wajib klik!

Thursday 11 June 2009

kali pertama saya tahu ada lelaki sukakan saya...


Saya berbaju kurung putih berbunga oren. Bertudung, ikat di depan. Saya bersimpuh berhampiran dinding, bersebelahan meja.


Sedang menunggu adik lelaki menghabiskan bacaannya.


Saya duduk sendiri sambil memerhati.


Di hadapan saya ada dua tiga orang lagi yang sedang membaca.


Oleh kerana saya duduk sambil memerhatikan dua tiga orang yang sedang membaca itu, saya fikir dua orang lelaki yang sedang berbual di sebelah meja sana tidak perasan saya mendengar perbualan mereka. Kami hanya dipisahkan dengan sebuah meja. Mana mungkin saya tidak dengar bukan?


Tapi saya pura² kusyuk melihat dua tiga orang yang sedang membaca di hadapan.


"Banyak² budak perempuan dekat sini kau suka siapa ye" Si Rambut Kerinting


Tiba² ustaz bersuara. Dan saya hilang fokus. Jadi apa jawapan bagi soalan itu saya tidak dengar.


Yang saya dengar selepas itu..


"Gila kau! Dia darjah lima lah!" Si Rambut Kerinting.


"Tapi aku suka dia jugak" Si Rambut Lurus


"Dia lagi tua la. Dia macam kakak!" Si Rambut Kerinting.


"Tapi aku suka jugak la. Dah kau tanya, aku jawablah!" Si Rambut Lurus


Saya pura² menoleh. Mereka berdua terus diam.


Pulang hari itu, seperti biasa Si Rambut Lurus akan melambai² sambil tersenyum.


Oh ye, Si Rambut Lurus dan Si Rambut Kerinting itu masing² berumur 9 tahun. Ya, mereka darjah tiga!


.


Dan di situ, di tempat saya mengaji itu, hanya saya seorang darjah lima. Hanya saya seorang yang berumur 11 tahun. Hanya saya.



Soalan pada hari ini : Cuba teka siapa saya?

8 comments:

Rozita said...

hahhah tu kenangan zaman mengaji dulu2 ke?
tak mustahil ko dpt jodoh dgn lelaki yg lebih muda kahkihkih~

julietchun said...

ikut trend skang ni pompuan tua lelaki muda,kekekekeke.apa salahnya kalo ada keserasian.

jajazuzu said...

rozita : akak x jwab soalan pun.



juliet : pun sama. sila jawab soalan ok!

pari pari syurga said...

saye adalah burung kakak tua...



hahahahha...
kakak yg dh tua..



dari,
adik yg comel

Ms.Lilies said...

saya adalah bukan watak di dalam cerita itu wakakaka....aci x jwpn aku tu?

azilaraffie said...

aku x kenal pon lelaki rambut krinting ke hape tuh..

plus.. ko ade ke baju putih kaler oren?

and plus.. aku rasa ko x penah plak pkai tudung ikat reben kt depan..

kalo maznah tu aku rasa aku penah tgk laa kot..

kehkehkeh

Mrs9 said...

Agak2 masa tu kakak darjah 5 tu baru baca MuQaddam ker dah Quran Besar???????....

jajazuzu said...

pari2 : teeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...TUA? SALAH!
hahahah


ms lilies : tak aci!


La : Maznah? eekkekekekekekek



rinnie : jawapan terpesong! ahahhaha