wajib klik!

Thursday, 30 April 2009

TAG!

Starting time : 09:38 pagi Finished time: 10:31 pagi

Name : Jajazuzu

Sisters : ada 3 orang kakak dan sorang adik

Brothers : ada sorang jer

Shoe size : 7 @ 8 ---> giler besar kaki gue!

Height : 156cm kot. ker 158? 159? ntah la. lebih² kurang gitu la

Where do you live : pagi ni masih dari S.M. esok rasanya dah start dok P.P pulak.

Have you ever been on a plane : Of course la pernah. nak balik Sarawak naik apa lagi?

Swam in the ocean : emm..penah la kot

Fallen asleep at school : jangan kata kat sekolah, sekarang ni pun mengantuk giler. tu pasal layan tag ni. hahhaha

Broken someone’s heart : errr..pernah ke? pernah la kot. tapi tak selalu. ai baik hati tauu..~~hahhaha

Fell off your chair : err..lupa la. pernah kot

Sat by the phone all night waiting for someone to call : tak. tido je. sebab kalau phone bunyi, otomatik ai sedar.

Saved e-mails : Ya

What is your room like : simple² je. kadang serabut, kadang tak. besa la tu.

What’s right beside you: kerusi

What is the last thing you ate : sardin roll

Chicken pox : yang ni seri-yus lupa. tapi mak kata dah pernah kena dulu

Sore throat : hari sabtu. masa tengok final piala FA. eksaited ai jerit. hhahahhaa

Broken nose : tak. broken heart ada la. hehehe

Do you Believe in love at first sight : emm...ntah la. no komen

Like picnics : suka...suka...suka!

Who was/were…The last person you danced with : dengan si ehem..ehem.. hari sabtu, atas kerusi stadium sambil pegang bendera selangor. eksaited sebab selangor menang piala FA

Last made you smile : baru je seminit tadi. dia sms tanya ok ke tak pagi ni

Today did you… Talk to someone you like : mestilah!

Kissed anyone : errr..errrrrr.... today kan? TODAY TAKDE! hahahahhaha

Get sick : sakit perut

Talk to an ex : semalam kot. borak dengan si busuk ai

Miss someone : emm...rindu kat someone tu

Who do you really hate: err..tak baik benci² tau

Do you like your hand-writing : kejap suka kejap tak. tengok mood la

Are your toe nails painted : tidak

wHOse bed other than yours would you rather sleep in : emm..tak kisah la tilam sapa. janji ok

What color shirt are you wearing now : unggu

Are you a friendly person : bergantung kepada situasi

Do you have any pets : ADA! ada Tommy, Mickey, Banu, Bedah, Comel, Momot, Alex, Mawi, Ekin, Aien pun ada...hahhahah -----> suma ni kucing ye.

Do you sleep with the TV on : selalu sangat.

What are you doing right now : tekan keyboard komputer

Can you handle the truth : boleh kot

Are you closer to your mother or father : dengan mak kot. sebab dengan mak boleh cerita psal boifren. dengan ayah segan skit. hehhehe

Do you eat healthy : ke arah itu sekarang ini.

Do you still have pictures of you & your ex : of course la ada

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : bergantung kepada situasi

Are you loud or quiet most of the time : sederhana je. tak kuat, tak senyap

Are you confident : tengok keadaan

5 things I was doing 10 years ago:-

part time kat bluewave - jadi girlfren no 2 (korang ingat bini je ke ada no 2?) - pergi sekolah, balik sekolah - gila mirc - lepak² je. honeymoon year la katakan

5 things I would do if i were a billionaire:

bagi mak - setel hutang MARA - setel hutang kereta - beli rumah - invest kat mana²

5 of my bad habits:-

last minit - kadang² suka ambik mudah jer - suka fikir negatif - selalu lupa potong kuku - suka cabut rambut gatal

5-10 places I’ve lived/living :-

serian - padang jawa - subang mewah - bukit beruntung - and coming soon puncak perdana

ok! dah siap.

Nak tag..emm...sapa yerk? ha! kamu! nak tag kamu. kamu yang sedang baca ni. dah, jangan nak ngelat, gi buat cepat!

PMI 3!

Gue tengah gigih hafal lirik lagu DEWA ni.

Jom! Sapa mau join gue?

