I buat ini semalam dengan niat untuk bersedekah. Sedekah kepada opismate I dan housemate I. I ada ambil beberapa keping gambar semasa proses memasak tetapi kabel usb yang hilang tu menyakitkan hati saja kan. Kalau tak boleh I jamu anda semua dengan gambar bubur. Heheh
Bahan-bahan :
Kacang hijau
Gula pasir
Santan
Air
Sagu
Daun pandan
Ini adalah kacang hijau versi main suka hatilah nak masak macam mana pun. Janji masak. Sebab tu I tak ada anggaran berapa gram untuk semua bahan-bahan diatas.
Then I tak guna gula melaka aka gula perang tu. I guna gula putih yang biasa saja. Tapi bubur kacang kalau warna putih memang tak feel kan. I nak dia jadi warna coklat-coklat gitu, so langkah pertama adalah menggoreng kacang hijau tanpa minyak. In Sarawak said aruk. Sebut R dengan sebutan Lisa Surihani ya. ARUK.
Next, rebus kacang hijau yang dah kecoklatan tadi dengan gula. Rebus sampai kembang dan empuk. Kemudian masukkan santan secukup hati angpa la. Dan masukkan secubit garam. Kacau dan masak seketika. Masukkan sagu. Masak sehingga mendidih. Opss…lupa pulak. Daun pandan untuk bau yang harum tu I sebenarnya tatau waktu mana yang sesuai untuk letak. Tapi I belasah saja letak masa step pertama. Masa rebus dengan gula dan air tu.
SMS dari partner I : Dah la manis gilerr. Tak ada rasa lemak pun.
Kahkah…i main tuang saja gula tu. Ikut suka ati tak sukat tak apa. Dan santan adalah santan kotak. Sekotak kecik untuk seperiuk bubur kacang? Memang lah tak rasa lemak kan. Takpelah darling, next time I masak yang berlemak punya. Biar u gemoks.
Ok. selamat mencoba dan berhujung minggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment