gambarajah pertama
Incek-bos-tak-pernah-senyum pasti hairan bukan? apekah karnival yang telah kami lawati ini. karnival ini adalah mini karnival yang telah membuatkan kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh menjadi tamak haloba. dia telah membeli 5 buah novel-yang-belum-tentu-best dengan duit pemberian suaminya. tetapi saya tidak boleh berkata banyak kerana pada hari itu, kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh ini telah menjadi driver tanpa tauliah kepada kami. terima kasih daun keladi kak! buktinya, sila rujuk gambarajah dua, incek bos.
gambarajah dua
akan tetapi Incek bos, kami ke sana bukan hanya untuk menghabiskan duit gaji sahaja. kami ingin melepaskan tekanan-perasa-tanpa-an. Incek bos lihat sajalah kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut. Incek bos tidak perasankah yang dia sudah tidak berapa betul seminggu dua ini? walaupun saya sentiasa berada ditengah² (bukan disisi) dia dengan senyum hepi-over-nampak-gigi tapi dia tetap juga tidak betul. baik Incek bos lihat gambarajah tiga dan empat sebagai bukti.
- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -
gambarajah tiga
- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -
gambarajah empat
bukan itu saja Incek bos. kakak-banyak-cakap juga sudah kebosanan duduk keseorangan di meja depan receiptionist. jadi kami fikir, biarlah kami bawa dia berjalan², melihat keindahan alam. jika tidak, dia akan mengeram seperti kucing. apa? Incek bos tak percaya? sila rujuk gambarajah lima. senyuman kakak-bnayak-cakap hampir² menyamai senyuman kucing mengeram pada pandangan saya. tak tahu la pulak pada pandangan Incek bos bagaimana.
gambarajah lima
bukan sebab itu saja Incek bos, ketika dalam perjalanan pulang, saya ada menyuruh kakak-banyak-cakap snap gambar abang-naik-savvy-merah-seat-tinngi-gilla (gambarajah enam) tetapi apa yang kakak-banyak-cakap snap adalah gambar........ahhh..spceehless saya Incek bos. Incek bos lihat la gambarajah tujuh. tidak ada kena mengena dengan savvy, merah, abang, mahupun seat tinggi. jadi, kakak-banyak-cakap juga sudah berada di dalam kondisi bahaya pada fikiran saya.
gambarajah enam
gambarajah tujuh
bagi pihak saya pula, saya rasa Incek bos pasti gembira mempunya staf berdedikasi dan komited seperti saya. iya, saya tahu itu incek bos. sebagai seorang-anak-dara dalam persatuan tiga-mak-dara, saya telah berkelakuan amat sopan dan lemah lembut. dan senantiasa tersenyum lebar. jadi Incek bos harus faham kenapa dalam gambarajah lapan saya yang perlu difokuskan.
- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -
gambarajah lapan
ahhh...melalut sudah.
akhir kata, harap surat tunjuk sebab dari kami ini memuaskan hati, limpa, jantung, paru² dan semua yang berkaitanlah, Incek bos.
kami berjanji, selepas ini kami akan lebih kerap lagi membuat lawatan sebegini pada lain waktu.
yang tidak menerima arahan mahupun perintah, jajazuzu
8 comments:
ko pegi karangkraf x ajak aku!!
u r fired!!!
Aja Gila!!!
hahhahahha
laju giler ko reply La!
aku pegi dgn persatuan La, xdapek nak ajak ko follow
next time ye bebeh
hhahahhahaha kak rinie...rilek la
letak gambar senonoh skit!!!! ini model mereng....
hahhahahha....kira senonoh la tu kak rinie
aku mmg seorg yg lajuuuuuuu
hamboi.. kak rinie pon hade blog gak ye.. nape haku x dpt nk access blog dia neh Ja?
huhu
aduh La...dia tu ngak ada blog. itu akaun gmail ajer.
Post a Comment