wajib klik!

Wednesday, 6 May 2009

dilema...dilema....DILEMA!

hari isnin kelmarin aku cuti kat stesen-kerang. so, aku keluar berpoya poya dengan lelaki-yang-tengah-sibuk-mengorat-aku.

hari selasa semalam aku pergi repair kereta. aku pergi dengan perempuan-yang-banyak-skandal sebab lelaki-yang-tengah-sibuk-mengorat-aku kerja kat kl.

balik dari repair kereta, lelaki-yang-tengah-sibuk-mengorat-aku ajak pergi mandi sungai. perempuan-yang-banyak-skandal laju je hasut aku supaya ponteng kerja kat stesen-kerang.

ok.

aku ponteng. pergi mandi sungai.

kira isnin memang tak keja, selasa aku ponteng. 2 hari dah tak jejak kaki kat stesen-kerang tu.

pagi tadi, kakak sulung aku SMS

zura, balik rawang x ptg ni? we all nak celebrate bday mak!


adehhhhhh...

kalau aku balik rawang, aku tak masuk kerja kat stesen-kerang lagi hari ni. kira 3 hari dah tak jejak stesen-kerang. nanti kakak-manager kata apa pulak. karang lelaki²-gatal kat stesen-kerang tu rindu kat aku pulak. hahahahah

kalau aku masuk kerja kat stesen-kerang, aku tak dapat celebrate birthday bonda tersayang. nanti bonda sayang aku tu kecik hati pulak. nanti adik-lelaki aku kata apa pulak. kakak² aku marah lak nanti.


dilema sungguh lah!

7 comments:

Rozita said...

balik ler..sempena hari ibu
ibu ada sorang jer kat dunia ni..
stesen kerang ada byk kat dunia nih..:)

jajazuzu said...

yelah kak, org blik ptg ni.

julietchun said...

Rawang tang mana? Jgn2 umah ko sebelah umah aku,kekekekkee. Jom mandi kat kolam air panas tu plak,kihkihkih.

- said...

haaa...blk umah jgn x blk...kene mrh psl keje tu takpe kot janji jgn wat bonda kecik hati....ngeeee :D

jajazuzu said...

juliet : weh, ko area rawang gak ker? jom weh! bawak baldi siap². hahhaha



mee chee : itulah, niat nak blik. tp skang aku kecik ati dgn kakak aku pulak :(

Rozita said...

apsal asik kecik ati je nih?
kasi besor skit

jajazuzu said...

alaaaa kak, ari ni over sensitip pulak. tu psal yg asyik kecik ati je tu


*skang dah x kecik dah. =)