Friday, 22 May 2009
entri sensitif : kamu semua memang bijak, jadi aku rasa tidak perlu sambung cerita ini lagi
Apakes ntah aku ni. Tajuk entri asyik nak panjang lebar je.
Berbalik kepada entri sensitif semalam yang konon-kononnya aku ingin sambung hari ini, aku rasa kamu semua sangat bijak lagi kreatif bukan? Jadi kamu semua sudah tahu soalannya bukan?
Yeaa...sila tepuk tangan. Untuk kamu la, takkan untuk aku pulak.
Ya darling-darling semua. Itulah soalannya. Sangat kurang sopan bukan?
Oleh kerana si tukang tanya itu bertanya dengan muka lawak, jadi aku anggap dia saja-saja nak berlawak bodoh dengan aku. Dia kehabisan lawak barangkali. Sesetengah orang kan suka begitu. Dia kawan aku, jadi aku terima sajalah kebodohan kawan aku itu. Apa boleh buat, kawan-kawan aku berbagai jenis. Dari yang bijak pandai sehinggalah yang agak kurang bijak pandai.
Tapi aku tidak kisah. Dia hanya bertanya. Itu hak dia.
Dan sama ada aku ingin jawab atau tidak, itu hak aku.
Kan?
Tapi ada orang kata pada aku, kalau aku tidak mahu jawab, si tukang tanya itu akan fikir aku sudah......
Tapi aku peduli apa dengan apa yang ada dalam kepala otak dia tu. Orang yang suka fikir jahat saja yang akan tanya soalan itu dan berfikir bukan-bukan.
Lagi pula, dia hanya kawan. Tiada hubungan khusus dengan aku. Tidak penting kan?
Adehhh... tiba-tiba jadi seri-yus pulak!
Ok. Cerita habis sampai sini. Selamat Hari Jumaat!
***Jeela, ko jangan sibuk YM aku tanya-tanya lagi pasal ni. Nanti kalau esok aku ada kat rumah aku SMS kau. Kalau nak datang bawak ayam golek, agar-agar, buah tembikai dengan keropok lekor. WAJIB!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
uiittt...
tak on9 ym ker?
engkaulah apa yg kau fikirkan,
bertindak atas kemampuan
engkau bolehhhhh.
Salam hri jumaat juga,hehehe.
oit mane bley byk 2 bwk mknn... x diet ker... hahahha...
Post a Comment