wajib klik!

Tuesday 26 May 2009

petang isnin yang indah, yang menyeronokkan dan memuaskan (puas?)

Petang semalam aku free. Jadi aku ajak perempuan-banyak-skandal pergi joging. Area² Subang gak. Malas nak pergi jauh.

Balik dari joging, aku dengan perempuan-banyak-skandal nak singgah kedai jap. Jadi, aku pusing ikut jalan jauh sikit. Kebetulan ada pasar malam. Slow aje lah aku bawak kereta sambil gelak², borak² dengan perempuan-banyak-skandal yang entah apa² entah tu.

Nak jadi cerita masuk satu simpang, masa nak sampai area rumah perempuan-banyak-skandal, aku nampak satu motor. Motor tu aku tak kenal. Tapi sumpah, penunggangnya aku kenal. Aku jerit dekat perempuan-banyak-skandal.

"Weh Bek...!!!Tu macam...." Aku

"Mana Ja? Motor tu? Kejar Ja! Kejar!" P-B-S

"Dia laju. Kita kan nak pergi kedai" Aku

"Boleh patah balik. Kejar je" P-B-S

Nasib aku memang baik. Orang yang aku kejar berhenti dekat Petronas. Nak isi minyak kot. Dia beratur belakang 2 biji motor yang lain. Aku park betul² sebelah pam dia.

Sebelum tu, cermin kereta aku bukak semua. Nak cepat turun punya pasal, aku dengan perempuan-banyak-skandal gelabah naikkan semua cermin cepat² sebab perempuan-banyak-skandal tu nak jugak ikut turun. Tak nak stay dalam kereta.

Sambil naikkan cermin tingkap aku nampak perempuan yang naik motor dengan orang yang aku kejar. Pakai spek. Emm...biasa² je.

Aku turun dari kereta.

Perempuan-banyak-skandal pun turun dari kereta dan terus jalan.

Aku pusing.

Aku pandang dia.

Dia pandang aku.

YES!!! Tu yang aku nak. Aku nak dia perasan aku.

Lepas pandang dia cepat² aku lari² anak. Kejar perempuan-banyak-skandal. Masuk dalam kedai Mesra tu kitorang gelak sakan depan mesin ATM. Bukan nak buat apa pun. Saja eksyen je. HAhahhahahhahahha...


Keluar dari Mesra. Orang yang aku kejar dah takde.

Dan aku kata pada perempuan-banyak-skandal :




"Tuah aku joging dengan kau hari ni Bek. Tak pasal² jumpa ex-boifren aku dengan bini dia. HAhhahahhahaha"


**Sumpah, aku tak rasa sakit hati, geram pun tak. Aku rasa best je sebab dia nampak aku. Aku nak dia nampak, even dia tak ada dalam hidup aku pun aku boleh hidup bahagia.

6 comments:

pari pari syurga said...

hahahaha....
aku pun teringin nk buat benda yg sma...
hahahha...
tp lg best klau ko tgk jer die dr dekat...
hahahaha

gelak cam setan.
hahahahaha.

Rozita said...

emm sukar utk ku mengerti akan perasaan sedemikian!

jajazuzu said...

pari² : wehh...ktorg dekat gak time tu. sebelah² je.



rozita : perasaan tu sgt best kak!

julietchun said...

kalo ko puashati kira ko dah ok ler tu. tapi kalo masih tak puas hati lagi ko gi jogging lagi dan doalah moga jumpa dia ngan bini dia lagi,kekekeke.

alea said...

bini die btul ker mcm muke pondan???? huhu...

jajazuzu said...

juliet : aku nak je terjumpa dia lg. leh aku poyo² dgn dia. tp aku syak dia lak yg tkut nak sgah ptronas tu lg. hahhahah



alea : emmm....x brpa nmpak sgt la alea. pakai helmet kan. pkai spek lak tu.