hati nak check-up dekat klinik kesihatan saja. Area rumah I ada satu
klinik desa. So, I called klinik desa ni, nak tahu hari apa ada untuk check-up
ibu mengandung. Nurse (maybe) yang jawab called I tu kata check-up pada hari
Selasa dan Khamis sahaja. Dan dia tanya I dah berapa minggu. Masa tu I baru 9 minggu. Dan kata
nurse, kalau nak datang next week (10 minggu) pun boleh. Tapi lagi bagus kalau
datang masa 12 week. TAPI
sila la pergi scan di klinik swasta dan bawa gambar scan perut tu sekali. Sebab klinik desa kan, so tak ada
mesin scan.
So, dari
sehari-ke sehari I beritahu pada partner I nak pergi klinik. Nak scan. Tapi
entah kenapa asyik malas saja. Jadi, Ahad lepas, I paksa diri untuk keluar ke
klinik. Itupun dah lewat. Pukul 3.30 petang baru terhegeh-hegeh nak keluar
rumah. Partner tanya I nak ke
mana? I ada dua klinik pilihan. Pertama, area rumah. Klinik pakar wanita dan
bersalin. Dan kedua ke Klinik Umra (ke Hospital Umra?). Oleh sebab nak dekat
dengan rumah, partner ke klinik yang pertama. Masuk saja dalam klinik, di
kaunter ada dua orang kakak (ala-ala makcik) sedang duduk sambil layan cerita
hindustan. Dalam area kaunter tu ada TV. Dua-dua pandang I dan buat macam tak
tahu saja. Jadi I kata nak jumpa doktor. Yang paling hampir dengan cermin
kaunter jawab dengan nada malas : pukul 5 nanti baru doktor ada. Jadi keluarlah
kami dari klinik tu. Keluar saja dari pintu, Partner kata klinik tak bagus.
Staff layan customer pun macam nak tak nak saja. Tak payah lah pergi sini lagi.
Baiklah. I dah lapar, jadi kami pusing cari kedai makan dulu.
Lepas makan, kami
ke Umra pulak. Masuk, klinik, tanya-tanya sikit, daftar, dan kemudian tunggu
nama dipanngil. Bila first nama dipanggil, pergi timbang berat dan ambil BP.
Berat I 59kg sekarang ni. Terkejutnya. Ingatkan dah naik sampai berpuluh-puluh
kilo. Dah gemok la katakan. Bila I beritahu pada partner pun dia terkejut.
Betul ke 59kg? Dah tu kenapa gemok? Cisss...kurang asam sungguh!
Tunggu sekejap
dan kemudian nama I dipanggil. I cuit partner. Tapi sebab dia leka main game,
dia tak perasan. I jalan laju-laju masuk bilik doktor. Sambil-sambil tu toleh
pada partner. Tapi dia leka sangat. Nasiblah. Jadi I masuk sorang. Doktor
perempuan, melayu. I dalam hati memang nak sangat doktor perempuan. Sebab,
yelah, nak scan kan. Segan nak tayang perut. Lagipun baby masih kecik. Bukan
kat perut. Still kat bawah lagi. Nasib baik.
Macam biasa, doktor
tanya last period bila. Bila I jawab doktor tanya umur pula. Lepas tu ini anak
ke berapa? Ada pernah gugur tak sebelum ni? Lepas tu doktor bagi due date. Sama
date dengan doktor pertama yang I jumpa dekat klinik biasa dulu. Kemudian,
barulah scan.
Baby masih kecil
lagi. Tapi dah nampak bentuk
sikit. Scan pun tak lama sebab, tak ada apa yang I nak tanya. Doktor Cuma bagitahu
jantung dan size saja. Dan ikut scan masa tu, baby dah 11 weeks. Tapi kalau
ikut last period, baby baru 10weeks + Tapi doktor kata, still okay. So, doktor set
appointment 2 minggu akan datang sebab nak confirmkan due date.
Keluar dari bilik,
I terus pergi dekat partner dan terus bagi dia gambar scan baby. Anak awak, dan
I terus gerak pergi dekat kaunter.
Partner kata dia
perasan I cuit dia, tapi dia ingatkan bukan nak masuk bilik doktor. Ingatkan
nak pergi timbang berat lagi. Alahaaaaiii...berapa kali nak timbang berat kan? Takpe,
padan muka dia tak dapat tengok baby. Next time lah dia tengok.
Oh ya, I teringin
nak check up dekat KK sebab teringin nak ada buku pink. Macam best je kalau ada
buku pink sebab buku pink tu kita sendiri yang simpan kan. Kalau check up dekat
klinik swasta, suma check up tentang kita akan disimpan dekat klinik. Tapi
rasanya sekarang macam dah tak ada mood nak pergi KK. Takkan setiap bulan nak
check up je kena ambil cuti / MC. Tak best la kan. Tapi takpelah. Ada banyak
masa lagi untuk fikir.