wajib klik!

Monday 25 May 2009

juadah pertama di rumah bujang ketiga

Rumah bujang pertama, seingat aku, menu pertama aku ialah Bubur Kacang.
Bubur Kacang? Aku tak suka bubur kacang, tapi itu amanat seseorang yang paling aku sayang dalam dunia ni. Dia ke Tanah Suci dan pesan supaya sedekah Bubur Kacang setiap hari Jumaat. Aku sangat² sayang dia, jadi aku masak dan sedekah pada kawan serumah² dan sekerja.
Rumah bujang kedua?
Air sahaja. Itupun secara auto menggunakan elektrik.
Rumah bujang ketiga?
Hehhehehhe...
Setelah hampir 2 tahun tidak masak secara solo di rumah bujang, aku akhirnya mengisi masa lapang dengan memasak. Ini semua gara² ariel TV aku yang telah dibuang oleh lelaki-yang-mengorat-aku semasa kerja² perpindahan rumah dulu. Kalau TV ada, aku syak memang aku tak masak. Tengok TV lagi best. Hehhehe
  • rasa sangat best shoping sorang² dekat giant belakang stesen-kerang tu.
  • inti utama adalah sayur campur dan ayam. malas nak potong ayam, beli yang boneless saja sebab tak jumpa yang kisar.
  • inti ditumis bersama lada hitam tanpa bawang merah. ingatkan ada bawang merah dekat rumah tapi takde. tapi masa tengah tunggu ayam masak, jumpa plastik bawang merah atas rak pinggan mangkuk. haiiihh~
  • biasa mak lekatkan popia dengan putih telur, tapi jangan kata putih telur, telur pun takde. jadi aku guna bancuhan tepung. janji lekat sudahh~
  • aku memang tidak berseni. gulung popia pun failed!
  • hasilnya, ada besar, kurus, gemuk, banyak inti dan kontot. hehhehehe
  • rumah tiada kabinet dapur. jadi dapur diletakkan dia atas lantai. sangat kesian kan? jadi aku menggoreng sambil bersila.
  • dua-tiga kali kuali buat lawak dengan aku - hampir² mahu jatuh semasa acara mem-balik²kan popia ketika sesi menggoreng. kalau jatuh, sia² je peha kena minyak panas.
  • aku berjaya buat 39 biji popia. gila eksaited sampai sanggup kira. hahhaha... aku syak, kalau aku tak makan inti tu masa sesi menggulung popia, mesti dapat buat lebih. ya. perangai yang sangat kurang sopan kan?
  • sebab kenyang makan inti sahaja, aku cuma larat makan 2 biji popia goreng.
  • selebihnya aku hantar ke stesen-kerang, tinggalkan untuk housemate aku bersama nota comel atas meja dan 7 biji lagi aku simpan dalam peti ais - khas untuk masa² kelaparan.
  • housemate kata - "sedap la kak popia tu. boifren kita pun kata sedap. dia nak tackel akak"
  • budak stesen-kerang kata - "boleh tahan la Ja. tapi apesal bagi masa aku dah kenyang?"
  • lagi budak stesen-kerang kata - "woiii Ja, ko ada jampi² tak ni? karang aku mimpi² ko pulak"
  • budak kedai tujuh-sebelas kata - "aku sempat makan 1 je. aku pergi belakang dah habis"
  • lagi budak kedai tujuh-sebelas kata - "mana aku tau kau nak lagi. aku habiskan la. sapa buat weh? sedap"
  • lelaki-yang-ngorat-aku kata - "saya punya mana?awak ni teruk la" aku sebenarnya dah tanya dia nak ke tidak, dia kata taknak. aku tak bagi la. tapi dia ada ambil 1 masa on da way nak hantar kat stesen kerang tu. dan dia kata - "TAK SEDAP!"
  • Mahu resepi? sila hantar kertas A4 dan sampul surat ber-setem dan beralamat sendiri kepada tuan punya blog. Ok, tipu! Resepi sangat simple, kamu semua mesti lagi hebat kan?

10 comments:

Ms.Lilies said...

aku xmo resepi....aku nak ko anto kat aku 50 bijik...adan bran??? hahaha

pari pari syurga said...

oiiittt...
bahagian aku mana?
takkan tinggal kulit popia jer kot?

julietchun said...

clap! clap! sebagai org bujang aku turut berbangga dgn ko.

tasekM said...

nak sikitttttttt.....!

jajazuzu said...

ms lilies : uiissshh...sapa kata xde bran? masa je yg xde kak. kalo ada masa, jgn kata 50, 100 ai antar


pari² : lerr...ko nk gak ke? x bgtau pun



juliet : yee....mari clap...clapp...




tasik : aiseehhh...dah abis la kak

Rozita said...

ish..tiba2 jadi rajin..?

azilaraffie said...

rajin??

aja nk kawin??

=P

jajazuzu said...

rozita : adehh kak. kan dh kata boring. tu yg rajin tu



La : woiitt...woiittt...hahhhaha

- said...

warghhhhhhhhhhhhhh!!!! gile la....AKU NK JUGAKKKKK....huhuhu....umah bujang ketiga ko ni dimana?? aku nk dtg makan!! ngeeee :D

jajazuzu said...

mee chee : puncak perdana beb. kalo nak dtg sila bwak ayam sendiri ye. kulit popia aku ada lg. hahaha