Wednesday, 29 April 2009

pemukul upahan diperlukan

semalam aku bajet nak balik awal dari stesen-kerang. ada lagi barang yang aku tak sempat nak angkat.

kalau ikut jadual, aku boleh cabut awal sebab budak baru yang emo tu pun kerja gak.

tapi sampai pukul 10.30 malam dia tak masuk.

habis lari plan aku! tak dapat angkat barang lagi.

cis sungguh la budak tu.

kalau aku nak upah orang belasah dia boleh tak? asyik menyusahkan aku jer

Tuesday, 28 April 2009

from S.M to P.P

aku nak pindah.


errr...bukan nak. tapi lebih kepada TERPAKSA pindah.


jangan tanya banyak jika kamu jumpa aku dengan singlet dan seluar pendek penuh habuk.


aku sibuk!




***housemate baru aku macam cilake. nanti la aku cerita.

Monday, 27 April 2009

selamat tinggal sayang!

aku terpaksa lepaskan dia....

walaupun sebelum ni kamu kadang² menyusahkan aku, buat aku kena tahan dengan polis la, buat aku gelabah sebab tingkap sebelah driver kamu rosak la, bunyi kamu sangat bising la dan lambang tengkorak yang tak boleh hilang tu...

aku tetap sayang kamu!

owner kamu a.k.a adik-lelaki sudah habis kursus. dan seperti perjanjian-melalui-SMS, aku terpaksa pulangkan kamu...

tsskk..tskk... sedih! kamu tak kuat makan minyak. bunyi kamu sedap. sekali sekala boleh race..walaupun kamu agak rendah dan pendek. kalau orang ada penyakit pundi kencing, naik kamu lalu dekat jalan banyak lopak, memang terseksa. ibu² hamil pun tidak digalakkan menaiki kamu ke hospital kerana silap hari bulan, kamu boleh jadi glemer, nama kamu masuk dalam surat lahir kelahiran bayi. tapi kelajuan kamu itu, aku memang tak nafikan, sayang.

aku bajet kamu mesti hepi sebab sudah pulang ke kem. yelah, dekat flat aku, kamu selalu kena tinggal tepi jalan saje. dah la aku selalu gesek² pintu kamu tu dekat divider sebab tak pandai bajet masa parking. kesian kamu calar balar kan. tapi kamu jangan la mengadu sama owner kamu. minyak hitam kamu pun aku tak sempat tukar. kamu pun aku tak sempat cuci. aku bukan sengaja. tapi saudara kamu, si putih yang kecoh macam knight rider tu yang telah menghabiskan duit aku. kamu kena faham.

kamu jangan nakal² dekat kem. kalau kamu rindu aku, kamu bagitahu adik-lelaki ye. sekali sekala aku nak juga gesek² kamu lagi dekat divider. nak juga sekali sekal bawa kamu deting dekat midvall lagi.

opss..rahsia kita berdua, masa aku langgar kamu dekat tembok petronas dulu tu jangan bagitahu adik-lelaki ye. nanti aku upah kamu party buih dekat car wash stesen-kerang.

detik² terakhir semasa penyerahan kembali si tengkorak..

dah..dah.. babai tengkorak! ai leb yu!

Thursday, 23 April 2009

sebab kukuh kenapa aku masih baik-taraf-mesra dengan semua ex-bf aku.

umur dah 25 tahun 6 bulan 18 hari. saat dengan jam tu aku malas nak kira. abaikan sudahh... mula gatal ada boifren masa umur 16 tahun. dan dari usia 16 tahun sampai hari ni, aku ada 6 orang ex-boifren.

dari 6 orang, cuma 2 orang je yang dah lost contact. yang lagi 4 ada dalam hidup aku.

dari 4 orang tu, sorang dah kahwin. so, yang dah kahwin tu memang aku tak layan lagi la. tinggal 3.

dari 3 orang tu, sorang aku kadang² jumpa. terjumpa la. selalu gak borak². tapi call ke sms ke memang dah tak sebab awek baru dia pernah serang aku. ingat aku ni masih ada hubungan dengan dia tu. adehhh...perempuan muda lagi. budak². biasa la tu.

lagi sorang, selalu gak call dan sms. tanya khabar, say i love u and i miss you. tapi jumpa memang tak pernah dah. dah banyak kali nak set date tapi masing² sibuk.

dan dalam semua² tu, ada sorang yang paling aku sayang. sumpah aku sayang. dia pun sayang aku. kami masih contact, masih say i miss you and i love you malam², masih boleh dating macam masa couple, masih boleh share rahsia, share cerita. dengan dia, aku boleh cerita semua benda. sama dengan dia, cerita semua benda dekat aku. jalan² masih boleh pegang tangan, boleh nangis atas bahu dia, boleh pergi konsert sama², dan ada banyak persamaan antara aku dengan dia.

tapi..

tak lebih dari itu. bukan kawan dan bukan kekasih. mungkin hanya teman mesra yang sangat memahami.

sebab² kukuh kenapa aku masih baik-taraf-mesra dengan mereka semua :

aku berjaya menge-PaU RM200.00 dari salah seorang daripada mereka yang empat itu pagi ni. ehhehehehhe...

