wajib klik!

Thursday, 9 April 2009

Takde semangat kepala hotak dia! EMO!

Meh aku nak cerita pasal budak-baru kat stesen-kerang.

Dia lelaki. Umur awal 20-an. Ada rupa, kategori sedap mata memandang. Study kat somewhere tentang enjin. Sila bayangkan ye.

Ohhh...tambahan, dia degil!

Berapa kali kitaorang dah pesan, kalau buat tagging dekat luar, tak payah la tunjuk rajin nak tolong customer angkat nozzle dan pam. Tak payah!

Dan dia memang degil.

Semalam aku dalam mood yang sangat malas untuk bekerja + kepala pening pening lalat sikit. Mata memang dah ditahap kritikal. Macam panda dah aku rasa. Aku bodek kakak-manager. Buat muka kesian + sedih + suara comel lebih kurang sikit = kakak-manager bagi aku balik awal.

Aku duduk lepak sekejap.

Hujan renyai².

Tiba².........

(err..camne nak buat bunyi benda putus yer? Ahhh...buat sendiri la...)

Pendek cerita la ye. Ada 1 Unser kaler biru. Jalan sambil tarik nozzle. Putus!

Nyonya Unser tu membebel² marah + salahkan budak-baru.

Budak-baru masuk Jet, kira duit dan cakap nak balik.

Ahhh...giler emo dia. Aku rasa macam nak sepak je dia laju².

Benda kecik boleh setel macam tu pun dia kata dia dah hilang semangat. Belum lagi hal² besar.

Standard kerja la kan, ada masa kita buat silap. Tak selalunya betul je.

**aku bet, petang ni mesti dia tak datang kerja.

6 comments:

azilaraffie said...

dh noozle tu putus, xde effect ape2 ke weh??

suh budak baru tu g balik sambung blajar je laa.. kasi abis study dulu baru masuk keje balik..

lelaki @ pondan??? mcm tu pon nk emo!

jajazuzu said...

nozzle putus, efek dia pam tu xleh guna la. itu je. pagil org pasang balik je, pastu ok dah.


tau xpe la, aku nak balik pun tergendala smalam. emo nak mampus

julietchun said...

psttt: aku tak reti ler nak buat efek benda putus,huhuhu.

Lenkali kalo nak balik terus balik jgn nak dok lepak2 lagi kat situ.

jajazuzu said...

juliet : aku pun tak reti. tu pasal aku soh buat sndri

aku bkn sngaja nak lepak. aku nak pau mmber aku duit. tu pasal aku stay lama skit tu. hahhahaha

vidadarisakura said...

ko patut tempeleng laju2 budak tu.
berhati bapok betul.

haha

jajazuzu said...

tau takpe. harap muka je ensem-boleh-tahan