wajib klik!

Wednesday 27 May 2009

pengalaman saya mengutip hutang

Hai kawan²! Hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya mengutip hutang. Kamu tahu apa itu hutang? Hutang ialahh...... *Dah la tu Ja! Mengarut memang nombor satu! Diam!

Al-kisahnya aku ada la meniaga secara kecil² lan. Selagi ada barang yang aku rasa aku boleh tolak (jual) dan mampu dapat untung sikit, aku akan cuba jual. Jadi, sapa² yang rasa ada barang menarik untuk diniagakan secara murah kepada aku (murah tau, sebab nanti aku nak up tinggi sikit. hehheheh) sila kontek ye.

Ok. Ini cerita malam tadi.

Aku nak kutip hutang kat rumah perempuan-slow-lemah-lembut. Yang berhutang dengan aku, housemate dia - perempuan-waja-sangat-poyo. Jumlah hutang cuma RM45.90 sahaja. Tapi sebab dah sangat lama dia tak bayar (aku syak handbag putih tu mesti dah nak kuning dia pakai) jadi aku nekad nak tuntut gak malam tadi. Kira apa aku. Handbag dah dapat, dah pakai² pergi ofis, jalan², deting² takkan taknak bayar kot. Kan? Kan?

Sebelum datang, aku dah call siap². So, aku bajet memang taknak lepak lama pun kat rumah diorang. Lagipun lelaki-yang-ngorat-aku ada sama, tunggu dalam kereta.

Masuk je rumah diorang, aku terus duduk. Borak² dengan perempuan-slow-lemah-lembut. Si perempuan-waja-sangat-poyo diam je. Main² handphone. Lepas tu dia naik atas, masuk bilik aku syak. Aku syak lagi mesti dia ambik duit. Tapi... dia tak turun².

"Apa dia buat kat atas tu? Akak nak cepat ni" Aku

"Ntah la kak" P-S-L-L

"Adehhhh...Dia tau tak akak datang nak ambik duit?"

"Tau" P-S-L-L

Triittt..Triiittt... (ni bunyi SMS masuk ye)


Syg oii...ambik duit ke buat duit - SMS dari lelaki-yang-ngorat-aku


Bayangkan, punya lama aku tunggu dia turun sampai lelaki-yang-ngorat-aku SMS pun dia tak turun².

Aku paksa perempuan-slow-lemah-lembut naik atas, cakap aku nak balik dah.

Perempuan-waja-sangat-poyo turun. Tapi tak bercakap dengan aku. Dia main² handphone lagi. Lepas tu dia pergi dekat bakul baju. Selongkar² bakul baju. Ambik spender la, sidai bra la, sangkut tudung la.

Adehhh...aku datang nak kutip hutang. Bukan nak tengok dia selongkar² bakul baju dia. Aku buat muka pelik dekat perempuan-slow-lemah-lembut.

"Pssssttt...dia ada duit tak?" Aku - secara bisik.

"Dia kata takde. Tapi kalau akak datang dia kata dia nak bayar je" P-S-L-L - secara bisik gak.

"Dahtu yang dia selongkar bakul baju pengang spender bra tu apa kes?" Aku

"Entah la kak" P-S-L-L


Aku dah buat muka bengang. Aku intai keluar. Lelaki-yang-ngorat-aku tengah main² dengan kucing. Kucing putih mana ntah dia kutip.

Sumpah aku rasa menyampah! Aku bincang² dengan perempuan-slow-lemah-lembut. Perempuan-waja-sangat-poyo diam je. Memang aku tak ingin la nak bercakap dengan dia. Aku dah datang elok², dah bagitahu awal², kalau tak de duit lagi nak bayar, ngaku je la. Cakap je la. Tak mati pun kalau cakap tak de duit nak bayar lagi. Aku bukan kejam mana pun sampai tak boleh nak faham. At least cakap elok² la. Yang nak pergi buat muka poyo selongkar bakul baju cari bra, spender tu buat apa kan?


Dasar bodoh sombong!


Sampai keluar dari rumah tu, aku tak toleh pun dekat dia. Menyampah!

9 comments:

Rozita said...

lain kali kena letak interest nih..
kalu enbeg putih dah tukau jd kuning..pe hal..
ni sure jenis hutang berkurun tak bayau..

Ms.Lilies said...

adehhhh.....beli pandai...laju je mintak brg....time bayo kemain lagik liat

jajazuzu said...

rozita : tau xpe kak. ltk interest kang lg dia x mpu nk byar



Ms lilies : itu lah. pasni mmg xmo ambik lg dah order dia tu

julietchun said...

sebenarnya dia nak tanya ko buleh ke bayar pakai spender ngan bra,ekekkekekekeke.

jajazuzu said...

juliet : eekkekeke...weh sory 2 say la, dia gemuk. x muat bra dia utk aku.

pari pari syurga said...

huihhh....
klau kena kat aku...
silap lah beb....
mmg aku kuntau die siap2...
aku belit dgn spender, bra die..

jajazuzu said...

pari² : aku msih ada prasaan kesian lg. kalo x, mmg lama dh dia kena beb

- said...

hahaha.....1st aku nk tau la nape nick name die perempuan-waja-sangat-poyo????? die ade keta waja kah????? tp x mampu bayo utang????? begitukah????? len kali bwk aku...mmg mlm tu jgk aku ingat die byr duet kt ko..rm50 trus..hahaha...adoi ade lg umat mcm ni kt dunia ni...bikin malu jaa...huhuh ;p

jajazuzu said...

mee chee : yes darling, dia naik waja. aku ni naik wira je... haram je naik waja tp rm45.90 pun x mampu nak byar kan? okies, len kali nak kutip hutang aku ajak ko. wakkakakaka