wajib klik!

Thursday 14 May 2009

Kkkkkrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnngggggggggggggg!!!!!!!!!!!!

Pencarian Mencari Jam Loceng.

Lokasi : Uptown Shah Alam

Masa : 11.30 malam lepas Jajazuzu balik kerja dari stesen-kerang

Peserta : Jajazuzu yang comel ber-uniform merah kuning, lelaki-yang-mengorat-jajazuzu, perempuan-banayak-skandal yang keluar tanpa bawa i/c dan B - si skandal perempuan-banyak-skandal.

Parking agak jauh. Lelaki-yang-mengorat-jajazuzu bising! Jajazuzu rasa nak sepak je dia. Tapi dalam hati je la. Hhehhe

Jajazuzu jalan di hadapan, bersama perempuan-banyak-skandal.

Si B dan lelaki-yang-mengorat-Jajazuzu jalan di belakang.

Si perempuan jalan agak laju. Dengan harapan supaya apa yang mereka bisikkan tidak didengari oleh 2 lelaki di belakang.

Tetapi...

"Awak, pergi la pusing² dulu. Kitaorang main game kat sini" Lelaki-yang-mengorat-Jajazuzu.

Hampeh kan?

Sabar je la.

Ok, takpe.

Dan kamu tahu tak?

Gerai yang menjual jam tangan tidak menjual jam loceng!

Dan hasil dari pencarian itu, Jajazuzu dapat :

1. merajuk dengan lelaki-yang-mengorat-dia

2. tau mana tandas perempuan dekat uptown tu. Giler susah nak cari, ok!

3. jeruk kedondong hijau dan kuning yang dikongsi bersama perempuan-banyak-skandal

4. kena ngorat dengan mamat poyo kedai jual jeans

5. kena usik "boleh isi minyak?" dengan mamat hampeh depan kedai jual topeng hantu

6. sakit hati dengan perempuan yang tiba² je datang sebelah lelaki-yang-mengorat-jajazuzu dan tanya "awak, beg ni ok tak?". TIBA² je Ok! Tak kenal pun. Sabar je la. Macam takde lelaki lain dia nak tanya. Haiiihhh~~

7. taaaaaaaaaaaaaaaaaaaddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

-harap maaf, gambar untuk siaran sementara sahaja- MU? Ini perempuan-banyak-skandal yang hasut sebab tengok si Jajazuzu dah pegang yang Arsenal.

Bak kata Abang-jaga-kedai, "Ambik yang besar la dik. Jiran sebelah rumah pun boleh terjaga"

***Lepas ni kalau kamu ada dengar kes jiran bergaduh pasal jam loceng bising dekat area Puncak Perdana, diam² saje la ye.

8 comments:

Rozita said...

kalu kamu lewat lagi lepas ni jaja..
sure kena beli jam yg sama tinggi dgn lelaki yg mengorat kamu iteww!

pari pari syurga said...

jgn plak lepas ni aku dgr alasan jam dh abes bateri....




hahahaha....

jajazuzu said...

rozita : adehhh...sikit lg nak tggi sy tu kak. hehhee


pari² : uisshhh....idea tu. hahahhahaha

Ms.Lilies said...

ko pasti jam tu cukup kuat bg ko bgn dik?



hahahhahahaha

julietchun said...

rupanya jam ko yg dengar sampai umah aku nih,huhuhu,kacau betul, kasi slow skit sound dia la.

jajazuzu said...

ms lilies : ckup kot kak. hehhehehe



juliet : adehhh..mana ada volume control weh

azilaraffie said...

sangat tidak lawa laaa ko pnya jam

jajazuzu said...

La : ekspress punya mmg la gitu. janji ada