ada orang baik hati belanja aku tengok Jangan Tegur semalam.
dan aku kesian dengan orang itu sebab tangan dia sakit² kena genggam dengan aku. jantung dia pun asyik dup dap dup dap sebab aksi² terkejut aku yang melampau, bukan sebab cerita itu. aku lupa nak beritahu aku separa penakut. aku syak lepas ni, kadar peratusan dia untuk mengorat aku mesti menurun. ohh..takpe. aku tak kisah.kebetulan ada sorang kawan aku, perempuan-banyak-skandal mahu tumpang balik. pergi ambik dia sekejap. sampai di kampung melayu subang, jalan kena tutup. kami pusing² cari jalan keluar. sudah pukul 1.30 pagi. masa tu gelap. tiba².... tiba²........ .
.
gelap. aku nampak satu burung putih terbang. aku diam. perempuan-banyak-skandal, aku syak tak perasan. dia sibuk cerita pasal skandal dia nombor berapa entah. aku cepat² naikkan tingkap. sambil tu jeling² perempuan-banyak-skandal dekat sebelah. dia asyik cerita.
buat² tak nampak dan terus jalan. hantar perempuan-banyak-skandal dekat rumah dia, dan dia buat lawak bodoh sebab tertinggal kunci rumah dalam kereta skandal dia yang entah nombor berapa pulak. sudah pukul 2. aku warning dia. esok aku keja. nasib baik dia tak banyak songeh. dia terus lari² pergi dekat lif. aku terus blah. balik rumah, parking tepi jalan dan terus lari² naik tangga flat. lampu tangga flat kelip² macam nak taknak hidup. jantung aku sudah dup dap dup dap dup dap jalan sambil tengok kiri kanan. cepat² bukak grill pintu. masuk dalam rumah. masa nak tutup balik grill aku nampak ada sekor kucing hitam duduk atas dinding koridor. betul² depan pintu. diam. cepat² aku tutup pintu. masuk bilik. on lampu. letak beg, simpan kunci, ambik towel, diri depan cermin. belek² muka. pap! lampu auto padam! 1 2 3
4
5
lampu auto on balik
kaku sekejap. gila seram! tak pernah jadi macam ni.
***aku fikir 2, 3 kali. nak mandi ke tak? nak mandi ke tak? nak mandi ke tak?
13 comments:
mlm ni "dia" tungu bwh katil ko jaja...
hheeeeehhiiiiiihhheeeeehhhhiiiiii!
hahahhhah...
aku takde katil weh. stail bentang tilam je.
kompom dia baring sblah ko jek..
weh, ko x bace ke brita kt surat kabo yg david teo tu eksiden ala² julia zeigler eksiden lam movie Jangan Tegur tu?
badi tu namanya..
hah?
errrkkk..
ermm...takper.
die tukar plan.
tungu ko dlm selimut plak..
La : wehh...ko jgn bikin aku tambah seram...
kalo ko dpt 4 pass tu, 2 kasi sama aku yer. ai leb yu la!
Pari2 : woiitt..woitttt....seb baik ko jauh. kalo dekat aku tumpang tido umah ko mlm ni. hahahhaha
ko mesti ade tegur-tegur ni, kang dah cakap Jangan Tegur.
tegur dlm hati pun kira gak ker?
akhirnya apa? ko mandi ke tak?
hehehhehe.....tak la kak. ai basuh muka, lap2 badan je. itupun cepat2....
gila penakut. hahahhaha
amcm ko mlm keliwon td?
die tungu ko dlm selimut tak?
hahahahaha.
ciskek la ko.hahhahahahah
seb baik aku x tgk keliwon mlm td. selamat guee..
argghhhh!! seram dan agak busuk neh!! hoho ;p
pssst: aku pernah gak camtu..lepas tgk cite antu nk tgk cermin pun seram sejuk...hoho
oitt...mana ade busuk!ahhahahhah
Post a Comment