I tak tahu lah menulis disini tentang ini adalah perkara yang betul atau tidak. Tapi, hey peduli apa lah kan. I terasa nak menulis, jadi I tulis lah. U baca saja. Heheh…
Semalam cuti umum, hari ni kerja. Jadi, rasa macam isnin pulak. Macam biasalah, i memang awal sampai office. I malas nak berebut tunggu lif, malas nak penat-penat pusing cari parking. Jadi, bila awal tu, setiap orang yang I bertembung/berselisih I akan greet. Normally memang I akan say good morning saja. Universal. Dekat siapa-siapa pun I boleh ucap.
Tapi yang buat I terkesima sekejap bila I ucap good morning, orang tu reply Assalammualaikum dengan bernada. Bernada tu macam nada yang something. Yang I rasa macam nak perli saja. Yes. I terasa la sikit. Sebab I terkesima, jadi I hanya jawab dalam hati saja.
I mengaku I ni tak lah cukup baik. Dah lah tak pakai tudung kan. Tak ada lah macam orang yang balas good morning I dengan Assalammualaikum tu kan. dengan nada yang macam nak bagitahu yang I ni tak cukup beriman kan. Tapi please lah. Kalau ada rasa nak bagi salam dekat orang, please la jangan nak perli. Dah la I dulu yang greet. I yang punya inisiatif nak tegur, nak cari mood yang baik di pagi hari. Sekali kena perli kau. Memang boleh jadi tak ada mood lah kan.
Dan yang “perli” assalammualaikum tu pun tak reply good morning i. macamlah ucap selamat pagi in English tu kesalahan besar. Kalau ada niat nak tegur I dan memang ada niat nak mulakan hari dengan bagi salam kat orang lain, please lah ucap dengan ikhlas. Ucap dengan ikhlas lepas reply good morning tak boleh ke? tak ada lah orang rasa macam nak perli.
I tak marah. cuma saja nak menulis. Buat peringatan kat diri sendiri jugak. Tak perlu nak tunjuk baik sangat kat orang lain kalau sekadar niat nak perli. Terasa sangat nada tak ikhlas tu.
p/s : Wanna say HI to my new reader. U ni stalker tak berjaya lah. Blog cikai I ni pun u tak dapat cari. Eh, ke u dah lama tau, tapi u pura-pura tak tau ni ? baik mengaku
Thursday, 27 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yeaaahh..i la stalker terbaekkk
Post a Comment