**tengkiu la yang! ai leb yu!!

Wednesday, 22 April 2009

diorang sengaja sabotaj aku!

aku dalam proses diet!

seri-yus ni!

tapi kenapa la masa² ni ramai orang yang nak belanja aku makan? alahhhaaaaiiii...sengaja dengki!

**pakcik driver belanja goreng pisang. ada atas meja aku tu. aku dah makan 1. kalau aku nak muntah balik boleh tak?

Tuesday, 21 April 2009

bahana menonton 2 cerita hantu di panggung wayang dalam masa selang sehari

toilet dekat stadium shah alam memang gelap tahap dewa tak ingat dunia.

gelap tahu tak!

gelap gelita sampai tak nampak apa!

sebelum ni aku kalau dah tak tahan, aku belasah redah je. gelap tak gelap, janji lega.

tapi bahana menonton Jangan Tegur dan Coming Soon dalam masa selang sehari....

.

.

.

kesannya.... .

.

cahaya dari henpon pun aku rasa sangat malap.

air paip dalam toilet tu pun aku rasa x jernih. siap ada perempuan baik hati mahu tolong tunggu depan pintu pun aku tak sanggup.

**aku sanggup tahan sampai habis game. lepastu baru singgah stesen minyak. itu pun aku paksa orang tunggu depan pintu toilet.

Monday, 20 April 2009

anak jati selangor, sila ucap terima kasih pada aku!

sebab aku pergi tengok semi-final dekat stadium shah alam hari sabtu hari tu.

selangor lawan perlis

sebelum masuk, ada orang ugut aku.

"apesal pakai baju hitam? kalau selangor kalah malam ni, semuanya sebab awak!"

mana aku bajet nak pergi tengok bola! last minit tu. aku sudah keluar dari rumah, baru ada orang call ajak pergi. takkan aku nak patah balik kot. tak kuasa aku.

tapi

selangor menang 2 - 1!

dan aku perli orang yang ugut aku itu.

"nasib baik saya pakai baju hitam kan? kalau tak mesti seri tadi"

**nanti final dekat bukit jalil aku taknak pakai baju hitam! panas sehhh!!!

Friday, 17 April 2009

TAG lagi

Tag Cabaran Langsing

aku tau la aku kurang langsing. Memang sengaja la ko ni La.

Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda? berat : gile lar tanya berat kat orang kurang langsing. Ingat aku nak bagitau ker? tinggi : seri-yus lupa! Aku ingat aku 16+cm camtu. Skali bukan daa… 15+ je. Tak pasal² silap isi borang

Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu? emmm…hampir 60kg tapi x pernah 60kg la. Hampir je. 2-3 tahun lepas kot. Masa tu balik kerja ada je orang offer masak. So, malam asyik makan je.

Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut? takde kot. Ais memang tak minum. Tapi aiskrim makan la. Hahahhah…camna la nak kurus. Adehhh…

Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu? paling rendah? Betul ke nak tau ni? 3kg kot. Masa baru lahir. hehhehe

Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda.. tak pernah la. Ada sesapa nak sponsor ai tak?

Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah? emmm…..ntah la. Tak makan nasi kot. Tapi skang buat 2 keja sehari. Kalau tak makan nasi tu memang sengaja nak suruh pengsan la.

Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak? sebab pergi kerja orang hantar. Balik orang jemput. Sebelum sampai umah, ajak pergi makan lak. Kadang² orang tu offer nak masak untuk ai. Tu pasal la naik mendadak. Tapi sekarang takde dah. Tu pasal sekarang dah kurus sikit. hehehe

Apakah Target anda untuk kurus selepas ini? dapat kurangkan lagi 5kg pun jadi la. Takleh kurus sangat. Nanti kena tiup angin melayang lak. Pssttt…sapa² ada petua yang berkesan untuk kurus sila inform dengan segera. Tapi kalo setakat kata jangan makan nasi tu takpayah la inform. Itu gue dah tau dong

Miliki gambar anda dahulu dan kini? Ya..? sila upload ok? ahhhh…ngade nak gambar lak.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

ni jer gambar paling lama yang ada dalam pc aku. masa kenduri mastura kat melaka ni. tu bukan sengaja nak buat aksi perempuan melayu terakhir tau. masa tu panas giler. dahla sesat. sampai rumah pengantin terus tangkap gambar...adehh..lari topik pulak. see, tak langsing kan?

