wajib klik!

Thursday 6 October 2011

Panggilan percuma

Sempena hari lahir I yang takdela meriah sangat semalam, Maxis menghadiahkan I panggilan percuma ke talian yang sama. Ini memang perkara standard la kan. Tapi semalam adalah hari berkerja, jadi I tak punya banyak peluang untuk bergayutan di telefon bimbit. Jadi, untuk mengingati hari tak berapa manis I semalam I nak list kan siapakah yang I hubungi.

1. Partner I.

2. Adik bongsu.

3. Rakan sekerja. Padahal I boleh je lambai-lambai dia. Tapi….apa guna ada benda free kan. Kahkah…

4. Kawan perempuan I dulu.

5. Kawan lelaki yang mengaku dia masih tunggu I. Kami borak biasa saja. I call sebab dia tak pernah miss pun nak wish I. Tapi semalam dia miss. Alasan, tukar telefon baru. Kalau tak dah set dekat reminder.

6. Then, partner I pinjam. Call kawan dia.

7. Call ex-bf no 1. Kehehhe…kami kawan kan. So, tak salah kalau I call dia.

8. Adik perempuan ex-bf no 3. Kami pun kawan baik. Dia rajin call + sms I, so I call la dia balik.

9. Daannnnnnnnnnn…yang terakhir sekali adalah Kakak sulong I.



Sembilan orang ni saja. Dan yang paling lama haruslah dengan adik bongsu. Kami bergayutan pun dok cerita pasal gossip saja.



Nampak gaya I tak guna pakai hadiah ni dengan sempurna. I rasa I dah makin sikit kawan bujang. Senarai di atas semua manusai yang masih bujang. Kecuali kakak sulong la kan. I bukan tak mau call kawan-kawan lain. I bosan kalau diaorang wish…….



"Selamat hari lahir weih. Kau ni bila nak kahwin? Umur tua dah. Tengok macam aku dah ada anak"


Sungguh tak menceriakan hari.

No comments: