wajib klik!

Thursday 10 September 2009

jawapan mari teka menu sahur



semalam aku keja sampai lewat malam. hampir tengah malam.



balik kerja singgah jumpa lelaki-yang-ngorat-aku.



dia lapar. kesian. temankan dia pergi makan sekejap.



balik lewat sikit sebab lepas makan, dia gatal nak pergi cari cd nirvana pulak. nirvana ada nyanyi lagu raya ke? ntah apa mood ntah lelaki tu sampai tengah malam bulan puasa ni dia nak cari cd nirvana.



balik rumah, dah sunyi tapi terang benderang. sliding door terbuka luas. langsir terselak habis. laptop masih on atas meja study. tapi meja makan bersih.



budak budak ni kalau nak tidor, main tidor je. bukan reti nak tarik langsir, nak tutup sliding door. nasib baik rumah tingkat dua. kalau ground floor? ishh..ishhh..issshhh...



siap mandi aku terus tidor. tapi sebelum tidur minum air suam siap siap. baca niat puasa sekali.




pengsan




sedar sedar dah pukul 7.30 pagi!




menu sahur?






aku syak mihun goreng sebab aku nampak ada pinggan mihun goreng atas meja.





**tu la ja! sapa suruh balik lambat. kan dah tak sedar orang kejut sahur. padan muka!

6 comments:

Ms.Lilies said...

slim la ko yang pose2 ni...

Rozita said...

uh..ni kes tak bangun sahur lah nih..

Ahkak Geli said...

kesian..air kosong je?

bole la kalu ko nak buka tgh karang...


.....haa..sila post mercun bola tu...

julietchun said...

sumer salah teka, dgn ko pun salah sekali,kekekekekke.

vidadarisakura said...

nasib la aku jenis x sahur.paling2 minum air jak.hee

jajazuzu said...

ms lilies : tau xpe kak...slim!



rozita : ye...



ahkak geli : uishhh...ai pnyabar. ai tahan tau!


juliet : ekekekekekek




vid : samalah vid. tp bdk2 tu rjn kjut aku