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambar paling baru. kandid! masa tengah gigih tampal carta kat opis. see! masih tak lansing lagi kan? adeh..!!

**cam besa la. sapa baca auto kena buat.

Thursday, 16 April 2009

ini betul betul. bukan CO. BA. AN!

ada orang baik hati belanja aku tengok Jangan Tegur semalam.

dan aku kesian dengan orang itu sebab tangan dia sakit² kena genggam dengan aku. jantung dia pun asyik dup dap dup dap sebab aksi² terkejut aku yang melampau, bukan sebab cerita itu.

aku lupa nak beritahu aku separa penakut. aku syak lepas ni, kadar peratusan dia untuk mengorat aku mesti menurun.

ohh..takpe. aku tak kisah.


kebetulan ada sorang kawan aku, perempuan-banyak-skandal mahu tumpang balik. pergi ambik dia sekejap.

sampai di kampung melayu subang, jalan kena tutup. kami pusing² cari jalan keluar. sudah pukul 1.30 pagi.

masa tu gelap. tiba²....

tiba²........

.


.


gelap. aku nampak satu burung putih terbang. aku diam. perempuan-banyak-skandal, aku syak tak perasan. dia sibuk cerita pasal skandal dia nombor berapa entah. aku cepat² naikkan tingkap. sambil tu jeling² perempuan-banyak-skandal dekat sebelah. dia asyik cerita.


buat² tak nampak dan terus jalan.

hantar perempuan-banyak-skandal dekat rumah dia, dan dia buat lawak bodoh sebab tertinggal kunci rumah dalam kereta skandal dia yang entah nombor berapa pulak.

sudah pukul 2. aku warning dia. esok aku keja. nasib baik dia tak banyak songeh. dia terus lari² pergi dekat lif. aku terus blah.

balik rumah, parking tepi jalan dan terus lari² naik tangga flat. lampu tangga flat kelip² macam nak taknak hidup.

jantung aku sudah dup dap dup dap dup dap

jalan sambil tengok kiri kanan. cepat² bukak grill pintu. masuk dalam rumah.

masa nak tutup balik grill aku nampak ada sekor kucing hitam duduk atas dinding koridor. betul² depan pintu.

diam. cepat² aku tutup pintu. masuk bilik. on lampu. letak beg, simpan kunci, ambik towel, diri depan cermin. belek² muka.

pap!

lampu auto padam!

1

2

3


4


5


lampu auto on balik


kaku sekejap. gila seram! tak pernah jadi macam ni.



***aku fikir 2, 3 kali. nak mandi ke tak? nak mandi ke tak? nak mandi ke tak?




Wednesday, 15 April 2009

80% Syaitan + 20% Malaikat


aku pergi tengok wayang itu. dengan lelaki yang sudah dua minggu sakit gigi.

sampai dekat kaunter, kami pilih seat.

"ini screen kan?" tanya lelaki-sakit-gigi kepada minah-chee jaga kaunter.

"ya incek. ini screen" minah-chee jaga kaunter sambil angguk².

"yang biru masih kosong" sambung minah-chee lagi.

aku pelik sekejap. banyak gila warna biru. maknanya banyak lagi seat yang kosong. belakang² semua kosong sedangkan movie lagi 10 minit nak start.

lelaki-sakit-gigi pilih seat paling hujung. paling belakang.

kami bayar dan blah dari situ. aku tak tengok pun tiket. terus simpan dalam beg je.

10 minit.

kami masuk.

tak tengok nombor tiket pun sebab memang dah komfem seat paling hujung, paling belakang.

lampu padam.

movie nak start.


"abang, seat no berapa?" tiba² ada budak lelaki, aku syak sekolah lagi. takpun baru abis sekolah dengan awek dia yang aku syak belum abis sekolah lagi tanya kitaorang.

"22 dengan 23 la" jawab lelaki-sakit gigi

"huruf apa bang?" tanya budak yang aku syak sekolah lagi tu.

