wajib klik!

Wednesday 20 May 2009

entri sensitif : kalau kamu rasa kamu kurang terbuka, sila jangan baca

ini persoalan tentang perempuan.

perempuan yang dipersoalkan itu adalah aku. dan aku sendiri kurang pasti, kenapa la aku asyik dipersoalkan dengan soalan² begini. mungkin kerana :

pertamanya, aku ini sangat open-minded mungkin. kamu boleh bercerita apa saja dengan aku. aku tidak akan menghukum kamu kerana aku fikir, cara kamu adalah kehendak kamu sendiri. selagi ianya tidak menyusahkan aku, aku tidak akan peduli. jadi tidak hairan kalau ada sesetengah kawan perempuan aku menggunakan nama aku untuk cover-line dari family mereka, malah sesetengah kes, boyfren mereka - selagi semua itu tidak membebankan aku.

keduanya, mungkin kerana cara aku respon dan berbual. aku boleh terima segala cerita dari U hingga ke 18SG. selagi kamu hanya bercerita dan meminta aku untuk respon, ianya tiada masalah. tapi kalau dah mula mengarut, memang kamu menempah penampar la.

ketiganya, mungkin juga cara aku berpakaian. aku sangat² mengaku aku tidak bertudung. kalau kamu se-sekolah menengah dengan aku. atau se-kolej dengan aku kamu mungkin pernah lihat aku bertudung. tapi kalau se-pejabat, itu tidak. sekarang ini? tidak.

keempatnya, rakan² aku sendiri. seri-yus la, aku langsung tidak memilih rakan. kamu jenis yang tidak tinggal sembahyang? bertudung labuh? sangat baik? kaki clubing? tinggal serumah dengan teman lelaki? nakal? aku langsung tidak kisah. nama pun berkawan. macam aku tulis tadi, selagi ianya tidak menyusahkan aku, aku tidak kisah. jadi kamu jangan hairan jika hari ini kamu nampak aku keluar beramai² dengan perempuan bertudung dan esoknya aku keluar dengan perempuan yang tidak bertudung, berbaju singkat.

aku rasa ini empat sebab utama kenapa topik tentang aku dipersoalkan.

kamu ingin tahu?

kamu open-minded bukan?

oklah, ada seorang rakan lelaki bertanya kepada aku.

soalannya...

aduhhhh...buat aku fikir 100000000000000000000000000000 kali pulak. mahu tulis atau tidak.

kalau aku tak tulis kamu marah tak?

**kamu agak² kali ini tentang apa pula?

5 comments:

Rozita said...

cepat ler..apa soklan nya..

pari pari syurga said...

adehhhh...
kakak ni suke lah tingalkan adik dlm misteri.....




hehehe.

Rozita said...

mana sambungan nya

julietchun said...

aku tak marah pun,lalallallallla

azilaraffie said...

hish!! aku sungguh sensitip.. x bole baca neh~~

hahaha!!!