wajib klik!

Monday 11 May 2009

pagi yang riang..lalallalaa~

sebelum ni, aku pernah cerita pasal aku susah nak bangun pagi kat rumah baru kan?

aku syak aku tahu sebab apa....

masa mula² aku angkat masuk barang kat rumah tu, bilik aku tu tak ada katil lagi. kali kedua aku angkat masuk barang, dah ada katil. housemate aku yang aku tak berapa suka tu baik hati pulak pasangkan katil untuk aku.

bilik aku tu bilik kecik je. dia pasangkan katil melintang. terus menghadap tingkap. seri-yus aku tak suka. sebab aku memang tak suka tidur menghadap tingkap. kalau pusing tukar posisi, kepala aku lak dekat tingkap. lagi aku tak suka!

ok, aku tidur je. tak ada masa nak kemas-susun-atur bilik tu lagi.

jadi, hasilnya........


aku memang susah nak bangun pagi. paling teruk semalam. kunci alarm pukul 6 pagi, pukul 8 baru aku sedar. sudahnya masuk kerja kat stesen-kerang pukul 11.

haritu bajet nak beli jam loceng je. tapi lelaki-yang-mengorat-aku kata tak payah. ok, layankan saja. kalau tak dia kata aku asyik melawan cakap dia je.

tiba² aku terfikir satu benda.


semalam petang, aku dengan gigih ber-bantuankan anak lesung batu, bukak balik katil tu dan pasang balik secara menegak, tepi tingkap.


hasilnya.......


pagi tadi aku berjaya bangun awal!

sempat basuh baju, sidai baju, mandi² dengan gaya lemah gemalai, iron baju, mekap² dan sampai ofis sebelum siren bunyi.



yeaaah! eksperimen berjaya!


**aku bajet nak pindah bilik lagi la. ambik bilik tengah. bilik tu rasa kecik sangat la pulak

5 comments:

Ms.Lilies said...

hehehe....ko sama cam aku dik...tu hari tak jumpa hammer aku tibau lesung batu je....janji misi success

Rozita said...

alasan di terima..
sila susun atur kembali bilik anda he3x

jajazuzu said...

ms lilies : itu la kak. seb baik ada lesung, kalo x nak pkai botol lotion je. hahahhahah



rozita : orait kak!

pari pari syurga said...

huiitt..
lain kali tgk feng shui dulu..


hahahaha.


sila jeles sy amik gmbar dgn yuna..
*wink....wink*

jajazuzu said...

x smpat nak tgk. bz la beb


**ye, aku dah jeles. sila hepy!