"err...." lelaki-sakit-gigi cuba tengok melalu cahaya tepi kerusi. "F" sambung lelaki-sakit-gigi.

"ini S bang"


hahhahahhahahahhahahhahah....


Giler! kitorang salah seat!


kamu tahu seat F22 dengan F23 tu dekat mana?


langsung buat aku takde mood mahu tengok cerita tu sambil dongak! Pening weehh!!


**aku syak itu minah-chee jaga kaunter sabotaj aku sebab bulu mata aku lagi panjang dari dia.


***nasib baik aku bukan 80% syaitan + 20% malaikat. kalau tak, abis movie aku pergi serang itu minah-chee. bikin aku takde mood!


Monday, 13 April 2009

Iklan....Iklan...!

Aku nak cari housemate ni. Housemate aku yang 2 orang tu dah kahwin. Sekarang diorang nak pindah. Mana tahan diorang nak duduk dengan orang bujang macam aku ni kan.

So, sesapa rasa tengah cari rumah area Subang, boleh kontek aku.

Rumah flat tingkat 3. 3 bilik. Sewa murah je.

Jiran sebelah kiri, aku tak kenal. Tapi aku syak bujang, lelaki sebab kadang² diorang kara-ok tak pernah pulak dengar suara perempuan.

Jiran sebelah kanan, family dari Sabah.

Jiran depan², jangan tanya la. Tak pernah nampak pun. Pintu asyik tutup je.

Kemudahan : Ada bas Rapid, Metro, Teksi Merah-Putih. Kedai makan banyak. Kedai tujuh-sebelas pun ada gak. Kedai dobi, kedai henpon, kedai gambar. Setiap ahad ada pasar malam. Pssttt...kedai cakera padat pirate pun ada gak weh. Tapi aku tak pernah masuk la kedai tu.

Sesapa berminat kontek aku. Kalau aku tak dapat cari housemate baru, kena let go la rumah tu. Apahal pulak aku nak duduk sorang² kat situ.

Lagi satu, sesapa tengah cari housemate, leh inform aku gak. Kot la aku tak dapat cari housemate baru, aku nak pindah je dari situ.

Cepat ye! Sebelum 1 Mei ni.

***Housemate aku pun macam hempeh gak, dah sibuk nak pindah baru nak infom. Ciskek betul!

Saturday, 11 April 2009

Jeela dah marah tu weh. baik aku buat

adoiiii....pn jeela sudah bagi lagi satu tag. takpe takpe....tarik nafas...lepas...tarik nafas....lepas....

ok. kita buat tag yang pertama dulu ye La?

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

nama blog, sila refer di atas ye. sebab pilih nama tu..... saja je nak letak nama tu. lagipun aku sangat² suka sama SO7.

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://hajazuera.blogspot.com/. ---> nama aku. Haja dan zuera. tak payah susah² nak pikir.

3. Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

takde method. main-hentam-kromo-suka-hati-perut-jantung-limpa-usus je nak tulis apa. sebab tu kadang² mengarut. hahhaha..

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

so far ni tak pernah terasa lagi. tapi tatau la esok-lusa-tulat ada terasa ke...

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

mengenai blog jeela? blog dia ok. ada banyak crite pasal betty, gambar betty. orang dah ada anak kan, besa la tu.

ok. tag dah siap

sapa yang baca ni dia auto kena buat. no ex-kius ok! yang dah buat tu takyah la nak buat lagi. lain la kalau korang gigih nak buat 2, 3 kali.

Friday, 10 April 2009

dasar binatang takde otak! tak pasal² aku menjerit

3 gambar sebagai bukti kejadian. tangan aku berbirat sebab dia gigit! aku auto menjerit dan jadi perhatian 2, 3 orang customer. hampes betul! malu ai..~

dan ini gambar binatang yang tak reti nak ucapkan terima kasih itu.

buat muka kesian konon

aku hampir² lepuk kepala dia. tapi sebab dia bintaang, homeless dan kurang kasih sayang, aku maafkan. tapi tangan aku sakit wehhh..! gila tajam gigi dia.

aksi golek-golek-tepi-tiang lepas kenyang makan Frieskies dan gigit tangan aku.

Thursday, 9 April 2009

aku bukan pemalas, bukan sengaja nak lengah²

Yeeahhhhhhhh....!

Report aku dah siap!

