wajib klik!

Monday, 17 October 2011

Hadiah

I browse beberapa website. Baju, handbag, kasut, dresses dan even novel. Ada beberapa yang I berkenan dan berangan rasa nak beli. Tapi so far I masih dapat control lagi. Sebab, cara I membeli-belah sekarang adalah dengan bersebab. Sebelum I beli sesuatu, I kena ada alasan-alasan yang tertentu. Yang releven. Macam baru-baru ni, I dah beli handbag untuk hadiah harijadi I sendiri. Dan kemudian, minggu lepas I dah beli 2 buah novel yang I tak dapat beli masa di Pesta Buku.




Alasan I membeli buku? Err… tak ada alasan releven sebenarnya. Itu adalah denda I kepada my partner sebab last week masa kami keluar berpoya-poya ada kedai buku buat jualan murah. I baru nak sentuh novel dalam bin tu, dia dah cakap haippp…haiipppp, tak boleh. I tarik muncung saja. Dan terus buat-buat jalan lemah longlai macam tak makan konon tak ada mood lah. Tapi lelaki tak ada jiwa perasaan tu bukannya nak memahami apa protes yang sedang I buat. Jadi, itu denda untuk dia lah. I beli secara online dan senyap-senyap. Kahkah… I bijak sejak azali kan.



Dan sekarang ni, I sedang membelek beberapa jenis dress di web. Ada yang nampak sangat menarik dan I terasa nak nak nak nak nak nak nak sangat beli. Tapi I tak ada alasan. I sedang fikir ni. Alasan apa yang I ada yang mengharuskan I membeli sepasang dress cantik tu. Tiba-tiba….



Hati I yang nakal terdetik.





Ini adalah hadiah untuk kau sebab kau berjaya menghabiskan duit partner kau. Sedangkan duit kau masih ada berbaki lagi ni. Jadi kau boleh shopping apa saja yang kau mahu. Hahahhahha…(gelak orang jahat)





Hati yang suci sukar dicari kan? I tidaklah sejahat itu. I kan mahu menyimpan. I kan mahu dividen ASB yang banyak. Jadi cancel shopping. Bye bye hati yang nakal. Kau tak berjaya.

No comments: