wajib klik!

Monday, 27 April 2009

selamat tinggal sayang!

aku terpaksa lepaskan dia....

walaupun sebelum ni kamu kadang² menyusahkan aku, buat aku kena tahan dengan polis la, buat aku gelabah sebab tingkap sebelah driver kamu rosak la, bunyi kamu sangat bising la dan lambang tengkorak yang tak boleh hilang tu...

aku tetap sayang kamu!

owner kamu a.k.a adik-lelaki sudah habis kursus. dan seperti perjanjian-melalui-SMS, aku terpaksa pulangkan kamu...

tsskk..tskk... sedih! kamu tak kuat makan minyak. bunyi kamu sedap. sekali sekala boleh race..walaupun kamu agak rendah dan pendek. kalau orang ada penyakit pundi kencing, naik kamu lalu dekat jalan banyak lopak, memang terseksa. ibu² hamil pun tidak digalakkan menaiki kamu ke hospital kerana silap hari bulan, kamu boleh jadi glemer, nama kamu masuk dalam surat lahir kelahiran bayi. tapi kelajuan kamu itu, aku memang tak nafikan, sayang.

aku bajet kamu mesti hepi sebab sudah pulang ke kem. yelah, dekat flat aku, kamu selalu kena tinggal tepi jalan saje. dah la aku selalu gesek² pintu kamu tu dekat divider sebab tak pandai bajet masa parking. kesian kamu calar balar kan. tapi kamu jangan la mengadu sama owner kamu. minyak hitam kamu pun aku tak sempat tukar. kamu pun aku tak sempat cuci. aku bukan sengaja. tapi saudara kamu, si putih yang kecoh macam knight rider tu yang telah menghabiskan duit aku. kamu kena faham.

kamu jangan nakal² dekat kem. kalau kamu rindu aku, kamu bagitahu adik-lelaki ye. sekali sekala aku nak juga gesek² kamu lagi dekat divider. nak juga sekali sekal bawa kamu deting dekat midvall lagi.

opss..rahsia kita berdua, masa aku langgar kamu dekat tembok petronas dulu tu jangan bagitahu adik-lelaki ye. nanti aku upah kamu party buih dekat car wash stesen-kerang.

detik² terakhir semasa penyerahan kembali si tengkorak..

dah..dah.. babai tengkorak! ai leb yu!

10 comments:

pari pari syurga said...

patutnya ko tukar dulu gmbar tengkorak tu...
bubuh gmbar hello kitty....





cun kan?
hahahahaha.

jajazuzu said...

bkn aku punya beb. kalo aku punya, jgn kata hello kitty, aku siap spray kaler pink lagi . hahahha

azilaraffie said...

well.. welcome to the club!

x sempat lagi nk borak² pasal si putih ko tu.. xpe, nnt kite set time, leh si putih tu kenal² sama mr.green ye..

julietchun said...

pasni dah takde abg polis tahan ko lagik,kekeke.

Rozita said...

beli aje sebiji yang serupa tapi tak sama

jajazuzu said...

La : ye..jgn green ko tu nak tekel putih aku sudah. hahahhaha


juliet : tau xpe. xde la dup dap dup dap hati aku nmpak rodblok lg



Rozita : bkn x mo yg serupa kak. xde rezki nak dpt yg cmtu, dpt yg cam lain

Rozita said...

he he ko dpt yg camner ek?
tayang ler skit..
tayar 4 ke tayar 6 ha hah

jajazuzu said...

tayar dpt 5 kak. 4 guna 1 lg simpan dlm bonet. hahahhaha

vidadarisakura said...

alaaa baru jak becadang maw kasi calar si tengkorak ni..hee

jajazuzu said...

hahhahha...ko lambat skit la vid