Gila penat aku lari² keluar masuk warehouse, lari² pergi printer, turun naik pergi akaun.

Sekarang dah boleh senyum-suka-hati.

Aku bukan sengaja nak buat kerja lambat². Sebab kalau tak terdesak, aku takde idea. Kalau dah terdesak, ada je akal nak setel problem.


***dem! aku baru teringat costing calcium dari china tak siap lagi. Malasnyeee.....!

Takde semangat kepala hotak dia! EMO!

Meh aku nak cerita pasal budak-baru kat stesen-kerang.

Dia lelaki. Umur awal 20-an. Ada rupa, kategori sedap mata memandang. Study kat somewhere tentang enjin. Sila bayangkan ye.

Ohhh...tambahan, dia degil!

Berapa kali kitaorang dah pesan, kalau buat tagging dekat luar, tak payah la tunjuk rajin nak tolong customer angkat nozzle dan pam. Tak payah!

Dan dia memang degil.

Semalam aku dalam mood yang sangat malas untuk bekerja + kepala pening pening lalat sikit. Mata memang dah ditahap kritikal. Macam panda dah aku rasa. Aku bodek kakak-manager. Buat muka kesian + sedih + suara comel lebih kurang sikit = kakak-manager bagi aku balik awal.

Aku duduk lepak sekejap.

Hujan renyai².

Tiba².........

(err..camne nak buat bunyi benda putus yer? Ahhh...buat sendiri la...)

Pendek cerita la ye. Ada 1 Unser kaler biru. Jalan sambil tarik nozzle. Putus!

Nyonya Unser tu membebel² marah + salahkan budak-baru.

Budak-baru masuk Jet, kira duit dan cakap nak balik.

Ahhh...giler emo dia. Aku rasa macam nak sepak je dia laju².

Benda kecik boleh setel macam tu pun dia kata dia dah hilang semangat. Belum lagi hal² besar.

Standard kerja la kan, ada masa kita buat silap. Tak selalunya betul je.

**aku bet, petang ni mesti dia tak datang kerja.

Wednesday, 8 April 2009

Aku rasa nak marah ni....

Petang semalam, aku duduk sembang² dengan seseorang yang ada masalah dengan ex-girlfrennya.

Dia cerita dan aku dengar. Dia tanya dan aku jawab. Dia diam dan aku bagi pendapat. Dia diam lagi dan aku marah! Dia dah buat sesuatu yang negatif tanpa ada apa² back up dan aku jerit STupid dalam hati kuat².

Ok. Abaikan yang itu. Masa kami masih dalam sesi meluahkan-rasa-geram-dalam-hati, dia tiba² tuding jari arah tayar satria-tengkorak.

"Nut tinggal 3?" katanya.

Aku bangun, cek tayar. Cek empat² tayar. Tayar depan sebelah kiri dengan tayar belakang sebelah kiri. Yang belah kanan ok. Complete 4 nut.

"Macam ada orang curi je ni" katanya lagi.

Dahla lepas adik-lelaki pulang balik satria-tengkorak aritu cover rim semua dah takde. Aku tak pasti sama ada adik-lelaki yang tanggalkan atau orang-jahat-tak-mampu-beli-cover-rim yang ambik. Takde masa aku nak SMS adik-lelaki sekarang ni.

Dia kata kalau 3, masih kira ok lagi. Boleh jalan. Jangan 2. Itu bahaya. Tapi aku tetap takut. Yea...aku mengaku yang aku separa penakut.

Sekarang aku jadi pemandu yang berhemah. Aku takut je tiba² time aku laju, tayar tu tercabut. Tak pasal² keluar front page Metro.

tayar depan sebelah kiri

tayar belakang sebelah kiri

**kalau betulla nut dengan cover rim tu kena curi, aku sumpah sapa yang curi tu.

**aku nak makan magnum coklat tapi kakak-banyak-cakap takmau belanja. Benci!

Tuesday, 7 April 2009

Aku tengah fikir strategi ni. Korang ada idea tak?

Dekat stesen-kerang ada kedai tujuh-sebelas. Nama pun berjiran, jadi aku layan je suma budak² kedai tujuh-sebelas tu. Layan sebagai kawan ok. Kang tak bertegur diorang kata aku sombong pulak.

Majoriti staf perempuan kat kedai tujuh-sebelas semua kategori aku-perempuan-tapi-mahu-jadi-lelaki. Setiap kali aku tumpang toilet diorang nak tukar baju keja, mesti diorang say hi punya la. Dah aku tumpang, takkan nak menyombong pulak kan.

