wajib klik!

Tuesday, 3 March 2009

surat tunjuk sebab versi bergambar untuk incek bos-tak-pernah-senyum

persatuan tiga mak dara & seorang anak dara cawangan batu tiga,
subang hi-tech, batu tiga
shah alam
27 feb 2009

kepada,
incek bos-tak-pernah-senyum,
subang hi-tech, batu tiga
shah alam

_________________________________________________________________

PER : Surat tunjuk sebab kerana pulang lewat dari waktu yang sepatutnya.

Incek bos,

merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili persatuan Tiga Mak Dara & Seorang Anak Dara yang telah tertubuh secara tidak rasminya pada bila-ntah dengan ini secara rendah diri bersempena hari jumaat yang mulia ini ingin merakam kan berjuta² kemaafan kerana telah bersuka ria melebihi had waktu yang telah Incek bos-tak-pernah-senyum tetapkan.

ini kerana persatuan kami ini telah melakukan lawatan bukan sambil belajar merangkap lawatan menghabiskan duit gaji ke sini. sila rujuk gambarajah pertama ye incek bos-tak-pernah-senyum...

gambarajah pertama

Incek-bos-tak-pernah-senyum pasti hairan bukan? apekah karnival yang telah kami lawati ini. karnival ini adalah mini karnival yang telah membuatkan kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh menjadi tamak haloba. dia telah membeli 5 buah novel-yang-belum-tentu-best dengan duit pemberian suaminya. tetapi saya tidak boleh berkata banyak kerana pada hari itu, kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh ini telah menjadi driver tanpa tauliah kepada kami. terima kasih daun keladi kak! buktinya, sila rujuk gambarajah dua, incek bos.

gambarajah dua

akan tetapi Incek bos, kami ke sana bukan hanya untuk menghabiskan duit gaji sahaja. kami ingin melepaskan tekanan-perasa-tanpa-an. Incek bos lihat sajalah kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut. Incek bos tidak perasankah yang dia sudah tidak berapa betul seminggu dua ini? walaupun saya sentiasa berada ditengah² (bukan disisi) dia dengan senyum hepi-over-nampak-gigi tapi dia tetap juga tidak betul. baik Incek bos lihat gambarajah tiga dan empat sebagai bukti.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah tiga

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah empat

bukan itu saja Incek bos. kakak-banyak-cakap juga sudah kebosanan duduk keseorangan di meja depan receiptionist. jadi kami fikir, biarlah kami bawa dia berjalan², melihat keindahan alam. jika tidak, dia akan mengeram seperti kucing. apa? Incek bos tak percaya? sila rujuk gambarajah lima. senyuman kakak-bnayak-cakap hampir² menyamai senyuman kucing mengeram pada pandangan saya. tak tahu la pulak pada pandangan Incek bos bagaimana.

gambarajah lima

bukan sebab itu saja Incek bos, ketika dalam perjalanan pulang, saya ada menyuruh kakak-banyak-cakap snap gambar abang-naik-savvy-merah-seat-tinngi-gilla (gambarajah enam) tetapi apa yang kakak-banyak-cakap snap adalah gambar........ahhh..spceehless saya Incek bos. Incek bos lihat la gambarajah tujuh. tidak ada kena mengena dengan savvy, merah, abang, mahupun seat tinggi. jadi, kakak-banyak-cakap juga sudah berada di dalam kondisi bahaya pada fikiran saya.

gambarajah enam

gambarajah tujuh

bagi pihak saya pula, saya rasa Incek bos pasti gembira mempunya staf berdedikasi dan komited seperti saya. iya, saya tahu itu incek bos. sebagai seorang-anak-dara dalam persatuan tiga-mak-dara, saya telah berkelakuan amat sopan dan lemah lembut. dan senantiasa tersenyum lebar. jadi Incek bos harus faham kenapa dalam gambarajah lapan saya yang perlu difokuskan.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

gambarajah lapan

ahhh...melalut sudah.

akhir kata, harap surat tunjuk sebab dari kami ini memuaskan hati, limpa, jantung, paru² dan semua yang berkaitanlah, Incek bos.

kami berjanji, selepas ini kami akan lebih kerap lagi membuat lawatan sebegini pada lain waktu.

yang tidak menerima arahan mahupun perintah, jajazuzu

8 comments:

azilaraffie said...

ko pegi karangkraf x ajak aku!!

u r fired!!!

Mrs9 said...

Aja Gila!!!

jajazuzu said...

hahhahahha
laju giler ko reply La!

aku pegi dgn persatuan La, xdapek nak ajak ko follow

next time ye bebeh

jajazuzu said...

hhahahhahaha kak rinie...rilek la

Mrs9 said...

letak gambar senonoh skit!!!! ini model mereng....

jajazuzu said...

hahhahahha....kira senonoh la tu kak rinie

azilaraffie said...

aku mmg seorg yg lajuuuuuuu

hamboi.. kak rinie pon hade blog gak ye.. nape haku x dpt nk access blog dia neh Ja?

huhu

jajazuzu said...

aduh La...dia tu ngak ada blog. itu akaun gmail ajer.