wajib klik!

Tuesday 29 September 2009

skill meminta hutang


Pagi ni partner ai, si perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki tu bising dekat ai. Dia kata, dia tengah SMS sorang perempuan yang pinjam duit dia. Katanya, SMS tu delivered, tapi si perempuan tu senyap. Tak balas.



Tiba tiba ai teringat, ai ada bagi orang pinjam duit! Tingggg!! Langsung mata ai ada simbol RM, RM, RM dan RM...



Ai tanya pada perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki, macam mana dia minta hutang? Sebab, sumpah ai memang tak pandai nak minta hutang. Teringat kat kes perempuan yang beli handbag dekat ai dulu. Ai desak housemate dia yang mintakkan duit tu. Perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki kata kat ai, SMS je banyak banyak kali kalau takut nak cakap. Sekurang kurangnya SMS dia tak dengar suara kita.



Jadi ai beranikan diri. Ambil handphone-jenama-barangan-letrik ai tu dan terus karang SMS.



Si-penakut-minta-hutang : Weh, nak tulis apa ni?


Perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki : Katalah kau nak mintak duit kau balik.


S-P-M-H : Takut la weh


P-Y-M-J-L : Kau nak duit kau ke tak?


S-P-M-H : Nak la!


P-Y-M-J-L : Tulis....saya nak guna duit. Tolong bayar sikit bulan ni! Nak mintak hutang kena tegas Ja. Kalau kau mengada ngada, siapa nak bayar!


S-P-M-H : Mana ada aku mengada!


Dan ai taip begini,















Selamat hari raya. Sihat? Emmmm...nak guna duit la bulan ni.









Lepas SMS sent, cepat cepat ai off handphone. Ai takut!



8 comments:

rozita said...

siapa yg takut siapa nih?
terbalik la Ja..
dia yg sepatutnya takut ngan ko

Ms.Lilies said...

adeh yang oiii..ko send sms gitu takdenya dia nak bayo balik...garang skit weih!

pari pari syurga said...

geli ketiak org tu baca sms akak...



hahahaha...
oooo.. dengan anim berani tunjuk garang. kata derhaka lah.. itu lah.. ini lah. hehehehe.. (ehh.. aku takde hutang dgn kak jaja ni tau)



tunjuk ler skil garang akak kat org tu plak.

tasekM said...

hahahaha.... penakut benor tu.... ha ha.



.

julietchun said...

ganasnya ayat ko,berdiri bulu romaku,hahahahahah.

jajazuzu said...

yelahhhh...suma org gelak.



heip anim! anim tu lain citer. sbb tu akak garang. ahhahaha

vidadarisakura said...

bengong.haha tapi betul..aku punya duita ada orang pinjam.sampai sekarang ndabyar2.dekat 5-6tahun.cam setan.aku plak yg takut minta.haha

jajazuzu said...

takut kan? hahhahha