Dalam ramai² diorang tu, ada sorang yang rajin tegur aku dan suka kata “alaaaa..Ja ni comel la” sampai buat aku sengih² malu.

Malam tadi dia yang rajin tegur aku tu, tahan satria-tengkorak. Ajak aku sembang². Aku dah start enjin. Dah bagi hint yang aku nak balik. Tapi dia buat² tak paham bahasa.

Aku buat² sibuk balas SMS, dia tunggu lagi sebelah aku. Tanya aku duduk mana, ofis dekat mana, nak ajak lepak minum la.

Aku dengar bunyi kucing. Aku keluar dari kereta. Masuk kedai tujuh-sebelas, beli Whiskas dan bagi kucing tu makan. Aku buat² taknak layan.

Tapi dia stail tak paham bahasa gak. Dia tunggu je sebelah aku.

Dia tanya aku “Ja ada boyfriend tak”

“Uisshhh…ada banyak. Tu..tu..tu….semua tu tak terlayan dah” jawab aku sambil tunjuk 3, 4 orang staff lelaki tulen kedai tujuh-sebelas dengan stesen-kerang.

“Agak² orang boleh masuk list tak?” tanya dia yang rajin tegur aku lagi.

“Aaaaaaaaaaaaaa…….” Aku speechless weh!

“Pernah cuba tak?” dia yang rajin tegur aku senyum².

“Tak!”

“Meh la try…” senyum² lagi.

Sumpah, masa tu aku rasa seram.

Aku buat² sibuk² lagi. Pergi sana sini. Last² aku nampak dia blah.

Kalau aku tau la niat dia camtu, sumpah aku tak bagitau aku tinggal kat mana.

Sekarang aku tengah cari strategi, camna nak elakkan diri dari dia yang rajin tegur aku tu sebab dia dah start SMS aku.


**aku lagi rela dating dengan Incek MT yang dah bertunang tu dari dating dengan perempuan-nak-jadi-lelaki ni.


***Incek MT buat aku takut. Dia kata “Jaga², nanti perempuan-nak-jadi-lelaki tu rogol awak”. Giler seram weh! Rasa macam nak pasang bodyguard jer.


Monday, 6 April 2009

Muka aku ni ada ciri ciri penjenayah ke? Apa senyuman aku tak cukup inesen ke?

Sudah 2 kali aku kena macam ni.

12 tengah malam. Balik dari stesen-kerang.

Ada 2, 3 biji motor tepi jalan, sebelum simpang. Aku syak ada road block. Cepat cepat aku tarik seat belt. Pusing simpang, sah! Ada road block.

Incek polis tahan kereta. Suruh aku berhenti. Cermin aku bagi turun sambil senyum.

Incek polis minta i.c.

Aku bagi. Incek polis suluh suluh kereta.

Dia suruh pergi tepi.

Lori belakang aku dia bagi lepas.

Aku pergi tepi.

Incek polis minta lesen. Aku bagi.

Kereta Myvi belakang lori, dia bagi lepas.

Incek polis tanya macam macam.

Rumah mana?

Dari mana?

Kerja mana?

Company apa?

Kereta Honda belakang Myvi pun dia bagi lepas. Aku tengok saja sambil senyum, kelip kelip mata. Buat muka inesen.

Incek polis suluh suluh lagi kereta. Cek road tax.

Kereta belakang Honda pun dia bagi lepas.

Sekarang aku musykil. Kenapa aku saja yang kena cek?

Tak cukup inesen ke aku senyum?



Benci!



**aku syak semua ni sebab lambang tengkorak tu.



***Nanti aku nak letak stiker naga sama ular pulak sebelah lambang tengkorak. Mesti hari hari aku kena tahan dengan polis kan?



Friday, 3 April 2009

aku mahu fokus! fokus.....fokus.....fokusss.....!!

bos-kucing-parsi sudah turun, bagi warning dekat aku. report mahu cepat.

aku mahu fokus. mahu bagi report cepat siap.

aku pergi toilet. mahu shi shi. aku lari lari. mahu cepat. mahu fokus.

tutup pintu toilet cepat cepat. mahu buka jeans cepat cepat.

tapi masa buka aku over fokus. tiba tiba jadi rakus.

tingggg...!

button jeans terplanting.

sekarang aku sudah hilang fokus. mana aku mau cari safety pin ni?




**kasi sedap hati sendiri : jeans sudah lama, sudah agak reput, bukan aku yang makin gemuk!

Thursday, 2 April 2009

satu jalan sejuta kenangan..~

jadi budak baru - skpj - 1 mawar - nombor 3 - sekolah banjir masuk metro - rel keratapi lama - jalan kaki panas terik - pasar malam dekat padang - air tebu - kedai mamak - jambatan - kena kejar dengan rela - deting waktu malam - public phone kunci air - kedai kuning - jalan kundang - bus stop depan sekolah - jatuh motor depan orang ramai - jalan mat raji - kedai tom yam - mini market - basikal unggu - eksiden kereta masuk longkang - pokok mangga - doreena si kucing parsi - wak - wep4834 - basikal tua - katak dalam kasut - catuan air - rombongan sekolah - tengok mayat kat sungai klang - banjir - cadburry - van tua - kelas malam - smks16 - kelab komputer - solat hajat - jatuh cinta - kena marah - daddy garang - main game - keluar malam - muka lebam langgar dinding - belajar naik motor - menganggur 1 tahun - babysitter - meter air kena curi - jiran suka mengumpat - study group - menangis - gerai nasi lemak - jual coklat - patung kertas - ex5 hitam - jalan berangan - surat hutang mara kena bukak - lot 617 - kacang bendi - bunga matahari - sapu laman - hadiah buku tulis - kena buli dengan adik lelaki - ponteng sekolah - buah sentul - ponteng puasa - kenduri kakak - rumah kecik - kucing mati - pakai telekung tengah malam jadi hantu -raya sorang sorang - 55429206 - almari baju - kantoi rokok dengan mak - kakak marah - adik beradik gaduh - lepak dataran - paip air pecah - cubaan lari dari rumah - buku biodata - kilang batik - cover line untuk kakak - belajar masak - kedai jawa - serai tepi rumah - nasi hangit - naik motor takde lesen - minum air kolah - gaduh besar - lempeng warna merah - nota peti ais - kunci dalam kasut - dating belakang rumah - curi pasir - kena kejutan elektrik - tusyen dengan nurazilla - ronda ronda dengan nurul izza - nouvo unggu - pergi sekolah dengan maizatul farahdilla - teman zainatul elianawaty dating - kerja part time - susu percuma setiap hari rabu -balik sekolah dengan fazlin - bas mini - pergi library dengan aisyah ghazali - jaga kedai buku - kerja kursus dengan hafizatul, azra, suhaida, azriana, ani - tipu cikgu geografi (mintak ampun ye cikgu) - kena cubit - denda kutip sampah - kelas paling bising - kereta rosak tepi jalan - orang gila tunjuk anu - party harijadi - anak ayam warna biru - dapat biasiswa - cincin emas kena rampas - kena samun handphone - kek lobak merah - cyber cafe dekat rumah - lily ixora - sahabat pena - nombor 3 pertandingan menulis puisi - kuih bahulu masuk pasir - blabalbalabalbalabalabal....banyaklagiladahmalasnaktulis.

*1990 - 2006

**dulu aku budak nakal, aku mengaku ok.

Wednesday, 1 April 2009

sekarang baik mengaku! sapa yang buat april fool dekat aku ni?

parking satria-tengkorak secara senget.

masuk opis.

letak beg.

simpan kunci dalam drawer.

pergi pantry.

ambik mug.

cuci dengan air panas dekat water dispenser.

tiba².....

gedegang.....(ahh...korang buat la bunyi efek korang sendiri. mana yang korang rasa best)

pemegang mug tercabut dari mug.

aku auto melatah.

ni baik mengaku ni. sapa yang buat april fool dekat aku ni?

kakak-rambut-separa-rebonding?

kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh?

kakak-banyak-cakap?

kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut?

kakak-klener? takkan kakak-klener layan april fool kot?

kakak-bos-rambut-megi?

ke...kakak kunci-rilek-all-the-time?

kakak-ayah-hilang-masih-belom-ditemui?

kakak-suka-gadoh-dengan-kakak-ayah-hilang-masih-belom-ditemui?

abang-suka-tanya-macam²?

abang-suka-keluar-opis-tak-kira-masa?

baik ngaku! kalau tak aku mogok kerja karang!

***errr...korang rasa mana best? pergi giant beli mug baru ke pergi warehouse kat belakang, curi sikit selant ke mastic ke adhesive ke..tampal balik pemegang tu.